25/11/2025
Iblis itu sejenis Makhluk bangsa Ghaib selain Jin?
Saya Manusia biasa Dan hidup di kalangan orang biasa, Muslim yang biasa2 saja.
Setelah melalui banyak Kali majlis2 (sembang kosong), saya Cuba selit soalan feverit saya, persoalan bab alam jin (memang misteri Bagi saya Dan selalu terfikir Dan cari jawapan2), soalan saya, "Iblis sebenarnya ada berapa "orang" ?, selalu jawapan yang saya dapat Dari soalan random yang tak related dengan tajuk sembang yang tengah rancak Tu adalah, Iblis nie ramai, ikut kefahaman orang AWAM yang biasa, Iblis nie satu etnik atau puak yang berlainan Dari Jin secara umumnya walaupun mereka nie nak sama ja keberadaannya yang misteri Dan tak terlihat Mata Kasar.
Sebenarnya, kalau menurut kitab2 ulamak antaranya yang saya s**a sangat, kitab Imam suyuthi perihal Jin. Iblis nie sebenarnya Jin Jugak, Dan dia sorang saja, Iblis Tu nama dia, bukan apa jenis bangsa dia. Tapi Iblis adalah nama dia sepertimana kita Manusia, nama Ahmad, Muhammad, Mahmud, Hamid Dan sebagainya. Maka Iblis adalah Jin, yang namanya Iblis. So, dia bukan puak atau "bangsa lain" di alam sana, dia Jin jugak. Hanya saja dia nie ada isu lain disebalik kisah sejarah penciptaan moyang kita Nabi Adam Alaihissalam. Maka dia termasuk makhluk yang diberi tangguh Dari jangka kematian yang umum menurut hukum adat Bagi bangsa Jin.
Apa Tu? Yakni Jin memang berumur panjang, boleh cecah 1000-3000 Tahun, tapi tetap mati jugak, namun Iblis diberi tangguh, yakni dia Dari hari dilaknat kerana takmau sujud kat nabi Adam Alaihissalam, sampai kiamat tiba maka kematian tidak juga ditangguhkan baginya hingga kiamat menjelma.. berlaku kat siapa? Semua Jin ka? Tak, Iblis seorang saja. Lain lain Jin Masih menurut hukum adat yang asal yakni berumur panjang tapi tetap mati bila sampai ajal, Dan adakala terbunuh dalam perang sesama mereka Dan sebagainya.
Dan Iblis jugak ada kisah yang dia hendak bertaubat kembali kepada Allah. Hehehe
Wallahu A'lam
Hak Dia Belaka