Persatuan Perlis Kuala Lumpur

Call Directions Contact the business

Persatuan Perlis Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Perlis Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) menghimpunkan anak-anak kelahiran Perlis serta mereka yang mempunyai hubungan dengan Negeri Perlis, bagi mempererat silaturahim dan persaudaraan, serta memelihara budaya, warisan dan tradisi Perlis di perantauan.

30/08/2026
SUCCESS BOUND 2026Alhamdulillah, Program Success Bound 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama MARA dan Jabatan...
26/08/2026

SUCCESS BOUND 2026

Alhamdulillah, Program Success Bound 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama MARA dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dalam mempersiapkan 350 calon SPM daripada 28 sekolah di seluruh Perlis menghadapi fasa kritikal menjelang peperiksaan.

Bagi PPKL, Success Bound bukan sekadar program motivasi, tetapi satu usaha untuk membuka minda anak-anak Perlis bahawa kejayaan mempunyai pelbagai laluan.

SPM adalah penting, tetapi keputusan SPM bukan noktah kepada masa depan. Laluan akademik, TVET, kemahiran dan bidang profesional masing-masing mempunyai ruang untuk membawa generasi muda mencapai cita-cita.

Lebih bermakna, program ini membawa mesej bahawa mereka yang telah berjaya mempunyai tanggungjawab untuk kembali menyumbang kepada generasi seterusnya — berkongsi pengalaman, ilmu, inspirasi dan sedikit keringat demi masa depan anak-anak Perlis.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Success Bound 2026 dan khususnya para penceramah, guru pengiring serta semua yang terus percaya bahawa anak-anak Perlis mampu pergi lebih jauh.

Kita bantu mereka melihat peluang.
Kita beri mereka keyakinan.
Kita buka jalan menuju kejayaan.

Insya-Allah, Success Bound akan terus menjadi jambatan antara pengalaman generasi terdahulu dengan impian generasi masa hadapan.

BESERI: Seramai 350 pelajar Tingkatan Lima mewakili 28 sekolah di Perlis menyertai Program Success B

SUCCESS BOUND 2026Menuju Kejayaan, Generasi Masa DepanSUCCESS BOUND 2026 merupakan penganjuran kali kedua oleh Persatuan...
21/08/2026

SUCCESS BOUND 2026
Menuju Kejayaan, Generasi Masa Depan

SUCCESS BOUND 2026 merupakan penganjuran kali kedua oleh Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL), meneruskan kejayaan SUCCESS BOUND 2025.

Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) dan MARA, program ini terus menjadi platform untuk memberikan inspirasi, motivasi dan pendedahan kepada pelajar dalam membina keyakinan, mengenali peluang pendidikan serta merancang masa depan.



PERSATUAN PERLIS KUALA LUMPURAhli Jawatankuasa 2026-2028YANG DIPERTUADato' Seri Zulfikri bin OsmanTIMBALAN YANG DIPERTUA...
19/08/2026

PERSATUAN PERLIS KUALA LUMPUR
Ahli Jawatankuasa 2026-2028

YANG DIPERTUA
Dato' Seri Zulfikri bin Osman

TIMBALAN YANG DIPERTUA
Dato' Syed Moheeb bin Dato' Syed Kamarulzaman

NAIB YANG DIPERTUA
Hairizar bin Hakimi

BENDAHARI
Azmi bin Jaafar

SETIAUSAHA
Anuar Zaki bin Bakar

PENOLONG SETIAUSAHA
Mohammad Hatta bin Husin

AHLI JAWATANKUASA
Hiruddin bin Hashim
Ir. Bakri bin Ishak
Azman Azlina Azmar
Muhammad Akram bin Azizar
Dato' Dr Ahmad Redzuan bin Abd Rahman
Dato’ Abdul Karim bin Mustafa
Nur Fairuz binti Mohd Johan


10/06/2026

PERHATIAN KEPADA ANAK PEMASTAUTIN DI PERLIS!

MyPAC dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan BIASISWA PENDIDIKAN PENUH untuk Program Perakaunan Profesional ACCA bagi lepasan FIA/Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Akauntan Profesional di bawah tajaan MAIPs!

Mohon sekarang melalui link di bawah dan untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 012-9190210.

Link: https://forms.gle/Jn47Xk8WP1EKxS3J9

21/04/2026
BOLA RAYA 2026Bola Raya PPKL merupakan perlawanan bola sepak persahabatan tradisi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ...
17/03/2026

BOLA RAYA 2026

Bola Raya PPKL merupakan perlawanan bola sepak persahabatan tradisi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menghimpunkan anak-anak Perlis di perantauan bersama pemain veteran negeri. Dianjurkan oleh Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL), program ini menjadi medan mengeratkan silaturrahim, menyemarakkan semangat kekeluargaan serta menghidupkan suasana raya melalui sukan.

Bola Raya 2026 akan berlangsung pada 3 Syawal 1447H, jam 4.30 petang di Stadium Tuanku Syed Putra. Semua anak Perlis dan peminat bola sepak dijemput hadir memeriahkan acara tradisi Syawal ini.


Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60192261476

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Perlis Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Perlis Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share