PKP ILKKM Kuala Pilah - Kejururawatan

PKP ILKKM Kuala Pilah - Kejururawatan Dikendalikan oleh ahli PKP ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

ISNIN | 31 OGOS 2026Assalamualaikum WBT, Salam Sejatera.SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSeluruh warga ILKKM K...
30/08/2026

ISNIN | 31 OGOS 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejatera.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Seluruh warga ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELATIH
ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN)
SESI 2026/2027

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA (HKHM)๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dengan segala hormatnya, sukacita...
24/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA (HKHM)๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertemakan :

โ€œMALAYSIA MADANI : KESEJAHTERAAN DINIKMATIโ€

Sehubungan dengan itu, semua pelatih, pengajar dan staf ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :

๐Ÿ“ Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•’ Masa: 8.30 pagi โ€“ 12.15 tengahari
๐Ÿซ Tempat: Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
๐Ÿ‘• Kod Pakaian: Batik Sarong Malaysia

Ayuh kita bersama-sama hadir & memeriahkan sambutan ini dalam semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Kehadiran & sokongan anda semua amat dialu-alukan ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Sekian, terima kasih. ๐ŸŒบ

17/08/2026

SUKANTARA ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN) 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 28โ€“29 Julai 2026
โฐ Masa: 5.30 petang โ€“ 7.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang & Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

RABU | 29 JULAI 2026Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera.๐Ÿ”ฅ SUKANTARA PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN) 2026 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ“… ...
29/07/2026

RABU | 29 JULAI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera.

๐Ÿ”ฅ SUKANTARA PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN) 2026 ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… Tarikh: 28โ€“29 Julai 2026
โฐ Masa: 5.30 petang โ€“ 7.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang & Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

Hari terakhir Sukantara ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) 2026 menyaksikan kemeriahan pertandingan diteruskan dengan aksi separuh akhir dan final bagi menentukan kedudukan terbaik antara rumah-rumah sukan.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah:

๐ŸŽˆ Belon Terbang [Team B]
๐Ÿƒ Lari Dalam Guni
๐Ÿธ Badminton Beregu [Team B]
๐Ÿช‘ Musical Chair
๐Ÿ Bola Beracun

Setiap pasukan memberikan persembahan terbaik dengan semangat juang yang tinggi, diiringi sorakan dan sokongan padu daripada rakan-rakan rumah sukan. Kejohanan ini menjadi medan untuk menguji ketangkasan, strategi serta semangat kerjasama dalam kalangan pelatih.

๐Ÿ”ฅ Kemaskini Skor Mata Terkini ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿฅ‡ Scorpian โ€“ 3 mata
๐Ÿฅˆ Phyton โ€“ 2 mata
๐Ÿฅ‰ Jaguar โ€“ 1 mata
๐Ÿ… Cheetah โ€“ 0 mata

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Sukantara ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) 2026? Mampukah Cheetah dan jaguar bangkit melakukan kejutan pada hari terakhir? Nantikan keputusan akhir dan teruskan memberikan sokongan kepada rumah sukan masing-masing! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

SELASA | 28 JULAI 2026Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera.๐Ÿ”ฅ SUKANTARA PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN) 2026 ๐Ÿ”ฅ...
29/07/2026

SELASA | 28 JULAI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera.

๐Ÿ”ฅ SUKANTARA PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN) 2026 ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… Tarikh: 28โ€“29 Julai 2026
โฐ Masa: 5.30 petang โ€“ 7.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang & Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

Sukantara Peringkat ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) 2026 masih berlangsung dengan penuh meriah bagi memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan pelatih.

Pada 28 Julai 2026, beberapa acara telah dipertandingkan antaranya:

๐Ÿ’ƒ 5.30 petang โ€“ 6.00 petang
โ€ข Aerodance

๐Ÿช‘ 6.00 petang โ€“ 6.30 petang
โ€ข Acara Musical Chair
โ€ข Badminton Team A

๐Ÿ 6.30 petang โ€“ 7.00 petang
โ€ข Acara Bola Beracun
โ€ข Acara Tarik Tali

Walaupun berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti tetap diteruskan dengan penuh semangat melalui pelaksanaan acara indoor di Dewan Nightingale.

Persaingan masih terbuka dan setiap rumah sukan masih berpeluang untuk mengumpul mata dalam acara-acara yang akan datang. Ayuh teruskan semangat juang, kerjasama dan sokongan padu bagi rumah sukan masing-masing! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

SABTU | 25 JULAI 2026Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURUR...
27/07/2026

SABTU | 25 JULAI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN)

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Julai 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

Penceramah:
Ustazah Suhaila binti Yahya
Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Kuala Pilah
bersama 5 orang fasilitator

Program Pengurusan Jenazah Peringkat ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) telah diadakan sebagai usaha untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman warga pelatih berkaitan ilmu pengurusan jenazah berdasarkan tuntutan syarak.

Program ini merangkumi perkongsian ilmu berkaitan aspek teori dan amali pengurusan jenazah, di samping memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial serta nilai empati dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Diharapkan program ini dapat memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelatih dalam aspek pengurusan jenazah serta membentuk jati diri seorang jururawat yang bukan sahaja kompeten dalam bidang profesional, malah mempunyai nilai keprihatinan, ihsan dan kemanusiaan yang tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Suhaila binti Yahya bersama barisan fasilitator atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan kepada warga pelatih ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan).

RABU | 22 JULAI 2026PERHIMPUNAN PELATIH & MAJLIS ANUGERAH PENGARAH BIL. 3/2026๐Ÿ“…Tarikh: 22 Julai 2026โฐMasa: 8.00 pagi โ€“ 1...
27/07/2026

RABU | 22 JULAI 2026

PERHIMPUNAN PELATIH & MAJLIS ANUGERAH PENGARAH BIL. 3/2026

๐Ÿ“…Tarikh: 22 Julai 2026
โฐMasa: 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“Tempat: Dewan Nightingale, ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan)

Merujuk kepada perkara diatas, Perhimpunan Pelatih & Majlis Anugerah Pengarah Bil. 3/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai wadah penyampaian amanat, perkongsian maklumat terkini serta pengukuhan hubungan antara pihak pengurusan dan warga pelatih ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan).

Majlis ini turut menjadi platform untuk menghargai dan mengiktiraf pelatih yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum serta pembentukan sahsiah diri.

Diharapkan pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pelatih untuk terus meningkatkan kecemerlangan, membudayakan prestasi kerja yang tinggi serta mengekalkan nilai profesionalisme selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pengarah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan serta menjadi jururawat yang kompeten, berintegriti dan berjiwa penyayang pada masa hadapan.

SELASA | 12 MAY 2026Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera,[SELAMAT HARI JURURAWAT 2026]Dengan penuh rasa hormat dan setin...
12/05/2026

SELASA | 12 MAY 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,

[SELAMAT HARI JURURAWAT 2026]

Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi penghargaan, kami barisan Pertubuhan Kebajikan Pelatih ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh insan bergelar jururawat yang sentiasa tabah, penyayang dan berdedikasi dalam menunaikan amanah demi kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas setiap pengorbanan yang tidak ternilai, setiap keikhlasan yang tidak pernah lelah, serta setiap sentuhan kasih yang menjadi penawar buat mereka yang memerlukan. Di sebalik senyuman yang diberikan, tersimpan seribu kekuatan dan pengorbanan yang sering tidak terlihat, namun sentiasa dirasai.

โ€Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economiesโ€

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELATIH
ILKKM KUALA PILAH (KEJURURAWATAN)
SESI 2026/2027

Address

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKP ILKKM Kuala Pilah - Kejururawatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PKP ILKKM Kuala Pilah - Kejururawatan:

Shortcuts

Share