10/09/2026
❤️ JomTeman Companion kini dibuka secara rasmi.
Bagi sesetengah keluarga, cabaran sebenar bukan sekadar menghantar ibu bapa atau ahli keluarga ke hospital.
Cabaran yang lebih besar ialah, siapa yang akan menemani mereka sepanjang urusan rawatan?
Kebanyakan temu janji hospital dibuat pada hari bekerja. Proses pendaftaran, menunggu giliran, berjumpa doktor dan mengambil ubat p**a boleh mengambil masa beberapa jam. Tidak semua ahli keluarga mampu mengambil cuti setiap kali ibu bapa perlu mendapatkan rawatan.
Atas sebab itu, JomTeman memperkenalkan Perkhidmatan Peneman (Companion Service) pada kadar RM11 sejam.
Petugas peneman kami boleh membantu:
🤝 Menemani pesakit ke klinik atau wad
📋 Membantu urusan asas pendaftaran dan pergerakan pesakit
🪑 Menunggu bersama pesakit sepanjang temu janji
💊 Membantu mengambil ubat selepas rawatan
❤️ Memberikan sokongan dan teman sepanjang proses rawatan
Sepanjang dua bulan percubaan, pasukan kami telah menyempurnakan 7 tugasan Companion Service, dan pengalaman ini membantu kami menambah baik cara perkhidmatan diberikan.
Kami juga telah menjalankan latihan asas kepada bakal petugas peneman dengan bimbingan seorang ahli fisioterapi yang mempunyai pengalaman sebagai jururawat, supaya mereka memahami aspek keselamatan, komunikasi, etika dan batas bantuan yang boleh diberikan.
Perkhidmatan ini tidak melibatkan prosedur atau rawatan perubatan.
Kami mungkin tidak dapat menggantikan kehadiran ahli keluarga.
Tetapi apabila keluarga tidak dapat bersama, kami berharap ada seseorang yang boleh dipercayai untuk berada di sisi.
💙 Kadar: RM11 / jam
☎️ Hotline: 011-6760 2585
Kami Teman, Anda Tenang.