UPOH HSNZ

UPOH HSNZ Unit Pendermaan Organ Hospital Sultanah Nur Zahirah.

13/08/2026

๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ ๐ƒ๐ซ๐š๐ฐ๐›๐ซ๐ข๐๐ ๐ž ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐š ๐ก๐ข๐ฃ๐š๐ฎ ๐๐ข ๐ฆ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ ๐ญ๐š๐ง๐๐š ๐ข๐ค๐จ๐ง๐ข๐ค ๐ข๐ง๐ข.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ serta menggalakkan lebih ramai tampil sebagai penderma demi memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.

๐Ÿ’š Satu Ikrar, Sejuta Harapan.

13/08/2026

Selamat menyambut Hari Pendermaan Organ Sedunia 2026.



07/08/2026

KES PENDERMAAN ORGAN KE-7 TERENGGANU 2026

Alhamdulillah, dengan penuh insaf dan bersyukur, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berbesar hati kerana dapat merialisasikan kes pendermaan organ ke-7 bagi tahun 2026, sekali gus mencatat kes pendermaan injap jantung (heart valve) yang pertama di negeri ini pada tahun 2026 ini.

Peluang ini bermula apabila keluarga allahyarham ROMAIZAM BINTI MARZUAN memilih untuk menghormati ikrar pendermaan yang telah dibuat semasa hayatnya, selaras dengan semangat โ€œWarisku Hormati Ikrarkuโ€.

Hasil penghormatan tersebut, kedua-dua buah pinggang, hati, kedua-dua kornea, injap jantung, kulit serta tulang berjaya didermakan, manakala jantung dan paru-paru tidak dapat didermakan atas faktor penilaian klinikal.

Proses perolehan organ dan tisu ini melibatkan kerjasama bersepadu pelbagai pasukan perubatan dan agensi berkaitan dalam memastikan amanah penderma dapat disempurnakan dengan penuh penghormatan, profesionalisme dan kasih sayang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada keluarga penderma atas keikhlasan dan pengorbanan mereka. Semoga kebaikan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk memahami kepentingan pendermaan organ sebagai satu legasi kehidupan yang mampu menyelamatkan ramai pesakit.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh arwah termasuk dalam golongan orang yang beriman dan dicucuri rahmah.







23/06/2026
3. Apakah hukum pendermaan organ menurut agama Islam?Mengikut pendapat Majlis Fatwa 1970, hukum mendermakan organ adalah...
02/05/2026

3. Apakah hukum pendermaan organ menurut agama Islam?

Mengikut pendapat Majlis Fatwa 1970, hukum mendermakan organ adalah HARUS BERSYARAT.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:
1- mendapat keizinan pesakit atau waris
2- tidak memudaratkan keadaan penderma yang masih hidup.
3- bertujuan menyelamatkan nyawa
4- tidak ada unsur jual beli
5- mendapat pengesahan pakar perubatan
6- menghormati maruah penderma

Tidak dinafikan terdapat pendapat yang tidak membolehkan pendermaan organ dijalankan atas alasan proses ini menyakiti jenazah.

Namun mengambil kira keperluan dan darurat pada masa sekarang, pendermaan organ dibenarkan.

Pihak hospital semampu mungkin akan cuba memudahkan proses pemindahan organ di samping memperlakukan jenazah penderma dengan sepenuh-penuh rasa hormat dan cermat.

Pembedahan pemindahan organ dilakukan di dewan bedah, menggunakan teknik pembiusan dan ubat tahan sakit sama seperti yang diterima oleh pesakit-pesakit yang masih hidup.

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3314-bayan-linnas-siri-ke-176-fatwa-berkenaan-organ-dan-tisu

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dipanjangkan kepada pihak kami dan kami akan cuba sedaya upaya menjawabnya.

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian keluarga mengizinkan proses ini dilakukan.Semoga arwah sentiasa dalam rahma...
30/04/2026

Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian keluarga mengizinkan proses ini dilakukan.
Semoga arwah sentiasa dalam rahmat Allah dan limpahan kebaikan yang berpanjangan.

26/04/2026
Sinar dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.Semoga para penderma dan ahli keluarga dilimpahi kebaikan berteru...
02/04/2026

Sinar dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.
Semoga para penderma dan ahli keluarga dilimpahi kebaikan berterusan atas bakti mereka ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan penuh takzim memaklumkan bahawa sebanyak tiga (3) kes pendermaan organ dan tisu telah berjaya disempurnakan setakat Mac 2026.

Pihak pengurusan HSNZ merakamkan ucapan takziah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga penderma atas keikhlasan serta kemuliaan hati membenarkan urusan pendermaan ini dilaksanakan.

Keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada diri insan tersayang merupakan sebuah pengorbanan yang amat bermakna bagi memberikan sinar kehidupan baharu kepada pesakit yang memerlukan. Semoga amal jariah ini menjadi pahala berterusan buat penderma dan sumber kekuatan buat keluarga yang ditinggalkan.

Berikut adalah ringkasan perolehan organ dan tisu bagi tahun 2026:

โ€ข Kes Pertama (Januari 2026): Dua buah pinggang, sebelah mata (kornea), dan tulang.
โ€ข Kes Kedua (Februari 2026): Sepasang mata (kornea).
โ€ข Kes Ketiga (Mac 2026): Dua buah pinggang dan hati.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak dan petugas kesihatan yang terlibat dalam memastikan pengurusan pendermaan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Besarlah harapan kami agar kesedaran dan penerimaan masyarakat di Terengganu terhadap pendermaan organ terus meningkat demi membantu lebih banyak nyawa di luar sana.




25/03/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga

Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi.

Tidak ada luka yang lebih dalam buat seorang ibu selain mengiringi anak ke bilik pembedahan buat kali terakhir.

Namun di saat hati sedang diuji seberat ini, keluarga Allahyarham memilih untuk menghadiahkan harapan kepada insan lain melalui derma organ. Satu keputusan yang sangat besar, sangat tabah, dan sangat mulia.

Pemergian seorang anak tetap meruntun jiwa. Tetapi kebaikan yang ditinggalkan boleh terus hidup, menyambung nafas, menyambung peluang, dan menyentuh kehidupan orang lain yang sedang menunggu sinar.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Semoga juga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi.

Address

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala
20400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPOH HSNZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UPOH HSNZ:

Shortcuts

Share