Klinik Dr. Nadira, Kuantan

Klinik Dr. Nadira, Kuantan Kini lebih lengkap dan masih di lokasi yang sama

08/01/2026

Doktor perubatan Dr Nik Ariff memberi amaran bahawa pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan sakit saraf dan rasa kebas anggota badan.

Kandungan gula yang tinggi dalam raja buah ini mampu mencetuskan lonjakan gula mendadak serta mengganggu aliran oksigen dalam darah terutama bagi penghidap diabetes.

Pakar nutrisi Dr Hafiz Sulaiman turut menasihati orang ramai agar mengelakkan makan durian pada lewat malam bagi mengelakkan perut berangin atau asid naik ke dada. Sistem penghadaman yang perlahan pada waktu malam akan bekerja lebih keras untuk memproses lemak dan serat tinggi sehingga boleh menjejaskan keselesaan badan.

Peminat durian disarankan mengehadkan pengambilan kepada satu hingga dua ulas sahaja serta melebihkan minum air kosong bagi mengurangkan tekanan metabolisme.

Elakkan juga mengambil durian bersama minuman manis atau alkohol bagi memastikan kesihatan saraf dan sistem badan kekal terjaga sepanjang musim durian.

Sumber: Tiktok , FB Hafiz Sulaiman

Kita fokus pada perkara yang kita boleh ubah
09/12/2025

Kita fokus pada perkara yang kita boleh ubah

"People really treat you differently because of how you look.”

06/12/2025

Mulai tahun 2026, bayi yang lahir akan digelar sebagai “Generasi Beta”, menandakan bermulanya satu era baharu.

Pakar menjangkakan generasi ini akan membesar dalam dunia yang lebih maju dan dipacu teknologi digital, di mana inovasi menjadi sebahagian daripada kehidupan sejak kecil.

Generasi Beta dijangka mempengaruhi trend masa depan, budaya global dan kemajuan teknologi dengan cara baharu. Mereka juga dilihat sebagai generasi yang menghubungkan manusia kepada dunia digital sepenuhnya.

Sumber: themestimes
Gambar: Unsplash

26/11/2025

Ramai takut kanser, tetapi setiap hari kita ambil bahan yang memang sudah disahkan punca kanser pada manusia, bukan sekadar “orang kata”. Ini antara “top tier” yang paling kuat buktinya.

1. Rokok
Punca utama kanser paru paru, mulut, tekak dan banyak lagi. Tiada jumlah hisap yang selamat.

2. Alkohol
Meningkatkan risiko kanser payudara, hati, usus dan esofagus. Semua jenis arak ada risiko yang sama, walaupun diambil sedikit tetapi kerap.

3. Daging proses seperti sosej, nugget, hotdog
Diproses dengan garam, pengawet dan suhu tinggi. Pengambilan kerap dikaitkan dengan kanser usus besar.

4. Kunyah pinang atau sirih terutama yang bercampur tembakau
Sangat kuat kaitan dengan kanser mulut dan tekak, serta perubahan pra kanser pada mukosa mulut.

5. Makanan yang tercemar aflatoksin
Biasanya daripada kekacang atau bijirin yang disimpan dalam keadaan lembap dan berkulat. Aflatoksin ini kerap dikaitkan dengan kanser hati.

6. Ikan masin dan preserved food tradisional tertentu dengan nitrosamin tinggi
Cara pengawetan tertentu menghasilkan bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kanser nasofaring dan salur penghadaman.

7. Makanan yang terlalu hangus atau terbakar dimakan kerap
Bahagian yang hitam terbakar mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan sel dan dalam jangka panjang meningkatkan risiko kanser.

Semoga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan
04/11/2025

Semoga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan

Dalam kalangan kanak-kanak, pakar kesihatan mental dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan banyak kes mimpi ngeri, kencing malam dan simptom lain, termasuk kesukaran menumpukan perhatian.

Hati - hati
30/10/2025

Hati - hati

Ramai yang baru pulang bercuti, singgah tempat viral, makan seafood segar tepi pantai atau mencuba tiram dan kerang mentah yang dikatakan “segar dari laut”.

Namun ramai tidak sedar bahawa makanan laut mentah atau separuh masak ialah antara punca wabak bawaan makanan yang menyebabkan Hepatitis A (HAV).

Hepatitis A ialah virus yang menyerang hati dan masuk ke dalam tubuh melalui makanan atau air yang tercemar dengan najis manusia. Inilah laluan utama jangkitan, dikenali sebagai fecal-oral transmission. Jika makanan disediakan oleh individu yang tidak mencuci tangan atau datang dari sumber air yang tidak bersih, virus ini boleh menjangkiti manusia tanpa disedari.

Dalam banyak kejadian wabak yang melibatkan makanan, seafood jenis kerang-kerangan bivalve seperti tiram, remis dan kerang sering menjadi punca. Haiwan ini hidup dengan menapis air laut. Jika kawasan laut tercemar dengan kumbahan, virus Hepatitis A akan terkumpul dalam badannya. Apabila dimakan mentah atau separuh masak, virus ini tidak sempat mati akibat haba dan terus menjangkiti manusia.

Hepatitis A tidak terus menampakkan gejala. Ia boleh berdiam dalam tubuh manusia selama dua hingga tujuh minggu sebelum tanda-tanda pertama muncul. Jadi walaupun seseorang nampak sihat, virus mungkin sudah berada dalam badan dan sedang merebak tanpa disedari.

HAV juga sangat tahan lasak. Ia boleh hidup lama dalam air laut, di permukaan dapur dan dalam makanan beku selama berminggu-minggu. Ia juga tahan terhadap suhu rendah dan suasana berasid. Membeku tidak membunuh virus ini dan mencuci dengan sabun biasa tidak semestinya mencukupi.

Kajian menunjukkan HAV hanya benar-benar musnah apabila dimasak pada suhu tinggi sekurang-kurangnya 85 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya satu minit. Jika hanya dipanaskan sekejap atau direbus separuh masak, virus masih boleh hidup. Sebab itu penting untuk memastikan makanan laut dimasak betul-betul mendidih sebelum dihidang.

Virus ini juga tahan terhadap detergent biasa. Sabun dan air tanpa gosokan sempurna mungkin hanya mengurangkan, bukan menghapuskan virus sepenuhnya. Untuk permukaan yang tercemar, hanya disinfektan kuat seperti larutan peluntur (sodium hypochlorite) boleh membunuhnya dengan berkesan.

Perhatikan gejala berikut dalam masa dua hingga tujuh minggu selepas makan makanan laut mentah atau separuh masak:
• Rasa loya, muntah dan sakit perut
• Hilang selera makan dan keletihan melampau
• Air kencing berwarna gelap seperti teh
• Kulit dan mata kekuningan (jaundis)
• Sakit di bahagian bawah rusuk kanan

Jika gejala ini muncul, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan darah kerana Hepatitis A boleh merebak kepada ahli keluarga lain melalui tangan dan makanan.

Langkah pencegahan mudah tetapi sering diabaikan. Masak makanan laut hingga benar-benar mendidih. Basuh tangan dengan sabun dan air mengalir sebelum makan dan selepas ke tandas. Elakkan guna semula peralatan yang telah menyentuh makanan mentah. Beli makanan laut daripada sumber yang dipercayai dan bersih.

Walaupun Hepatitis A jarang membawa maut, ia boleh menyebabkan keradangan hati yang serius, kehilangan tenaga selama berminggu-minggu dan risiko jangkitan kepada ahli keluarga. Sebelum anda teruja mencuba seafood “paling segar”, pastikan ia betul-betul selamat dimakan, bukan sekadar nampak segar di gambar.

26/10/2025

Masyarakat Malaysia berdiri teguh menyokong saranan Perdana Menteri untuk memperkukuh polisi larangan alkohol, rokok dan v**e di sekolah.

Sekolah bukan sekadar bangunan tempat belajar.Ia adalah tempat anak-anak kita membesar, membina nilai, dan mengenal erti masa depan.Di sinilah benih cita-cita ditanam, di sinilah peribadi dibentuk.

Apabila ada pihak yang cuba membawa masuk unsur alkohol, rokok atau v**e walau atas nama tajaan, promosi atau acara ia bukan sekadar isu kesihatan. Sekolah mesti bebas daripada pengaruh komersial yang boleh merosakkan minda dan moral anak bangsa.

Ini bukan soal bangsa.
Bukan juga soal agama.
Ini soal tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang mahu melihat generasi seterusnya membesar dengan sihat jasmani, emosi dan akhlaknya.

Malaysia ialah negara yang bebas. Setiap pihak masih boleh melaksanakan aktiviti mereka di luar pagar sekolah. Tapi jangan sentuh ruang suci pendidikan anak-anak kita. Jangan biarkan sekolah dijadikan tempat melobi, mengiklankan, atau menormalisasi budaya ketagihan.

Kami, rakyat Malaysia, menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mengaburi niat dengan alasan ‘tanggungjawab sosial’.

Kami berdiri bersama pemimpin negara untuk mempertahankan hak generasi muda.
Kerana kami percaya bangsa yang ingin maju, bermula dengan sekolah yang bersih dari pengaruh yang memusnahkan.


26/10/2025

Harini 24/10 birthday aku. Yg ke 38. Pertama kali aku sambut bertiga. Selepas 12 tahun aku tunggu kehadiran zuriat. Tahun ni lain rasanya sbb umur dah pun 38 tahun. Terharu. Sbb Allah swt masih mmberi peluang untuk bernafas sehingga kini. Dengan kehadiran org baru lagi. Alhamdulillah. Ni gambar 1st masa keluar wad. Pertama kali bergambar bertiga.

Sumber: Thread@fara8797

Address

No. A59, Ground Floor, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr. Nadira, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share