Pakar Perubatan Keluarga Terengganu

Pakar Perubatan Keluarga Terengganu LAMAN FACEBOOK RASMI PAKAR PERUBATAN KELUARGA TERENGGANU

KEPIMPINAN FMS: MEMACU KOMPETENSI ULTRASONOGRAFIPakar Perubatan Keluarga (FMS) Terengganu dengan kerjasama Kelab Doktor ...
18/04/2026

KEPIMPINAN FMS: MEMACU KOMPETENSI ULTRASONOGRAFI

Pakar Perubatan Keluarga (FMS) Terengganu dengan kerjasama Kelab Doktor PKD Besut telah berjaya menganjurkan bengkel"From Probe to Practice: OBGYN Ultrasound Workshop"pada 18 April 2026 bertempat di KK Kota Putera.

Program ini merupakan titik pemula bagi program Credentialing & Privileging(C&P) ultrasonografi obstetrik untuk Pegawai Perubatan di PKD Besut. Inisiatif ini diterajui oleh barisan FMS bagi memastikan kualiti diagnostik di peringkat primer mencapai standard kompetensi yang tinggi.

Seramai 40 peserta telah menerima bimbingan intensif daripada Pakar O&G Hospital Besut dan Pakar Perubatan Keluarga menerusi 6 modul kritikal. Sesi petang diperkukuhkan dengan latihan hands-on di 8 stesen praktikal yang melibatkan 16 orang pesakit sukarela.

Terima kasih dirakamkan kepada rakan strategik (IDS Medical, LAC Medical, Infinity Medical, & Eikon Medical) atas sokongan padu.

Komitmen berterusan FMS Terengganu dalam pemantapan kemahiran klinikal ini diharapkan dapat meningkatkan mutu penjagaan kesihatan ibu dan anak demi kesejahteraan komuniti.





MESYUARAT TEKNIKAL & SESI LIBAT URUS PAKAR PERUBATAN KELUARGA (FMS) TERENGGANU BERSAMA PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGG...
01/04/2026

MESYUARAT TEKNIKAL & SESI LIBAT URUS PAKAR PERUBATAN KELUARGA (FMS) TERENGGANU BERSAMA PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

Satu sesi libat urus dan Mesyuarat Teknikal telah diadakan bersama Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer di negeri kita. Sesi yang penuh bermakna ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKN Terengganu pada 1 April 2026.

Berikut adalah beberapa amanat dan intipati penting hasil daripada pertemuan tersebut:

Peneraju Klinikal di Klinik Kesihatan - Pakar Perubatan Keluarga (FMS) kini diiktiraf sebagai antara kepakaran dengan fraterniti terbesar yang menjadi tulang belakang perkhidmatan kesihatan awam di peringkat akar umbi.

Fokus 'Wellness', Bukan Sekadar 'Illness' - Anjakan paradigma daripada hanya merawat penyakit kepada usaha menggalakkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh dan mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi.

Memahami Isu Setempat - FMS perlu lebih proaktif dalam menangani isu kesihatan khusus di kawasan masing-masing, terutamanya beban Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

Melangkaui Dinding Klinik - Peranan FMS tidak terhad kepada rawatan klinikal sahaja, malah perlu menangani faktor penentu kesihatan (health determinants) di luar klinik untuk keberkesanan rawatan jangka panjang.

Penyelarasan Bersama GP & Paramedik - Cadangan perluasan latihan (CME) kepada pengamal perubatan swasta (GP) dan paramedik luar KKM demi kualiti perkhidmatan yang seragam bagi rakyat.

Pemantapan Bakat Muda - FMS berperanan besar sebagai mentor dalam melatih Pegawai Perubatan junior untuk meningkatkan kemahiran klinikal mereka di peringkat primer.

Sokongan Dana Latihan - Cadangan peruntukan kewangan khusus sebagai modal awal bagi memacu aktiviti latihan dan pembangunan kepakaran dalam fraterniti FMS.

Semoga dengan visi baharu ini, diharapkan kualiti penjagaan kesihatan awam dan primer di Terengganu akan terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi!

22/03/2026
INFAQ KASIH RAMADHAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA DAERAH KUALA NERUS 2026Tarikh: 16 Mac 2026  Tempat: Sekitar Seberang takir...
16/03/2026

INFAQ KASIH RAMADHAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA DAERAH KUALA NERUS 2026

Tarikh: 16 Mac 2026
Tempat: Sekitar Seberang takir, Bukit Tunggal dan Batu rakit
Penganjur: Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Kuala Nerus
Sumbangan: Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Terengganu dan Kuala Nerus

Program Infaq Kasih Ramadhan Pakar Perubatan Keluarga Kuala Nerus 2026 diadakan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Program ini melibatkan kunjungan ke beberapa kediaman penerima bantuan yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, pesakit dengan penyakit kronik, serta warga emas. Bantuan yang disalurkan merangkumi sumbangan barangan keperluan asas dan kewangan.

Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya dalam membantu mereka yang memerlukan. Penganjur berharap dapat meneruskan aktiviti sebegini pada masa akan datang bagi memberikan lebih banyak manfaat kepada komuniti.

🌙 MISI INFAQ RAMADHAN: DARI KLINIK KE PINTU RUMAH - FMS Sesohor Setiu12 Mac 2026 / 22 Ramadhan 1447HAlhamdulillah, seles...
12/03/2026

🌙 MISI INFAQ RAMADHAN: DARI KLINIK KE PINTU RUMAH - FMS Sesohor Setiu
12 Mac 2026 / 22 Ramadhan 1447H

Alhamdulillah, selesai sudah Tour Infaq Ramadhan kami hari ini. Penat? Memang penat, tapi bila tengok senyuman penerima - penerima sumbangan tadi, terus hilang rasa letih tu.
Kami FMS Setiu, mewakili Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Terengganu, hari ini 'gantung stetoskop' sekejap untuk turun padang menyantuni keluarga asnaf di sekitar daerah Setiu.

📍 Rentas Setiu Demi Amanah
Perjalanan hari ini bukan biasa-biasa, kami jelajah satu daerah:
* Mula: Permaisuri
* Singgah: Kampung Rahmat turun ke Sungai Tong
* Berakhir: Kampung Langkap
Bukan sekadar hantar sumbangan barangan keperluan asas, tapi ini juga ruang untuk kami bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan kesihatan komuniti kita di luar sana. Ramadhan ini lebih bermakna bila kita dapat memberi kembali kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang. Semoga sumbangan kecil yang diberikan dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan. 🤲✨

JELAJAH RAMADHAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA DUNGUN 2026Tarikh: 12 Mac 2026Tempat: Sekitar Daerah Dungun, TerengganuPenganj...
12/03/2026

JELAJAH RAMADHAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA DUNGUN 2026

Tarikh: 12 Mac 2026
Tempat: Sekitar Daerah Dungun, Terengganu
Penganjur: Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Dungun
Sumbangan: Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Terengganu dan Dungun

Program Jelajah Ramadhan Pakar Perubatan Keluarga Dungun 2026 telah diadakan sempena bulan Ramadhan bagi menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Dungun serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
Program ini melibatkan lawatan ke beberapa rumah penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, pesakit kronik dan warga emas. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 daerah Kuala TerengganuTarikh: 12 Mac 2026Hari: KhamisLokasi Agihan:Kg Serada, Pengada...
12/03/2026

Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 daerah Kuala Terengganu

Tarikh: 12 Mac 2026
Hari: Khamis
Lokasi Agihan:
Kg Serada, Pengadang Baru, Teluk Pasu, Kubang Jela, Tanjung Sabtu, Banggol Donas, Bukit Bayas, Kedai Buloh dan Kg Tengah Chendering.

Ringkasan Program:
Program ini telah dilakukan sebagai satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadhan bagi membantu masyarakat yang memerlukan di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu.

Sumbangan yang diagihkan merupakan infaq ikhlas daripada Pakar-pakar Perubatan Keluarga Kuala Terengganu dan Terengganu. Sumbangan ini disampaikan kepada penerima2-penerima di beberapa kampung terlibat sebagai tanda keprihatinan serta usaha meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut hari Raya Aidilfitri.

Program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan FMS serta menyemai semangat berkongsi rezeki dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Address

KLINIK KESIHATAN MANIR
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Perubatan Keluarga Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share