02/12/2018
Asam keping atau nama saintifiknya Garcinia Cambogia ternyata bukan sahaja menjadi rencah untuk memberikan rasa masam pada sesuatu masakan. Ternyata bahan ini mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Terutama sekali khasiat dari sudut kesihatan dan kecantikan.
1.Menangani Masalah Perut Buncit
Caranya adalah dengan merebus dua keping asam dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan berkurangan menjadi 2 cawan. Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam air rebusan asam keping tersebut. Perut buncit akan menjadi semakin kempis. Tidak digalakkan mengamalkannya selalu bagi pengidap tekanan darah rendah. Amalkan cara ini dengan selang satu atau dua hari.
2.Makanan Anti-Kanser
Melalui rasanya yang masam sahaja boleh diketahui bahawa asam keping mengandungi vitamin C yang merupakan anti-oksidan yang dapat merencat pertumbuhan sel-sel kanser. Memetik sumber, drugs.com, “Garcinia ( Hydroxycitric Acid) ” .
3.Kesihatan Wanita
Cara ini amat sesuai untuk wanita yang sedang berpantang. Caranya adalah dengan merendam 3 keping asam gelugur ke dalam air panas dengan 1 liter air. Tunggu sehingga air suam, minum seperti biasa tanpa perlu menambahkan gula. Apabila air berada di paras 500 ml, tambahkan lagi 500ml air sehingga rasa masam hilang. Bagi wanita yang sudah berkahwin dan bukannya dalam keadaan berpantang, minum segelas pagi dan segelas malam sahaja.
4.Terkenal Dalam Rawatan Ayurveda
Salah satu khasiat Garcinia Cambogia adalah berupaya untuk merawat beberapa penyakit yang berkaitan dengan masalah penghadaman seperti kecacingan, tumor dan cirit birit. Caranya hanya mengeringkannya menjadi asam keping dan masukkan didalam masakan.
5. Mengurangkan Berat Badan
Hydroxycitric Acid (HCA) diekstrak dari kulit buah gelugur sebagai mangkin untuk mengurangkan berat badan. HCA bertindak untuk melambatkan tindak balas enzim Citrate Lyase yang berfungsi untuk menukarkan karbohidrat kepada lemak. Memetik sumber dari livestrong.com, “Benefits of Garcinia Cambogia”.