14/11/2025
🌿 SERUAN INFAQ PEMBINAAN MADRASAH TAHFIZ AL-MARIYYAH 🌿
Assalamualaikum wbt,
Dengan penuh rendah hati kami membuka peluang infaq jariah bagi membantu menyiapkan lantai mozek Asrama Puteri Madrasah Tahfiz Al-Mariyyah, Kg Chengal Lempong, Balok, Kuantan.
Madrasah ini bakal menjadi tempat anak-anak perempuan kita menuntut ilmu Al-Quran dalam suasana selesa dan selamat. Namun kerja pembaikan masih belum sempurna — khususnya pemasangan lantai mozek yang menelan kos RM60,000.
Setakat hari ini, RM10,000 telah terkumpul.
Masih berbaki RM50,000 untuk diselesaikan.
✨ Setiap RM1 yang abg/akak infaqkan, menjadi saksi pahala berpanjangan selagi ilmu dan hafazan ayat suci Al-Quran diamalkan oleh para pelajar di sini.
Jika hati tergerak untuk membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank
556169270146
(Madrasah Tahfiz Al-Mariyyah)
Atau hubungi:
📞 Ust Sayuti – 010-9120913
📞 Us Mariyyah – 014-5061679
Moga setiap sen infaq menjadi sebab dibukakan pintu rezeki, rahmat, dan keberkatan berpanjangan untuk tuan/puan sekeluarga.
Jazakumullahu khairan. 🤲🏼💛