21/05/2026
Gegata/ bedang/ ludah jin/ lopak garam.
Yang mana satu sebutan anda? 😃
What is the effective treatment that is often forgotten or missed in primary care? 😉
KUALA LUMPUR: Gegata antara masalah kulit yang nampak kecil, tetapi cukup mengganggu hidup. Gatal, timbul merah, datang tiba-tiba, hilang p**a tanpa dijemput.
Antara pencetus yang sering dikaitkan dengan gegata ialah makanan tertentu seperti susu, gandum, telur, kacang, ikan, soya, coklat, tomato, bahan pewarna atau perisa, selain gigitan serangga dan stres. Namun, penting untuk faham satu perkara. Bukan semua orang ada pencetus yang sama. Jangan terus pantang semua makanan tanpa sebab.
Cara paling mudah ialah perhatikan coraknya. Gegata keluar selepas makan apa? Selepas stres? Selepas digigit serangga? Selepas guna produk baru? Catat dan cuba elakkan pencetus yang jelas berulang.
Kebanyakan gegata boleh hilang sendiri, dan ubat antihistamin boleh membantu mengurangkan gatal bagi sesetengah orang. Tetapi jika gegata makin teruk, kerap berulang, melibatkan bengkak muka, bibir, mata atau tidak jelas puncanya, elok dapatkan pemeriksaan doktor.
Paling penting, jika gegata datang bersama sesak nafas, rasa tekak ketat, pening, hampir pitam, muntah teruk atau bengkak lidah dan bibir, itu bukan lagi “gatal biasa”. Segera ke hospital kerana ia boleh menjadi tanda reaksi alahan yang serius. 
Gegata kadang-kadang bukan sekadar kulit yang merajuk. Ia mungkin cara badan memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.