28/11/2021
๐
ฐ๐๐
ฒ๐
ท, ๐๐
ฐ๐
บ๐
ธ๐๐
ฝ๐๐
ฐ ๐
ถ๐
ธ๐
ถ๐
ธ
Cuba semak balik, adakah penjagaan gigi yang betul telah diamalkan? Walaupun rasa sesangat malas ya ampun apabila balik kerja seharian, gigi mesti dibersihkan daripada sisa makanan sebelum tidur untuk mengelakkan sisa makanan berkumpul selama lebih 8 jam sehingga bangun pagi yang boleh menyebabkan karang dan gigi berlubang! Gigi ada dua kali sahaja akan tumbuh sepanjang hidup kita; habis gigi kekal memang gigi palsu lah jawabnya.
Antara amalan penjagaan gigi yang mesti dilaksanakan adalah;
1) floss gigi dan gusi sekurang-kurangnya sekali sehari
2) berus gigi menggunakan ubat gigi yang sesuai (jika gigi sensitif dan berlubang, eloklah menggunakan ubat gigi khas)
3) cuci permukaan lidah untuk mengelakkan nafas berbau serta kulat pada lidah
4) kumur dengan air kumur yang sesuai
Lagi p**a, bukankah sunat jika bersiwak sebelum mengambil wuduk setiap kali solat?
Menurut tulisan m***i wp, siwak menurut bahasa ialah perbuatan mengosok dan alatnya, sementara definisi menurut syarak ialah penggunaan kayu atau seumpamanya dan ubat gigi untuk mengosok gigi agar menghilangkan perubahan (bau atau warna) dan seumpamanya disusuli niat kerana Allah (Lihat : al-Majmuโ Syarh al-Muhadzzab (1/270); (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/300). Pengarang kitab al-Muโtamad menghuraikan maksud siwak menurut syarak dengan memberi contoh berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang adalah seumpama alat siwak yang bertujuan membersihkan gigi dan sekitarnya seperti gusi dan lidah bagi menghilangkan kesan bau makanan. (Lihat al-Muโtamad fi Fiqh al-Syafie (1/59).
https://m***iwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4421-irsyad-al-fatwa-siri-ke-488-adakah-memberus-gigi-boleh-disamakan-dengan-tuntutan-bersiwak
Jadi, have brush, will travel! Jangan lupa bawa berus gigi anda kemana-mana. :)