Hijamah , Cupping & Bekam Pahang

Hijamah , Cupping & Bekam Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hijamah , Cupping & Bekam Pahang, Medical and health, Kuantan.

ASSALAMUALAIKUM.KEPADA PERAWAT   YANG INGIN MENGAMBIL DKM BEKAM BASAH, JOM BUAT PERSEDIAAN DENGAN SERTAI KURSUS BEKAM SY...
24/07/2024

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA PERAWAT YANG INGIN MENGAMBIL DKM BEKAM BASAH, JOM BUAT PERSEDIAAN DENGAN SERTAI KURSUS BEKAM SYARTAH.

KURSUS BEKAM SYARTAH ( Q869-005-4:2024 )

MODULE:

A) HADIS BEKAM
2) TITIK BEKAM BERPANDUKAN HADIS ,TITIK MERIDIAN & TRIGGER POINT.

1) PREPARE WET CUPPING SURGICAL BLADE TREATMENT REQUIREMENT.
2) CARRY OUT CLIENT PREPARATION.
3) CARRY OUT WET CUPPING SURGICAL BLADE PRE-TREATMENT.
4) APPLY WET CUPPING SURGICAL BLADE TREATMENT.
5) CARRY OUT WET CUPPING SURGICAL POST TREATMENT.

YURAN : RM450.00
TARIKH: 3 & 4 OGOS
LOKASI: PUSAT PENILAIAN AMALI AVICENNA ACADEMY MALAYSIA BANGI AVENUE KAJANG.

TENAGA PENGAJAR : MOHAMAD SAIFULLAH YUSOFF
( PANEL PEMBANGUN NOSS DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA BEKAM BASAH )

https://www.wasap.my/601121336397/sayanakjoinkelasbekamsurgicalbladerm450

Assalamualaikum.untuk makluman anda semua,jurubekam juga mempunyai otak & akal yg waras.
20/08/2021

Assalamualaikum.
untuk makluman anda semua,jurubekam juga mempunyai otak & akal yg waras.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi pinjamannya kepada kita iaitu nikmat sihat,nikmat,hidup,nikmat makan & semua nikmat yang kita ada sekarang baik kaya atau miskin.

Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kepada sahabat2 syurga semua jika penulisan saya ini mengkoyakkan hati & minda anda.

Tahukah anda bahawa jurubekam juga mendapat pinjaman daripada Allah iaitu otak & akal?
kenapa saya berkata demikian,kerana terdapat sesetengah hamba Allah yang cuba memprovokasi jurubekam dengan soalan2 yang menunjukkan otaknya tidak berfungsi dengan baik akibat terlalu banyak makan pil & dadah.

soalan2 yang berbentuk provokasi:

1) KALAU TUAN ACCIDENT PATAH TULANG,PATAH TANGAN,CEDERA PARAH,XPERLU KE HOSPITAL,TUAN BUAT BEKAM JELA.
JAWAPAN SAYA:
- Kami perawat bekam hanya mempunyai ilmu berkaitan bekam sahaja,iaitu ilmu berkaitan anatomi,sistem saraf manusia & teknik menggunakan jarum & pisau sahaja & yang asas sahaja.semestinya jika orang itu accident,kami pun akan cadangkan kepada mereka untuk dibawa ke hospital,bukan buat bekam.soalan ini kanak2 berusia 5 tahun pun boleh jawab.

2) KALAU NAK BERANAK,KENAPA TIDAK BUAT BEKAM,XPERLU KE HOSPITAL.
JAWAPAN SAYA.
- KALAU ISTERI TUAN BERANAK,TUAN BAWA KE HOSPITAL KAN? TUAN BAWA JUMPA DOKTOR GIGI KE ATAU DOKTOR SAKIT PUAN?DOKTOR GIGI PUN TRMPATNYA DIHOSPITAL,KENAPA XMINTA DR GIGI KELUARKAN ANAK TUAN?
DI HOSPITAL JUGA ADA PAKAR2NYA SENDIRI,TIDAK SEMUA KES KITA AKAN BUAT BEKAM,CABUT GIGI,BERANAK & CANCER DENGAN DR YANG SAMA KAN? MAKSUDNYA,SETIAP SAKIT ITU ADA PAKARNYA SENDIRI.SAMA JUGA SEPERTI BEKAM.

KESIMP**ANNYA,JANGANLAH ANDA MENCARI @ MEMBUAT PROVOKASI YANG PELIK2 TERHADAP JURUBEKAM.KAMI PUN MEMPUNYAI OTAK & AKAL YANG WARAS UNTUK BERFIKIR.TIDAK SEMUA KES KAMI AKAN MEMBUAT RAWATAN BEKAM.

SEKIAN TERIMAKASIH.

ASSALAMUALAIKUM.TAHUKAH ANDA RASULULLAH SAW MELAKUKAN HIJAMAH KERANA MALAIKAT YANG MENYURUH BAGINDA LAKUKAN
18/03/2021

ASSALAMUALAIKUM.
TAHUKAH ANDA RASULULLAH SAW MELAKUKAN HIJAMAH KERANA MALAIKAT YANG MENYURUH BAGINDA LAKUKAN

ASSALAMUALAIKUM.
MELAKUKAN HIJAMAH PADA POINT TENGAH2 TULANG BELAKANG & KIRI KANAN TULANG BELAKANG SANGAT DIGALAKKAN KERANA IANYA SANGAT BAGUS UNTUK MELANCARKAN PERJALANAN DARAH DI BAHAGIAN SARAF PARASIMPATETIK & SAFAF SIMPATETIK.

MITOS BERKAITAN HIJAMAH:
"TIDAK BOLEH MELAKUKAN HIJAMAH DI BAHAGIAN TENGAH TULANG BELAKANG KERANA TAKUT TULANG & CECAIR AKAN BERALIH ARAH. ( ANDAIAN TANPA KAJIAN HANYA MEROSAKKAN IMEJ HIJAMAH).

TULANG MANUSIA SANGAT KUAT SEPERTI BATU KONKRIT.KAEDAH HIJAMAH P**A TIDAKLA MENGGUNAKAN JARUM DERMA DARAH,HANYA JARUM YANG BERSAIZ KECIL IAITU 21G,23G,26G,28G & 30G.MANAKALA KEDALAMAN TUSUKAN JARUM ATAU GURISAN PISAU HANYALAH 0.5MM-1MM SAHAJA.

TUSUKAN ATAU HIRISAN HIJAMAH TIDAK AKAN MENINGGALKAN PARUT PADA KULIT.

DIGALAKKAN JURUBEKAM MENGGUNAKAN MADU,MINYAK ZAITON @ ALOE VERA UNTUK DISAPUKAN SEBELUM @ SELEPAS MELAKUKAN RAWATAN HIJAMAH.

Assalamualaikum.Fakta yang tidak pernah @ jarang diceritakan kepada masyarakat pada peristiwa isra' mikraj iaitu Hijamah...
11/03/2021

Assalamualaikum.

Fakta yang tidak pernah @ jarang diceritakan kepada masyarakat pada peristiwa isra' mikraj iaitu Hijamah ( Bekam Basah ).

Sahabat2 syurga yang dirahmati Allah SWT sekalian,tahukah anda selain mendapat perintah mengerjakan solat 5 waktu daripada Allah SWT, Rasulullah SAW juga mendapat perintah melakukan Hijamah daripada malaikat pada malam isra' mikraj.

Ustaz Shamsuri Ahmad - Kisah Malaikat Pesan Pada Rasulullah Supaya Selalu Buat BEKAMAssalamualaikum.Selamat Datang ke Channel Taman Syurga Awak.Satu Channel ...

20/12/2020

SEBAIK2 CIPTAAN YANG ALLAH CIPTAKAN ADALAH MANUSIA.

RAWATLAH BADAN KITA DENGAN KAEDAH SUNNAH RASULULLAH SAW DENGAN MELAKUKAN BEKAM BASAH.

RASULULLAH SAW MELAKUKAN BEKAM BASAH KERANA MALAIKAT YANG MENYURUH BAGINDA SAW MELAKUKANNYA.

17/12/2020

DARAH BEKAM TIDAK BOLEH DIMAKAN WALAUPAUN IANYA MENYELERAKAN.

Assalamualaikum.Tarikh Bekam yang boleh menyembuhkan semua penyakit.
03/12/2020

Assalamualaikum.
Tarikh Bekam yang boleh menyembuhkan semua penyakit.

بسم الله الرحمن الرحيم.

عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من احتجم لسبع عشرة، وتسع عشرة، وإحدى و عشرين، كان شفاء من كل داء.

Dari Abu Hurairah berkata :
Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang melakukan hijamah
( bekam basah ) pada tarikh 17 , 19 & 21 hari bulan ( bulan hijriah ), maka itu adalah Penawar bagi semua penyakit.
-Hadis riwayat Abu Daud-

Merujuk kepada hadis diatas, melakukan hijamah pada tarikh 17,19 & 21 haribulan hijriah merupakan " PENAWAR BAGI SEMUA PENYAKIT". Ini membuktikan bahawa hijamah mampu menyembuhkan semua jenis penyakit.
Takkan Rasulullah SAW menipu kita?
Takkan Rasulullah SAW menyuruh kita membuat perkara yang memudaratkan kita?

PERSOALANNYA disini " ADAKAH KITA BENAR2 BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW?
KALAU BERIMAN KENAPA MESTI TAKUT NAK BUAT BEKAM?
KALAU BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW KENAPA MASIH RAGU2 & TAKUT UNTUK MELAKUKAN BEKAM?
KALAU BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW,KENAPA MASIH LAGI MEMERLUKAN PANDANGAN DARIPADA ORANG LAIN UNTUK MELAKUKAN BEKAM?

TEPUK DADA TANYA IMAN.
BARU SURUH BEKAM DAH TAKUT & XYAKIN,BELUM LAGI KALAU RASULULLAH SAW AJAK KITA PERGI BERPERANG & MATI SYAHID .

HIJAMAH TERMASUK DIDALAM FARDHU KIFAYAH .
28/11/2020

HIJAMAH TERMASUK DIDALAM FARDHU KIFAYAH .

31/10/2020

ASSALAMUALAIKUM.
MANFAAT BEKAM DIKEPALA

https://m.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.704647056341943/695424227264226/?type=3
28/02/2020

https://m.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.704647056341943/695424227264226/?type=3

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM

SOALAN :

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :

Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

• Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Tarjih

Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Walapun begitu, setiap orang mempunyai keselesaan dalam perubatan. Maka dengan itu, setiap orang boleh membuat pilihannya sendiri selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’ dan Islam seperti bertemu bomoh dan perubatan yang berunsur khurafat. Islam sangat meraikan dan menitikberatkan soal keselesaan setiap penganutnya agar agama ini tidak dilihat sulit dan menyusahkan kerana ini bertentangan dengan ciri-ciri agama ini iaitu memudahakan.

Penutup

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/4Drf9K

Address

Kuantan
63000

Telephone

+60189784284

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijamah , Cupping & Bekam Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share