Farmasi I-Care Kuala Nerus

Farmasi I-Care Kuala Nerus Farmasi i-Care Kuala Nerus - Memenuhi Keperluan Barangan Kesihatan Anda Semua i-Care Pharmacy - Dekaat Di Hati

Spirulina ialah sejenis alga biru-hijau yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan antioksidan. Antara kebaikan Spir...
15/08/2026

Spirulina ialah sejenis alga biru-hijau yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan antioksidan. Antara kebaikan Spirulina pada tubuh badan adalah seperti yang tertera diatas. Boleh diambil sebiji sehari selepas makan. Boleh dapatkan di Farmasi i-Care Kuala Nerus.📍😇



14/08/2026
🌟 JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA TERENGGANU 🌟Jom utamakan kesihatan diri dan keluarga! Anda semua dijemput hadir be...
13/08/2026

🌟 JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA TERENGGANU 🌟

Jom utamakan kesihatan diri dan keluarga! Anda semua dijemput hadir beramai-ramai di booth kami di "ISLAMIC FESTIVAL 2026" yang bakal berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al Quran pada Jumaat (14 OGOS 2026).

Buat julung kalinya, Islamic Festival (i-FEST) 2026 menghimpunkan para masyaikh, tokoh ilmuan, asatizah, qari, kump**an nasyid, pempamer serta komuniti Islam dalam sebuah festival yang mengangkat syiar Islam dan budaya ilmu serta menyemarakkan syiar Islam di bumi Terengganu.

📍Tekan link dibawah untuk ke lokasi Programa Pemeriksaan Kesihatan.
https://maps.app.goo.gl/9DxbNKk4khbi6JkR7?g_st=aw


Mempunyai Chia seeds dan Psyllium husk yang boleh membantu melancarkan pembuangan air besar dan menambah pengambilan ser...
11/08/2026

Mempunyai Chia seeds dan Psyllium husk yang boleh membantu melancarkan pembuangan air besar dan menambah pengambilan serat harian. Berperisa limau dan boleh diambil 1 sachet sekali atau dua kali sehari.
Boleh dapatkan di Farmasi i-Care Kuala Nerus. 🤩



Nova Lifefit Gold adalah sejenis multivitamin lengkap yang mengandungi gabungan vitamin, mineral dan ekstrak tumbuhan (a...
03/08/2026

Nova Lifefit Gold adalah sejenis multivitamin lengkap yang mengandungi gabungan vitamin, mineral dan ekstrak tumbuhan (antioksidan) untuk sokong kesihatan harian. Sangat sesuai untuk orang dewasa yang nak jaga kesihatan umum, tambah tenaga, dan lengkapkan vitamin harian, terutamanya kalau gaya hidup yang sibuk.
Jom ambil multivitamin untuk kekal bertenaga sepanjang hari.




Saw Palmetto ialah sejenis herba (buah pokok palma kecil) yang sering digunakan sebagai suplemen kesihatan, terutamanya ...
28/07/2026

Saw Palmetto ialah sejenis herba (buah pokok palma kecil) yang sering digunakan sebagai suplemen kesihatan, terutamanya untuk hormon dan kesihatan lelaki. Namun, ia juga ada manfaat tertentu untuk wanita.
Boleh dapatkan di Farmasi i-Care Kuala Nerus.📍😇



23/07/2026

ORS BUKAN SEKADAR AIR GARAM BIASA

Seorang kanak-kanak pada mulanya hanya cirit-birit beberapa kali.

“Tak apa kot. Nanti eloklah tu.”

Beberapa jam kemudian, dia semakin lemah. Bibir mula kering. Mata semakin cengkung. Sudah lama tidak membuang air kecil.

Hakikatnya, ramai menyangka bahaya cirit-birit ialah najis yang kerap.

Sebenarnya, bahaya yang sebenar ialah dehidrasi.

Setiap kali cirit-birit atau muntah, tubuh bukan sekadar kehilangan air.

Tubuh turut kehilangan natrium, kalium dan elektrolit penting yang diperlukan untuk memastikan organ terus berfungsi dengan baik. Jika kehilangan ini berterusan, pesakit boleh menjadi terlalu lemah, keliru, mengalami renjatan dan dalam keadaan tertentu boleh mengancam nyawa.

Sebab itu, ORS perlu dimulakan seawal mungkin.

ORS (Oral Rehydration Salts) bukan sekadar “air garam”.

Ia ialah campuran glukosa dan elektrolit dalam nisbah yang tepat. Apabila diminum, glukosa membantu penyerapan natrium di dalam usus, manakala natrium membantu menarik air masuk semula ke dalam badan.

Sebab itu ORS jauh lebih berkesan berbanding air kosong untuk menggantikan cecair yang hilang akibat cirit-birit atau muntah.

ORS tidak perlu menunggu cirit-birit berhenti untuk mula memberi manfaat.

Sebaik sahaja ORS diminum dan dapat dikekalkan di dalam perut, proses menggantikan cecair yang hilang sudah bermula. Itulah sebabnya rawatan awal sangat penting.

Murah. Mudah. Berkesan.

Satu sachet ORS hanya berharga beberapa ringgit.

Tidak memerlukan mesin. Tidak memerlukan suntikan. Tidak memerlukan kemahiran khas.

Hanya bancuh mengikut sukatan yang betul, kemudian minum sedikit tetapi kerap.

Formulanya kelihatan ringkas, tetapi inilah antara rawatan paling penting dalam mencegah dehidrasi akibat cirit-birit.

Cara menggunakan ORS

• Bancuh satu sachet mengikut jumlah air yang dinyatakan pada bungkusan.
• Jangan agak-agak sukatan air.
• Jangan tambah gula, garam, susu atau kordial.
• Minum sedikit tetapi kerap.
• Jika muntah, tunggu 5–10 minit sebelum mencuba semula dengan tegukan kecil.
• Teruskan penyusuan susu ibu dan pemakanan seperti biasa jika mampu.

Jangan bancuh ORS terlalu pekat.

Tidak semua sachet menggunakan jumlah air yang sama. Ada yang perlu dibancuh dengan 200 ml, 500 ml atau 1 liter air.

Air terlalu sedikit menjadikan larutan terlalu pekat.

Air terlalu banyak p**a menyebabkan kandungan elektrolit menjadi terlalu cair.

Sentiasa ikut arahan pada bungkusan.

Segera ke klinik atau hospital jika pesakit:

• Terlalu lemah, keliru atau sukar dikejutkan.
• Tidak mampu minum atau muntah setiap kali minum.
• Langsung tidak kencing atau kencing sangat sedikit.
• Mata sangat cengkung atau mulut terlalu kering.
• Najis berdarah.
• Sakit perut yang kuat.
• Demam tinggi dengan keadaan yang semakin lemah.
• Bayi kecil, warga emas atau pesakit kronik yang menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Ramai orang menyediakan ubat demam di rumah.

Tetapi tidak ramai yang menyimpan ORS.

Sedangkan satu sachet kecil ini mungkin menjadi perbezaan antara dehidrasi yang semakin teruk… dengan pesakit yang kembali pulih tanpa perlu dimasukkan ke hospital.

Standby beberapa sachet ORS di rumah.

Kerana ORS bukan sekadar air garam biasa.

Kadangkala, perkara yang paling ringkas itulah yang memberi kesan paling besar.

Vitamin D sangat penting untuk kesihatan badan walaupun ramai orang tak perasan peranannya. Antara peranan utama Vitamin...
23/07/2026

Vitamin D sangat penting untuk kesihatan badan walaupun ramai orang tak perasan peranannya. Antara peranan utama Vitamin D adalah seperti yang tertera diatas,
Boleh dapatkan di Farmasi i-Care Kuala Nerus.📍😊




Jom ketahui apa kelebihan lecithin pada tubuh badan. Boleh dapatkan di Farmasi I-Care Kuala Nerus📍😇
14/07/2026

Jom ketahui apa kelebihan lecithin pada tubuh badan.
Boleh dapatkan di Farmasi I-Care Kuala Nerus📍😇





Jom ketahui beza magnesium malate & glycinate. Nama sama tapi rupanya mempunyai fungsi yang berbeza tau. Siapa kat sini ...
13/07/2026

Jom ketahui beza magnesium malate & glycinate. Nama sama tapi rupanya mempunyai fungsi yang berbeza tau. Siapa kat sini baru tahu sila komen 🙋‍♀️.
Bila dah tau fungsi barulah kita boleh beli mengikut keperluan badan kita kan.😇
Boleh dapatkan di Farmasi i-Care Kuala Nerus📍🤗




Address

Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+6096591880

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi I-Care Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi I-Care Kuala Nerus:

Shortcuts

Share