Icha House

Icha House FELLERASKIN & INNAI NUNHA TERENGGANU

23/05/2023
23/05/2023
23/05/2023

SAMBAL IKAN

Bahan-bahan;
Ikan (saya s**a ikan sardin) - masak 5/6 ekor
3 ulas bawang putih - blend kasar
3 ulas bawang merah - blend kasar
Seinci halia- blend kasar
3 senduk cili kisar (kalau nak kuah banyak tambah la)
3 sudu besar sos tiram
Mushroom seasoning (saya guna jenama Love Earth - saja tambah perasa)
Air asam jawa
Sedikit gula kerek
Garam
Gula pasir (putih/organik) - ikut s**a

Tambahan;
Tomato - saya potong 6 (s**a kita la kan)
Bawang besar holland dihiris - untuk masukkan akhir sekali)

Cara-cara;
1. Goreng ikan. dan ketepikan. - saya s**a goreng tak terlalu garing.
2. Tumis bawang putih + merah + halia hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar. masak hingga pecah minyak ye. Dah masak cili tu + agakngaring, masukkan sedikit air. (Ikut la nak kuah pekat @ cair).
4. Masukkan sos tiram. Kacau-kacau.
5. Masukkan mushroom seasoning, air asam jawa.
6. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. (sambal ni sedap ada manis² sikit)
7. Akhir sekali, masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris sekejap saja.
8.Siap

kredit empunya resepi

23/05/2023

Daging masak jintan..cich dgn ketupat lemang lahai sedapnye😋😋😋

1/2kilo daging..potong nipis cuci.toskn
2sdb jintan manis d jintan putih..tumbuk separuh hancur
Halia besaq ibu jari
5bji bwg putih
5 bji bawg merah
2btg serai ketuk je
10 tangkai cili kering.kisar halus sekali bwg.
1cwn pati santan
3sdb remph kari daging
Kerisik

Minyk utk tumis

Tumis jintan mnis putih hingga garing
Msuk seketul kulit kayi mnis
Msuk bhn kisar.tumis lgi hingga naik minyk
Msuk remph kari .biar remph betul2 msk.
Msuk daging..kacau sebati.
Msk hingga keluar air daging
Msuk santan..kerisik.kacau
Renehkn sekejap
Perasakn dgn grm
Msuk 2sdb kicap kipas udg..nk sikit lgi mnis.tambh 1sdb gula.

Msk hingga pecah minyk.dan pekat.
Tabur daun kunyit atau daun limau purut

Siap.




23/05/2023

Resepi Roti Puri

Bhn2-
2 cawan Tepung gandum
2 sudu besar ghee
Sedikit garam
Air suam

Campur bahan kering gaul2 kan dia
(Kalau ada mixer masuk ja biar mixer ulikan)
Masukkan air sedikit2 uli sehingga doh lembut n tak melekat dekat mangkuk

Bulat2kan dan rehat kan doh sekejap
Canai leper2

Panaskan minyak (pastikan minyak betul2 panas) masukkan puri yg di canai tadi
Goreng sehingga kekuningan

Dah siap

Credit : Haslinda Hashim

23/05/2023

Sexy ciken grill is doneeee. 😋

Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket😋

Resepi

Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.

Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B

sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali




23/05/2023

Ayam Ungkep

Resepi ..
🌺Bahan²
-ayam
-serai 2batang ketuk
-asam keping 1 kpg
-garam gula

🌺Bahan blend
-2bji bawang besar
-3ulas bwg putih
-Cili padi hijau 10-15 bjik
-Halia 1/2 inci
-Kunyit hidup 1inci
-1 -2sk jintan manis
-1-2sk jintan putih
-1 sb ketumbar

🌺Cara²
👉 Tumiskan bahan blend dan serai sampai naik bau n btukar warna .... Masuk ayam...gaul sebati,biar ayam mesra dgn bhn tumisan baru
Masuk air & asam keping ..perasakan garam gula ..tutup kuali & masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk .... Siap ...

Kredit - Norashikin Ismail




23/05/2023

RESEPI ROTI LEMBUT

1 PAKET YIS
1 CWN AIR SUAM
4 CWN TEPUNG GANDUM
5 SUDU GULA
2 SUDU SUSU PEKAT
2 SUDU MAJERIN/PLANTA
1 SDK GARAM
1 bIJI TELUR(DIKACAU)

CARA2
1. BANCUH YIS NGN AIR SUAM SHINGGA BBUIH

2. CAMPUR TEPUNG NGN TELUR,PLANTA,GULA, GARAM,SUSU PEKAT N GAUL SHINGGA SEBATI N MASUKKAN AIR BNCUHAN YIS TD DAN ULI SEHINGGA DOH TDK MELEKAT DTGN...LG LAMA ULI LG LMBUT ROTI TU(20MIN ULI)...REHATKN DOH N TUTUP SELAMA SEJAM BIAR KEMBANG 2X GANDA...

3. BILA DOH DH KEMBANG TUMBUK2 DOH TU UTK KLUARKAN ANGIN...PASTU ULI SKLI LG SHINGGA MNJDI LICIN DAN BLHLA SUSUN DLM LOYANG...TNGGU SHINGGA DOH TU KMBANG..SAPU DPERMUKAAN DOH TU TELUR KUNING N TABUR GULA N BARU BLH DBAKAR DGN SUHU 170 20MINIT..

4. BILA DH MASAK SAPU NGN PLANTA...SIAP...😘

Kredit : jaa homemade..




23/05/2023

Cik Tom nak kongsi resepi agar-agar gula merah, kot kot ada yang nak buat.

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 cawan gula merah
2 - 3 sudu besar gula pasir *(kalau s**a manis, boleh tambah. Kalau tak s**a, tak payah tambah)
1 kotak santan kecil (200ml)
1 biji telur ayam
4 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
Sehelai daun pandan.

Cara-cara :

1. Campurkan santan, telur dan esen vanilla kemudian tapis. Ketepikan dulu.

2. Sediakan periuk. Masukkan air, serbuk agar-agar, gula merah dan daun pandan. Buka api dan kacau-kacau sampai gula larut. Masa ni boleh rasa, kalau nak manis tambah gula pasir. Kalau tak s**a manis, sila abaikan.

3. Bila gula dah larut, boleh masukkan adunan santan tadi. Masukkan secubit garam. Kacau-kacau lagi sehingga mendidih ganas.

4. Dah pecah santan, boleh tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai. Sejukkan dahulu kemudian boleh masukkan ke dalam peti ais.

Sedia dinikmati ketika sejuk-sejuk. Selamat mencuba ye ✌️

Resepi Oleh: Syuhada Che Din

22/05/2023

AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE

Bahan-bahan

1 ekor ayam Maya Farm, dipotong 12 bahagian
1 biji bawang putih
3 bawang merah besar
20g halia
4 batang serai
15g lengkuas
2 batang daun kari, daun sahaja
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara Menyediakan Ayam

Kaedah

Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas, dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.

Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.

Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.

Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam.

Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.

Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.

Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

22/05/2023

Address

Kuala Terengganu
20000

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60145209864

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Icha House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Icha House:

Share