04/06/2026
Nak jadi seorang leader yang sempurna itu mustahil.
Tapi anda boleh jadi seorang leader yang “baik”.
Apa maksud “baik” tapi tak sempurna ?
Anda “baik” ( your are doing a good job) , sekiranya anda seorang ketua yang boleh didik orang bawahan anda jadi leader.
Kalau anda boleh didik orang lain berjaya dalam hidup mereka , then u are a good leader.
Anda boleh pastikan orang bawahan anda bukan setakat dapat gaji setiap bulan , tapi anda make sure gaji mereka tu naik , ada pertambahan. Kerjaya mereka tak statik , sentiasa naik pangkat.
A good leader ialah seorang yang pastikan anak buahnya sentiasa maju ke depan. Kejar cita2.
Cita2 yang bukan pelik2 mcm nak ubah dunia.
Benda simple. At least kalau kerja siang malam tu , paling kurang dapat hantar mak ayah pergi umrah. Lagi baik hantar pergi haji terus.
Yes , Itulah definasi seorang leader utk saya.
Tugas saya ialah cari staf saya yang betul2 nak berjaya. Semua 1000 staf saya sembang nak berjaya. Tapi hanya sedikit yang betul2 nak usaha. Tu bab susah, nak cari yang sedikit ni dan train mereka sampai berjaya. Tolong la korang munculkan diri ye .
Apa pon , yang paling penting dalam hidup ialah,
Jangan sesekali menyerah kalah. Never ever give up. Waktu dalam kesusahan tu , waktu tengah stress , tengah diuji, kita kene sabar dan teruskan usaha. Ni part paling susah dalam hidup. Orang yang sabar pasti akan berjaya.
Semangat guys ! InsyaAllah ❤️