Cheras Dental Squad

Cheras Dental Squad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cheras Dental Squad, Health & Wellness Website, KLINIK PERGIGIAN CHERAS, Kuala Lumpur.

Cheras Dental Squad is created by dedicated promotion team to give dental health educations and update all activities joined/organized by Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cheras.

15/08/2026

🇲🇾 **KARNIVAL KESIHATAN KELUARGA & PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN** 🇲🇾
🗓️15 Ogos 2026
📍Bandar Tasek Selatan

Semangat kemerdekaan diraikan bersama dengan usaha memupuk kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat! ❤️🤍💙💛

Pelbagai aktiviti menarik dan informatif telah diadakan, termasuk pemeriksaan pergigian, pameran serta aktiviti pendidikan kesihatan pergigian untuk seisi keluarga. 🦷✨

Terima kasih kepada semua peserta dan pengunjung yang telah sama-sama hadir dan memeriahkan program ini. Sokongan dan penyertaan anda amat bermakna buat kami! 🥰

**Keluarga sihat, masyarakat sejahtera, Malaysia terus maju!** 🇲🇾✨


MalaysiaMADANI

09/08/2026

Sambutan Hari Bapa 2026 : Sehebat Kasih Bapa
💙👨🏻‍👧🏻‍👦🏻

Bahagian Kesihatan Pergigian turut serta sebagai pempamer dalam Sambutan Hari Bapa 2026 Peringkat WPKL Bersama Warga ATM Kem Perdana Sungai Besi pada 9 Ogos 2026.

Pelbagai aktiviti kesihatan pergigian disediakan termasuk pameran, permainan interaktif, pemeriksaan pergigian dan rawatan pergigian kepada warga yang hadir. 🦷✨

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini! ❤️

01/08/2026

🦷Karnival Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) Plus.

📍Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Cheras
🗓️ 1 Ogos 2026 (Sabtu)

Kami telah turut serta dalam Karnival PPKZM Plus!

Terima kasih kepada semua yang telah hadir bersama anak-anak dan keluarga untuk menyertai pellbagai aktiviti menarik, pameran kesihatan pergigian, saringan pergigian percuma, permainan interaktif serta mendapatkan info dan tips penting tentang penjagaan kesihatan mulut kanak-kanak. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua!😀



18/07/2026

🦷 Move with MyTOWN: Fitness & Thematic Fair 2026

📍 MyTOWN Shopping Centre, Cheras
📅 18–19 Julai 2026

Jom singgah ke reruai pameran pergigian kami! Ketahui kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan pelajari teknik flossing yang betul untuk senyuman yang lebih sihat. 🪥✨

Sambil sertai pelbagai aktiviti menarik di Move with MyTOWN, jangan lupa singgah ke booth kami!

Jumpa anda di sana! 😄

08/07/2026

🦷 Program Hari Sihat Gigi 2026 🦷

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026, Program Hari Sihat Gigi telah berlangsung pada 8 Julai 2026 di Institut Sosial Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya:
✨ Pameran kesihatan pergigian
🦷 Pergigian Ortodontik
🦷 Pergigian Periodontik
🦷 Pergigian Keperluan Khas
🦷 Pergigian Primer
🎤 Forum kesihatan pergigian
😁 Pemeriksaan dan rawatan pergigian

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut demi senyuman yang lebih sihat. 💙🪥

Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026 bertemakan “20 Gigi Berfungsi, Hidup Berkualiti, Usia Emas Dihargai” telah be...
14/06/2026

Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026 bertemakan “20 Gigi Berfungsi, Hidup Berkualiti, Usia Emas Dihargai” telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 di Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi, rakan strategik dan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut sepanjang hayat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk saringan dan rawatan pergigian, pameran kesihatan, forum interaktif, senaman Zumba, kuiz, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

Melalui tema 6020, program ini menekankan kepentingan mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi pada usia 60 tahun bagi memastikan kualiti hidup yang lebih baik. Sambutan ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang hubungan kesihatan mulut dengan kesihatan keseluruhan serta kepentingan penjagaan mulut yang berterusan.

#6020 SenyumanSihat

12/06/2026

⏰ 1 DAY TO GO! 🦷✨

Tinggal 1 hari sahaja lagi menuju Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026! Jom bersama-sama menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut kerana “A Happy Mouth is a Happy Life” – tema global Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026.

📅 13 Jun 2026
📍 IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras

Ayuh sertai kami untuk pelbagai aktiviti menarik, pameran kesihatan, pendidikan pergigian dan program yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur!

😁 Senyuman sihat, hidup hebat
KesihatanMulutUntukSemua SmileWithConfidence 🦷✨

11/06/2026

Address

KLINIK PERGIGIAN CHERAS
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheras Dental Squad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cheras Dental Squad:

Shortcuts

Share