09/03/2026
Kuantan I 8 Mac 2026 : Sempena kehadiran lebaran yang bakal tiba, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan telah melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) tajaan Muhibbah Packaging & Trading (Phg) Sdn. Bhd.
Program pembelian pakaian hari raya kepada 65 anak-anak Rumah Kanak-Kanak Tg.Ampuan Fatimah,Kuantan,Pahang ini diadakan di Pasaraya Ten Ten Alor Akar yang turut disertai oleh Mr. Aaron Yap dari Muhibbah Packaging & Trading serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang bagi memilih pakaian yang bersesuaian kepada kanak-kanak ini.
Selesai program anak-anak serta warga RKKTAF ini diraikan p**a di Hotel Sri Manja dalam majlis berbuka puasa.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan Muhibbah Packaging & Trading diatas usaha mengembirakan anak-anak bagi menyambut hari lebaran.
Malaysian Red Crescent Jabatan Kebajikan Dan Masyarakat Negeri Pahang