Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur

Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur Ruangan kemaskini aktiviti Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital (PRPA), Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur

KURSUS PRE-HOSPITAL LIFE SUPPORT (PHLS) CORE ANJURAN BERSAMA BSMM , UNIT PRPA, JABATAN KECEMASAN & TRAUMA, HOSPITAL KUAL...
02/05/2026

KURSUS PRE-HOSPITAL LIFE SUPPORT (PHLS) CORE ANJURAN BERSAMA BSMM , UNIT PRPA, JABATAN KECEMASAN & TRAUMA, HOSPITAL KUALA LUMPUR DAN AREA OF INTEREST (AOI) PRE HOSPITAL CARE, COLLEGE OF EMERGENCY PHYSICIAN.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang telah berjaya mengharungi kursus intensif Pre-Hospital Life Support (PHLS) Core yang diadakan di Unit PRPA, Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur yang bermula pada 28 April sehingga 30 April 2026.

Kursus intensif ini bertujuan untuk memperkasakan kompetensi anggota perawat dalam memberikan rawatan awal yang kritikal sebelum pesakit tiba di hospital. Berteraskan slogan *Knowledge, Skill & Compassion*, para peserta telah didedahkan dengan modul-modul utama seperti:

•Sesi Kuliah (Lecture): Pengukuhan teori dan protokol perubatan kecemasan terkini.
•Stesen Kemahiran (Skill Station): Latihan praktikal bagi memastikan ketepatan prosedur teknikal.
•Sesi Moulage: Latihan senario kecederaan realistik untuk menguji daya tindak peserta.
•Pengurusan Bencana (MCI): Simulasi insiden kecederaan mass casualty bagi memantapkan sistem koordinasi dalam perawatan.
•Team Dynamics: Menitikberatkan aspek komunikasi dan kerjasama berpasukan dalam situasi kritikal.

Unit PRPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua fasilitator dan urusetia yang terlibat dalam memastikan kelancaran kursus sepanjang 3 hari ini. Semoga ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pra-hospital demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

"KNOWLEDGE • SKILL • COMPASSION"

Unit PRPA
Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Kuala Lumpur

LAWATAN PENYELARASAN RESPON & LATIHAN PRA-HOSPITAL & AMBULANSHospital Kuala Lumpur (HKL) telah menerima kunjungan hormat...
25/04/2026

LAWATAN PENYELARASAN RESPON & LATIHAN PRA-HOSPITAL & AMBULANS

Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menerima kunjungan hormat daripada barisan delegasi Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi sesi Lawatan Penyelarasan Respon serta Latihan Pra-Hospital dan Ambulans.

Lawatan strategik ini bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan respon kecemasan serta memantapkan kualiti latihan pra-hospital demi memastikan penyampaian perkhidmatan ambulans yang lebih efisien dan efektif kepada masyarakat.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran barisan delegasi BSMM:
-Tuan Parimelazhagan Ellan (Pengurus Latihan dan Pembangunan BSMM)
-Encik Zulkarnain Musa (Pegawai Latihan BSMM)
-Encik Azuwan Shah Sabri (Penolong Pengurus Ambulans BSMM)
-Encik Simon Nuel Anak Jubin (Pegawai Teknikal Perubatan Kecemasan)

Sesi lawatan ini turut disambut dan dihadiri oleh -Tuan Hj Mohd Sulaiman Dalimi, Ketua Penyelia Hospital, Hospital Kuala Lumpur.

Semoga kolaborasi erat antara HKL dan BSMM ini terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan kecemasan dan rawatan pra-hospital di peringkat kebangsaan.

KAMI SEDIA MEMBANTU

PASUKAN HKL A JUARA KEJOHANAN SUKAN MAKSWIP (MLBB) 2026Unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma,Hospital Kuala Lumpur (HK...
07/04/2026

PASUKAN HKL A JUARA KEJOHANAN SUKAN MAKSWIP (MLBB) 2026

Unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma,Hospital Kuala Lumpur (HKL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan HKL A atas kejayaan luar biasa merangkul gelaran Juara dalam Kejohanan Sukan MAKSWIP (Mobile Legends: Bang Bang) yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 April 2026 bertempat di Putrajaya.

Pasukan yang diwakili oleh 6 orang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari Unit PRPA, Jabatan Kecemasan HKL ini telah membuktikan kecemerlangan strategi dan semangat kesukanan yang tinggi dengan menumpaskan pasukan DOSM di peringkat Grand Final.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan apabila HKL A berjaya mengekalkan kejuaraan buat dua tahun berturut-turut, sekali gus mengetepikan cabaran daripada 90 buah pasukan agensi kerajaan dan badan berkanun di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kemenangan ini melayakkan pasukan HKL A untuk menggalas tanggungjawab besar mewakili kontinjen MAKSWIP ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kejohanan Sukan MAKSAK yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2026.

Syabas diucapkan kepada para pemain! Seluruh warga PRPA mendoakan agar kecemerlangan ini diteruskan di peringkat MAKSAK nanti.

"HKL Peneraju Kecemerlangan"

KURSUS PRE-HOSPITAL LIFE SUPPORT (PHLS) CORE Pada 10 - 12 Februari 2026 telah diadakan  Kursus Pre-Hospital Life Support...
30/03/2026

KURSUS PRE-HOSPITAL LIFE SUPPORT (PHLS) CORE

Pada 10 - 12 Februari 2026 telah diadakan Kursus Pre-Hospital Life Support (PHLS) Core.
Kursus ini ialah program latihan komprehensif yang memfokuskan kepada pengurusan pesakit kecemasan di lokasi kejadian sebelum pesakit dihantar ke hospital. Kursus ini bertujuan meningkatkan kecekapan peserta dalam mengenal pasti keadaan kritikal, membuat penilaian awal secara sistematik (primary & secondary survey), serta memberikan rawatan segera yang tepat bagi menyelamatkan nyawa dan mencegah komplikasi.

Antara kandungan utama kursus termasuk pengurusan saluran pernafasan (airway management), bantuan pernafasan dan oksigenasi, resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED), kawalan pendarahan, rawatan kecederaan trauma, imobilisasi tulang dan kecederaan tulang belakang (spinal injury), pengendalian pesakit tidak sedarkan diri, serta teknik pemindahan mangsa dengan selamat.

Selain kemahiran klinikal, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan tempat kejadian (scene safety), komunikasi berkesan dalam pasukan, dokumentasi kes, serta koordinasi dengan perkhidmatan kecemasan dan fasiliti kesihatan. Latihan biasanya melibatkan simulasi senario sebenar bagi memastikan peserta bersedia menghadapi situasi kecemasan yang pelbagai dan mencabar.

Secara keseluruhannya, Pre-Hospital Life Support (PHLS) Core memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit melalui intervensi awal yang pantas, sistematik dan berkesan sebelum rawatan lanjutan diberikan di hospital.

Unit PRPA HKL di Pentas Resusitasi Antarabangsa!Hari ini, pasukan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari Unit PRPA, Jabat...
30/03/2026

Unit PRPA HKL di Pentas Resusitasi Antarabangsa!

Hari ini, pasukan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari Unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL telah terlibat dalam menjayakan ASEAN Resuscitation Guidelines Update Conference 2026 yang berlangsung di ParkRoyal Collection, Kuala Lumpur!

Bukan sekadar hadir, mereka turut terlibat aktif dalam sesi High Performance CPR - EMS Pitcrew Simulation bersama pakar-pakar dari seluruh rantau ASEAN.

Kenapa penglibatan ini penting?

* Update Terkini: Mendengar terus kupasan AHA 2025 Guidelines daripada Prof. Michael Kurz (Pengerusi AHA Guidelines).

* Kemahiran Kritikal: Memantapkan teknik High Performance CPR dan peranan CPR Coach untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit.

* Standard ASEAN: Bertukar idea tentang sistem Pre-Hospital Care antara Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Syabas juga diucapkan kepada Dr. Umul Khair (Pakar Perubatan Kecemasan & Ketua Unit PRPA HKL) yang turut menjadi speaker utama membincangkan dilema "Scoop & Run vs Stay & Play".

Kami komited membawa pulang ilmu terbaru ini demi kualiti rawatan kecemasan yang terbaik kepada masyarakat.

Majlis Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung, Budi DijunjungHOSPITAL KUALA LUMPUR – Pada 13 Februari 2026 yang lalu, satu maj...
30/03/2026

Majlis Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung, Budi Dijunjung

HOSPITAL KUALA LUMPUR – Pada 13 Februari 2026 yang lalu, satu majlis ringkas namun penuh bermakna telah diadakan bertempat di Foyer MECC Jabatan Kecemasan & Trauma, HKL bagi meraikan kenaikan pangkat dan pertukaran buat dua rakan setugas yang amat dihargai:

* Tn. Haji Ahmad Fauzi bin Md Shah
* En. Mohamad Dezaini bin Ramli

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti, komitmen, dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di unit ini.

Seluruh warga kerja ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya, pertukaran ini bukanlah satu perpisahan, tetapi satu langkah ke hadapan dalam kerjaya masing-masing.

"Bakti disanjung, budi dijunjung. Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan terus menabur jasa demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara."

Terima kasih atas segala kenangan dan ilmu yang dikongsi. Selamat maju jaya!

BENGKEL PEMURNIAN OPERASI PERKHIDMATAN AMBULANSSatu langkah proaktif dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kecemasan te...
30/03/2026

BENGKEL PEMURNIAN OPERASI PERKHIDMATAN AMBULANS

Satu langkah proaktif dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kecemasan telah dilaksanakan melalui Bengkel Pemurnian Operasi Perkhidmatan Ambulans, yang melibatkan kolaborasi strategik antara Unit PRPA Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pasukan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.
Bengkel yang berlangsung pada 13 Febuari 2026 di Auditorium Unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma ini bertujuan untuk:

• Menyelaraskan Prosedur Operasi Standard (SOP) antara kedua-dua agensi bagi memastikan respon kecemasan yang lebih pantas dan efisien.

• Memperkukuh kerjasama teknikal dalam pengendalian kes-kes pra-hospital di lapangan.

• Berkongsi kepakaran dan data melalui sesi pembentangan "Taburan Anggota Mengikut Balai" bagi mengoptimumkan agihan sumber manusia dan aset ambulans.

Sinergi antara 'Wira Merah' (JBPM) dan petugas perubatan HKL ini adalah komitmen berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa menjadi keutamaan.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli panel dan peserta yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga persefahaman yang dibina terus memacu kecemerlangan perkhidmatan kecemasan negara.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MALAYSIA MADANI"

SEKALUNG TAHNIAH: UNIT PRPA RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEKSeluruh warga Jabatan ingin merakamkan setinggi-tin...
11/03/2026

SEKALUNG TAHNIAH: UNIT PRPA RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

Seluruh warga Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Penyediaan Video Pendek Unit PRPA atas kejayaan luar biasa meraih tempat Naib Johan dalam Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026 peringkat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Penghargaan dan kredit khas ditujukan kepada barisan penggerak utama:
⭐ Unit Penyeliaan PRPA
⭐ En. Haizal Johar (Ketua Editor)
⭐ En. Faiz Faishal
⭐ En. Hafiz Yahya
⭐ En. David Guma

Kejayaan ini merupakan manifestasi kreativiti, komitmen, dan semangat berpasukan yang tinggi daripada semua yang terlibat, termasuk barisan pelakon yang telah memberikan dedikasi penuh bagi menjayakan karya tersebut.

Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi inspirasi dan pemangkin buat Unit PRPA untuk terus melakar kecemerlangan serta menghasilkan karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali lagi!

11/03/2026

Sehari Bersama Penolong Pegawai Perubatan Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital Dan Ambulans, Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Kuala Lumpur sempena Hari Pembantu Perubatan 10 Mac 2026

"Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"

SEKITAR MAJLIS GRADUASI & PENUTUP KURSUS FIRST RESPONDER PRE-HOSPITAL CARE (FR-PHC) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WP...
09/02/2026

SEKITAR MAJLIS GRADUASI & PENUTUP KURSUS FIRST RESPONDER PRE-HOSPITAL CARE (FR-PHC) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WPKL

KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Tahniah diucapkan kepada 23 orang pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) WPKL yang telah berjaya menamatkan Kursus First Responder Pre-Hospital Care (FR-PHC) dengan jayanya!
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Dato' Dr. Harikrishna K.R. Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Turut hadir memberikan sokongan padu ialah Yang Berbahagia Datuk Dr. Alzamani bin Mohammad Idrose, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, serta barisan pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.
Kursus intensif yang merangkumi latihan penempatan klinikal di Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans serta di Jabatan Kecemasan HKL ini bertujuan memantapkan kemahiran respon pantas dan kualiti rawatan awal sebelum pesakit tiba di hospital.

Kerjasama strategik antara HKL dan APM ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem penyampaian kesihatan kecemasan demi kesejahteraan rakyat.
Sekalung penghargaan kepada semua tenaga pengajar dari unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Address

Kuala Lumpur
50586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share