Klinik An-Nisa' Manir

Directions Contact the business

Klinik An-Nisa' Manir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik An-Nisa' Manir, Medical and health, Lot10107-B Jalan Pasar Manir Kg Kedai Manir Kuala, Kuala.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ محمد𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’KHAMIS, 17 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈπ–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜SETIAP HARI : ...
17/09/2026

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’
KHAMIS, 17 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈ
π–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜
SETIAP HARI : 8.30 AM - 10.30 PM
𝐁𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 πŸπŸ’ π‰πšπ¦ π’πžπ­π’πšπ© π‡πšπ«π’
_________________________
Sila rujuk jadual doktor bertugas yang disertakan untuk memudahkan urusan anda. Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda dan keluarga πŸ‘¨β€βš•οΈ
β€œπ’πžπ«π―πž 𝐖𝐒𝐭𝐑 π‡πžπšπ«π­"

16/09/2026

KENAPA β€œJERAWAT PASIR” S**A SANGAT NAIK DEKAT DAHI?

Dah cuci muka.
Dah tukar pencuci muka.
Tapi bila tengok bawah cahaya, dahi masih penuh bintik-bintik halus.

Pertama sekali, ia tak semestinya sebab muka kotor.

Apa yang ramai panggil β€œjerawat pasir” sebenarnya sering merupakan closed comedones β€” liang/folikel rambut yang tersumbat oleh sebum dan sel kulit mati.

Dan dahi memang antara kawasan yang paling mudah mengalaminya.

Dahi merupakan sebahagian daripada T-zone, kawasan muka yang cenderung menghasilkan lebih banyak sebum. Bila minyak bercampur dengan sel kulit mati dan menyumbat folikel, terbentuklah bumps kecil berwarna kulit yang kita nampak itu.

Lebih-lebih lagi dahi duduk betul-betul di bawah hairline.

Pomade, wax, hair oil, conditioner atau produk styling rambut boleh terkena kulit dahi. Rambut berminyak yang selalu jatuh ke depan pun boleh menyumbang. Sebab itu ada orang jerawatnya banyak berkumpul sepanjang hairline dan dahi, tetapi p**i hampir bersih.

Tambah p**a peluh, topi, helmet, anak tudung atau apa-apa yang menyebabkan kawasan tersebut panas, lembap dan bergesel β€” breakout boleh jadi lebih mudah berlaku.

Satu perkara lagi: jangan semua bumps kecil terus dianggap acne biasa.

Kalau bintik itu hampir semuanya sama saiz, banyak, gatal dan semakin ketara selepas panas atau berpeluh, doktor mungkin turut mempertimbangkan Malassezia folliculitis, yang sering disebut sebagai β€œfungal acne”.

Jadi jangan terus scrub kuat-kuat.

Lebih banyak cuci β‰  lebih cepat hilang.

Terlalu kerap mencuci, menyental atau menggunakan terlalu banyak active ingredients boleh mengiritasikan kulit dan akhirnya membuat keadaan semakin susah dikawal.

Kalau dahi tiba-tiba penuh β€œjerawat pasir”, sebelum salahkan pencuci muka, check juga apa yang anda sapu pada rambut, apa yang selalu menyentuh dahi dan rutin skincare anda.

Kadang-kadang puncanya bukan pada apa yang kita tak cuci.

Tetapi pada apa yang kita letak kembali atas kulit setiap hari.

16/09/2026

TERKEJUT TENGOK BIL ELEKTRIK BULAN NI? ⚑

Ramai yang mula mengeluh.

β€œKenapa bil bulan ni tinggi sangat?”
β€œRasa macam guna elektrik sama je.”
β€œBulan lepas tak macam ni pun.”

TNB dah tampil beri penjelasan. Menurut TNB, AFA bukan punca kenaikan mendadak bil elektrik. Malah pengguna domestik dengan penggunaan 600 kWj ke bawah sebulan dilindungi daripada caj AFA.

Jadi sebelum pening tengok angka RM, cuba tengok satu benda dahulu:

Berapa kWj yang kita guna bulan ini?

Kadang-kadang kita rasa penggunaan sama. Tetapi cuaca panas menyebabkan aircond dipasang lebih lama. Cuti sekolah p**a lebih ramai berada di rumah. TV, komputer, water heater, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan lain bekerja lebih lama.

Tambah sedikit setiap hari, hujung bulan boleh jadi banyak.

Jadi apa yang boleh kita buat?

1. Check penggunaan dalam myTNB.
Jangan tunggu bil keluar baru nak terkejut. Bagi pengguna meter pintar, penggunaan boleh dipantau dengan lebih kerap. Cuba kenal pasti hari penggunaan tiba-tiba tinggi.

2. Aircond ini antara tempat paling mudah untuk berjimat.

TNB mencadangkan suhu sekitar 24–26Β°C. Tutup pintu dan tingkap, bersihkan filter dan elakkan memasang aircond terlalu sejuk kalau tak perlu.

3. Tengok peralatan yang β€œmakan elektrik” lama-lama.

Bukan aircond sahaja. Water heater, dryer, pam air atau kolam dan peralatan berkuasa tinggi yang digunakan berjam-jam boleh memberi kesan besar apabila dikumpulkan selama sebulan.

4. Kalau sesuai, pertimbangkan Time of Use (TOU).

Strateginya mudah: alih penggunaan elektrik yang boleh dialihkan ke waktu luar puncak, apabila kadar lebih rendah. Contohnya sesetengah penggunaan mesin basuh atau pengecasan boleh dijadualkan pada waktu tersebut.

5. Bila beli barang elektrik baru, tengok label tenaga.

Utamakan peralatan 4 atau 5 bintang. Harga mungkin berbeza sedikit, tetapi untuk barang yang digunakan bertahun-tahun, penggunaan tenaga juga penting.

6. Rumah dengan penggunaan tinggi boleh pertimbangkan solar.

Kos permulaan memang lebih besar, jadi buat kira-kira dahulu sama ada penjimatan jangka panjang berbaloi dengan corak penggunaan rumah anda.

Dan paling penting:

Jangan hanya bandingkan RM. Bandingkan kWj.

Kalau bulan lepas 350 kWj tetapi bulan ini 500 kWj, penggunaan memang sudah berubah.

Tetapi kalau kWj hampir sama, tiba-tiba jumlah bil jauh lebih tinggi, semak pecahan bil dengan lebih teliti. Kalau masih nampak pelik, hubungi TNB untuk penjelasan.

Bil elektrik tinggi memang sakit hati.
Tapi perkara pertama yang kita boleh kawal ialah cara kita menggunakan elektrik.

Mulakan dengan satu strategi paling mudah malam ini:

Aircond 24–26Β°C. Pantau kWj. Kurangkan pembaziran yang kita tak sedar.

β€” Public Health Malaysia

16/09/2026

Ada kegagalan yang berlaku hanya dalam satu hari…

tetapi kita mengambil masa bertahun-tahun untuk keluar daripadanya.

Hari itu sudah lama berlalu.

Orang lain mungkin sudah lupa.

Tapi kita masih di sana.

Masih teringat apa yang berlaku.
Masih terbayang apa yang kita hilang.
Masih tertanya-tanya bagaimana hidup yang selama ini baik-baik sahaja, tiba-tiba boleh berubah begitu cepat.

Susahnya bila kita gagal.

Lebih-lebih lagi apabila sepanjang hidup, kita seakan sentiasa dipermudahkan.

Laluan terbuka. Rezeki datang. Usaha sering membuahkan hasil.

Kita terbiasa menjadi orang yang β€œboleh”.

Sampailah suatu hari…

kita tak boleh.

Kita gagal.

Dan kegagalan itu menjadi sesuatu yang terlalu asing.

Bukan sebab kita lemah. Tetapi kerana selama ini kita tidak pernah belajar bagaimana rasanya hidup selepas jatuh.

Akhirnya kita tersekat.

Hari-hari berlalu, tapi hati masih berada pada hari kita gagal itu.

Kita ulang semula apa yang berlaku. Kita persoalkan diri sendiri. Kita melihat orang lain terus bergerak, sedangkan kita masih bergelut dengan sesuatu yang mungkin sudah lama berlalu.

Kita mahu mencuba lagi.

Tapi takut.

Takut berharap.
Takut kecewa.
Takut merasakan sakit yang sama untuk kali kedua.

Sampai akhirnya kegagalan itu bukan lagi sekadar satu peristiwa.

Ia berubah menjadi sebuah dunia yang mengurung kita. kita mula percaya bahawa hidup kita sudah berakhir di tempat kita jatuh.

Jika hari ini anda sedang berada di titik paling rendah dalam hidup…

tak mengapa kalau anda belum mampu berlari.

Berjalan perlahan-lahan.

Kalau berjalan pun terlalu berat, merangkaklah.

Asalkan jangan bina rumah di tempat anda jatuh.

Anda mungkin kehilangan sesuatu.
Anda mungkin terpaksa bermula semula.
Mungkin hidup selepas ini tidak akan menjadi seperti yang pernah anda bayangkan.

Tetapi satu kegagalan tidak berhak menentukan seluruh cerita hidup anda.

Masih ada hari yang belum anda lalui.
Masih ada manusia yang belum anda temui.
Masih ada pintu yang belum anda ketuk.
Dan masih ada versi diri anda yang belum sempat anda kenali.

Percayalah…

kadang-kadang titik paling rendah bukanlah tempat hidup kita berakhir.

Ia cuma tempat kaki kita akhirnya menyentuh tanah,

supaya kita boleh menolak diri untuk naik semula.

16/09/2026

PERUT MEMBESAR, P***S NAMPAK SEMAKIN PENDEK?

Ramai lelaki mungkin perasan satu perubahan bila berat badan semakin bertambah.

Perut makin ke depan. Bahagian bawah perut semakin tebal. Dan p***s p**a kelihatan semakin β€œpendek”.

Adakah p***s benar-benar mengecil?

Tidak semestinya.

Pada lelaki dengan obesiti, lemak boleh terkumpul dengan banyak di kawasan bawah abdomen dan atas kemaluan. Kawasan ini dipanggil suprapubic fat pad.

Apabila lapisan lemak ini semakin tebal, ia boleh menutupi pangkal dan sebahagian batang p***s.

P***s masih ada. Tetapi semakin banyak bahagiannya tersembunyi di sebalik tisu sekeliling, menyebabkan panjang yang kelihatan dari luar menjadi semakin pendek.

Dalam keadaan yang lebih ketara, ia boleh menjadi satu keadaan dikenali sebagai Adult Acquired Buried P***s (AABP).

Dan ini bukan sekadar isu penampilan.

AABP boleh menyebabkan kawasan tersebut lebih sukar dibersihkan, sentiasa lembap dan mudah mengalami iritasi atau keradangan. Ada lelaki mengalami masalah ketika membuang air kecil seperti air kencing berselerak, menitis atau sukar menghalakan aliran.

Hubungan seksual juga boleh menjadi lebih sukar dan keadaan ini boleh memberi kesan kepada keyakinan diri serta kualiti hidup.

Obesiti pada lelaki turut mempunyai kesan yang lebih luas terhadap sexual & reproductive health. Ia dikaitkan dengan masalah metabolik, erectile dysfunction, gangguan hormon termasuk testosterone yang rendah pada sesetengah lelaki, serta kualiti sperma yang lebih buruk.

Sebab itu ukur kesihatan bukan sekadar nombor atas penimbang.

Jika berat badan berlebihan, mulakan penurunan berat secara berperingkat, kekal aktif dan amalkan pemakanan seimbang. Penurunan berat badan boleh membantu mengurangkan suprapubic fat pad, tetapi AABP yang sudah teruk tidak semestinya pulih sepenuhnya dengan weight loss sahaja.

Jika p***s semakin tersembunyi, sukar dibersihkan, berlaku keradangan berulang atau sudah mengganggu kencing dan fungsi seksual, jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Sesetengah kes mungkin memerlukan penilaian pakar urologi.

Perut yang semakin besar mungkin membuatkan sesuatu yang lain kelihatan semakin kecil.

Bukan kerana ia semestinya mengecil.

Kadang-kadang, ia semakin tenggelam.

16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga bumi Malaysia terus dilimpahi keamanan, keharmonian dan keberkatan.

16 September 2026

Selamat Hari Malaysia 2026 Berbeza latar, bersatu hati.Berbeza warna, satu Malaysia.Semoga perpaduan terus menjadi kekua...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026

Berbeza latar, bersatu hati.
Berbeza warna, satu Malaysia.

Semoga perpaduan terus menjadi kekuatan kita,
dan kesejahteraan menjadi milik semua. 🀍

Klinik An-Nisa’ Manir πŸ’š
Serve with Heart

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ محمد𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’RABU, 16 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈπ–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜SETIAP HARI : 8....
16/09/2026

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’
RABU, 16 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈ
π–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜
SETIAP HARI : 8.30 AM - 10.30 PM
𝐁𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 πŸπŸ’ π‰πšπ¦ π’πžπ­π’πšπ© π‡πšπ«π’
_________________________
Sila rujuk jadual doktor bertugas yang disertakan untuk memudahkan urusan anda. Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda dan keluarga πŸ‘¨β€βš•οΈ
β€œπ’πžπ«π―πž 𝐖𝐒𝐭𝐑 π‡πžπšπ«π­"

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ محمد𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’SELASA, 15 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈπ–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜SETIAP HARI : ...
15/09/2026

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’
SELASA, 15 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈ
π–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜
SETIAP HARI : 8.30 AM - 10.30 PM
𝐁𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 πŸπŸ’ π‰πšπ¦ π’πžπ­π’πšπ© π‡πšπ«π’
_________________________
Sila rujuk jadual doktor bertugas yang disertakan untuk memudahkan urusan anda. Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda dan keluarga πŸ‘¨β€βš•οΈ
β€œπ’πžπ«π―πž 𝐖𝐒𝐭𝐑 π‡πžπšπ«π­"

.𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈπ–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜SETIAP HARI : 8.30 AM - 10.30 PM𝐁𝐞𝐫𝐨𝐩...
14/09/2026

.
𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πŸ“’
ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 πŸ—“οΈ
π–π€πŠπ“π” πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŸ•˜
SETIAP HARI : 8.30 AM - 10.30 PM
𝐁𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 πŸπŸ’ π‰πšπ¦ π’πžπ­π’πšπ© π‡πšπ«π’
_________________________
Sila rujuk jadual doktor bertugas yang disertakan untuk memudahkan urusan anda. Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda dan keluarga πŸ‘¨β€βš•οΈ
β€œπ’πžπ«π―πž 𝐖𝐒𝐭𝐑 π‡πžπšπ«π­"

Address

Lot10107-B Jalan Pasar Manir Kg Kedai Manir Kuala
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik An-Nisa' Manir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik An-Nisa' Manir:

Shortcuts

Share