Klinik Sihat Sokmo

Call Directions Contact the business

Klinik Sihat Sokmo Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Sihat Sokmo, Alternative & holistic health service, KLINIK , LOT 11350 KG MANIR, Kuala.

Rawatan keluarga
Perubatan am
Sedut kahak
Kesihatan pekerjaan (Occupational health)
Rawatan ke rumah

Buka Setiap Hari 8.00pagi - 12.00malam
AKASIA MEDICARE SDN BHD 202201021145(1466842-D)

⚠️ INFLUENZA (FLU) 🦠Jangan pandang ringan influenza! 🤒 Influenza bukan sekadar demam dan selesema biasa. Ia boleh menyeb...
15/10/2026

⚠️ INFLUENZA (FLU) 🦠

Jangan pandang ringan influenza! 🤒 Influenza bukan sekadar demam dan selesema biasa. Ia boleh menyebabkan demam tinggi, batuk, sakit tekak, sakit badan dan keletihan yang melampau.
👨‍👩‍👧‍👦 Lindungi diri dan keluarga anda!
✅ Kerap mencuci tangan.
✅ Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
✅ Pakai pelitup muka jika bergejala.
✅ Dapatkan pemeriksaan doktor jika gejala semakin teruk.

💚 Kesihatan anda, keutamaan kami!
🏥 Klinik Sihat Sokmo
Jangan tunggu sehingga melarat, dapatkan pemeriksaan awal.

🚨 ANAK DAH DEMAM 3 HARI? JANGAN TUNGGU JIKA ADA TANDA BAHAYA!Bila anak demam, jangan tengok bacaan suhu sahaja, ya ibu a...
12/10/2026

🚨 ANAK DAH DEMAM 3 HARI? JANGAN TUNGGU JIKA ADA TANDA BAHAYA!

Bila anak demam, jangan tengok bacaan suhu sahaja, ya ibu ayah. Perhatikan juga keadaan dan perubahan tingkah laku anak. ❤️

🚩 Kenali tanda amaran yang ibu ayah perlu beri perhatian:

⚠️ Anak terlalu lemah, asyik mengantuk atau susah dikejutkan.

⚠️ Kurang minum dan kencing semakin sedikit.

⚠️ Muntah berulang kali sehingga tidak boleh minum.

⚠️ Nafas laju atau kelihatan susah bernafas.

⚠️ Ruam merah atau ungu yang tidak pudar apabila ditekan, atau terdapat pendarahan.

⚠️ Mengadu sakit perut yang kuat.

⚠️ Bayi berusia bawah 3 bulan dengan suhu badan 38°C atau lebih.

⚠️ Anak kelihatan sangat berbeza daripada keadaan biasanya.

👨‍⚕️ Bila perlu bawa anak berjumpa doktor?

Jika demam sudah masuk hari ketiga, bawa anak untuk pemeriksaan bagi mengenal pasti puncanya.

Namun, jangan tunggu sehingga hari ketiga jika anak menunjukkan tanda bahaya. Jika anak sukar dikejutkan, mengalami kesukaran bernafas atau terlalu lemah, segera ke Jabatan Kecemasan hospital terdekat.

Ibu ayah, naluri anda penting. Jika anak kelihatan semakin tidak sihat, dapatkan pemeriksaan segera.

📍 Klinik Sihat Sokmo, Manir, Kuala Terengganu

📞 Telefon: 09-615 2800

📲 WhatsApp: 013-924 2800

Kongsi posting ini dengan ibu ayah lain. Semoga lebih ramai tahu tanda bahaya apabila anak demam. ❤️

Mak ayah sokmo tanya balik? 👂“Ha?”“Cuba ulang…”“Tak dengar…”Kalau perkara ini semakin kerap berlaku, jangan terus anggap...
05/10/2026

Mak ayah sokmo tanya balik? 👂

“Ha?”
“Cuba ulang…”
“Tak dengar…”

Kalau perkara ini semakin kerap berlaku, jangan terus anggap ia hanya sebab faktor usia.

Antara tanda yang boleh diperhatikan:
✅ Selalu minta orang ulang percakapan
✅ TV/radio semakin kuat
✅ Susah dengar apabila ramai orang bercakap
✅ Telinga berdenging

Langkah pertama: buat pemeriksaan pendengaran.

Jika ada masalah, pemeriksaan awal boleh membantu menentukan langkah seterusnya.

📍 Klinik Sihat Sokmo
Lot 11350, Tingkat Bawah, Kg Manir,
Manir, 21200 Kuala Terengganu

☎️ 09-615 2800
📱 WhatsApp: 013-924 2800
🕗 Setiap hari | 8 pagi – 11 malam

Jangan tunggu sampai mak ayah semakin susah mendengar dan berkomunikasi dengan keluarga. ❤️

Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya
23/09/2026

Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya

Kadang-kadang, demam yang nampak biasa sebenarnya bukan demam biasa.2 hari lepas, datang ke klinik seorang anak bawa aya...
22/09/2026

Kadang-kadang, demam yang nampak biasa sebenarnya bukan demam biasa.

2 hari lepas, datang ke klinik seorang anak bawa ayah dia yang berumur 60 tahun.

Ayahnya demam panas, muka nampak kemerahan dan yang menarik perhatian saya, dia datang memakai jaket tebal.

Masuk sahaja bilik doktor, saya tengok keadaan dia macam tak berapa larat.

Bila saya check suhu badan…

39.6°C.

Tinggi.

Katanya baru hari kedua demam.

Ada sakit-sakit badan, tetapi tak ada tanda-tanda lain yang jelas.

Sebab nampak dia tak larat, saya minta dia masuk ke bilik rawatan dan baring sementara saya buat pemeriksaan darah.

Saya ambil Full Blood Count.

Bila keputusan keluar, darah putih sekitar 4 lebih, agak rendah.

Platelet p**a sekitar 170, masih dalam julat, tetapi agak rendah.

Tapi ada satu bacaan yang buat saya lebih berhati-hati.

Hematokrit (bacaan kepekatan darah) sekitar 47%.

Dalam keadaan demam macam ni, saya mula terfikir…

“Jangan-jangan denggi.”

Jadi saya buat ujian denggi.

Dan betul.

Positif denggi.

Ringkas cerita, pak cik ni saya refer ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemantauan.

Apa yang saya nak kongsikan daripada kes ni…

Denggi pada awalnya boleh nampak macam demam biasa.

Demam.

Sakit-sakit badan.

Tak semestinya terus ada tanda yang kita boleh nampak dengan mata kasar.

Sebab itu kalau demam, terutama kalau tinggal atau berada di kawasan yang ada kes denggi, jangan terus anggap ia demam biasa.

Jumpa doktor.

Doktor akan tentukan sama ada perlu buat pemeriksaan darah dan ujian denggi atau tidak.

Kadang-kadang, benda yang nampak macam demam biasa sebenarnya perlukan kita periksa dengan lebih teliti.

Demam mungkin kita nampak biasa.
Tetapi keputusan darah mungkin cerita benda yang lain.

Jangan ambil mudah.

Kerana denggi boleh menjadi serius dan dalam keadaan tertentu boleh membawa maut.

21/09/2026

Awas Jerebu Datang Lagi

Cara cegah penyakit penafasan akibat Jerebu



Jemput Datang 🏥  untuk warga Tenaga Nasional Berhad (TNB)! ⚡Panel TNB kini tersedia di Klinik  .Datang ke klinik untuk m...
20/09/2026

Jemput Datang 🏥 untuk warga Tenaga Nasional Berhad (TNB)! ⚡

Panel TNB kini tersedia di Klinik .
Datang ke klinik untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan mudah dan selesa. 💚

📍 Klinik
📞 09-615 2800 / 013-924 2800
Kesihatan Anda, Keutamaan Kami. 💚

20 September 2026 / Ahad Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya.
20/09/2026

20 September 2026 / Ahad Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya.

Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya. 17 September 2026 , Khamis
17/09/2026

Klinik Sihat Sokmo beroperasi seperti biasa harini ya. 17 September 2026 , Khamis

Address

KLINIK #SIHATSOKMO, LOT 11350 KG MANIR
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+6096152800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Sihat Sokmo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Sihat Sokmo:

Shortcuts

Share