Eid Sofea Clinic Kubang Kerian

Eid Sofea Clinic Kubang Kerian IR HEALTHCARE GROUP SDN BHD 202201036767 (1482464-H) IR HEALTHCARE GROUP SDN BHD 202201036767(1482464-H)
(3)

07/05/2026

Bila tengok gambar macam ini, kita rasa macam sedang melihat ranting pokok yang sangat halus.

Ini ialah Circle of Willis.

Satu rangkaian salur darah di dasar otak yang tersusun sangat indah, sangat teliti, dan sangat menakjubkan.

Apa fungsi dia?

Circle of Willis berfungsi sebagai pusat sambungan bekalan darah ke otak. Ia menghubungkan beberapa salur darah utama supaya darah, oksigen dan nutrien dapat diagihkan ke bahagian-bahagian penting otak.

Yang lebih menakjubkan, ia juga bertindak seperti laluan alternatif.

Jika aliran darah dari satu arah berkurang, rangkaian ini boleh membantu mengalihkan bekalan melalui laluan lain. Seolah-olah dalam otak kita sendiri sudah ada sistem โ€œbackupโ€ yang sangat bijak.

Kita selalu kagum dengan flyover, lebuh raya, sistem moden, dan teknologi canggih. Tapi dalam tubuh manusia sendiri, Allah sudah cipta satu sistem yang jauh lebih halus, lebih kompleks, dan lebih bijaksana.

Dalam kepala kita, ada satu rangkaian kecil yang bekerja diam-diam setiap saat. Kita tak nampak. Kita tak rasa. Tapi ia terus menjalankan tugasnya dengan penuh ketelitian.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar banyak perkara dalam hidup, sampai terlupa tubuh yang kita bawa setiap hari ini juga satu amanah yang sangat besar.

Sebab itu, hargailah kesihatan sementara kita masih diberi peluang untuk menjaganya.

04/05/2026

Kenapa bila kita makan sayur peria sikit, mulut automatik rasa "Okey, dah cukup."
Tapi bila makan kek coklat atau biskut manis, tangan tak boleh berhenti nak tambah lagi dan lagi?

Ini BUKAN sebab anda kuat nafsu makan. Ini adalah fakta SAINS perut dan otak

Di dalam usus kita, wujud satu reseptor khas yang direka untuk mengesan rasa PAHIT. Bila bahan makanan pahit macam peria masuk ke usus, reseptor ini akan terus hantar isyarat kecemasan kepada otak dan mencetuskan rembesan hormon kenyang (GLP-1, CCK, dan PYY).

Hormon-hormon inilah yang bertindak sebagai "BREK SEMULA JADI" selera anda! Ia beritahu badan

๐Ÿ›‘ "Perut dah penuh ni."
๐Ÿ›‘ "Proses penghadaman kena perlahan sikit."
๐Ÿ›‘ "Potong selera makan dia sekarang."

Sebab tu makanan pahit buat anda rasa cepat kenyang dan puas. (Fakta: Fungsi ubat kurus suntikan berharga ribuan ringgit yang pop**ar sekarang juga meniru cara hormon GLP-1 ini bekerja)

Berbanding dengan makanan MANIS, Gula akan mengaktifkan pusat 'Reward & Pleasure' (Keserongokan) pada otak. Gula 'memanip**asi' otak anda dengan merembeskan dopamin. Jadi walaupun perut anda dah kembung, otak tetap arahkan tangan anda untuk sumbat lagi makanan manis ke dalam mulut.

Tapi AWAS, jangan salah faham.

Peria BUKAN ubat ajaib. Kalau anda makan peria goreng segenggam, tapi disulam dengan nasi 3 senduk dan air teh tarik manis potong kaki... anda tetap takkan kurus

Lain kali bila ada orang mengadu peria tu pahit dan tak sedap, ingat fakta ini

Kadang-kadang yang pahit itu BUKAN menghukum lidah kita. Ia sebenarnya sedang MELINDUNGI kita daripada makan tanpa henti.

Serangan jantung..
30/04/2026

Serangan jantung..

Hmmm ๐Ÿฅน
29/04/2026

Hmmm ๐Ÿฅน

โ€œDoktor, mungkin saya kena dari toilet seat kotโ€ฆโ€

Doktor senyum sebab ini antara ayat yang sangat biasa didengar apabila seseorang disahkan ada jangkitan kelamin.

Bukan kerana doktor mahu menghukum. Tetapi kerana ramai orang masih berharap ada penjelasan yang lebih selamat untuk diterima hati.

Hakikatnya, jangkitan kelamin seperti gonorrhoea, chlamydia, syphilis, herpes atau HIV tidak berpindah hanya kerana anda duduk di toilet seat yang kotor.

Kenapa tak boleh dapat jangkitan STD dari toilet seat?

Kuman ini biasanya perlukan sentuhan yang sangat spesifik. Ia merebak melalui hubungan seksual, sentuhan kulit tertentu, luka, cecair badan atau hubungan intim yang melibatkan kawasan sulit.

Toilet seat p**a permukaan keras, sejuk dan kering. Kebanyakan kuman penyebab jangkitan kelamin tidak sesuai hidup lama di situ, apatah lagi untuk melompat masuk ke badan seseorang begitu sahaja.

Toilet awam memang boleh kotor. Ia boleh ada kuman dari najis, air kencing, tangan yang tidak dibasuh, tombol pintu, flush dan paip sinki.

Tapi itu lebih berkait dengan risiko cirit-birit, muntah, jangkitan kulit tertentu atau masalah kebersihan tangan. Bukan punca biasa jangkitan kelamin.
Kenapa penting untuk anda beritahu sejarah hibungan seksual?

Sebab itu bila doktor tanya sejarah hubungan seksual, ia bukan soalan untuk memalukan anda.

Ia soalan penting untuk rawatan yang betul.

Kalau puncanya tidak dikenal pasti, rawatan boleh lambat. Pasangan mungkin tidak dirawat. Jangkitan boleh berulang. Komplikasi p**a boleh jadi lebih serius.

Dalam isu jangkitan kelamin, malu itu manusiawi.

Tapi jangan biarkan malu buat kita menipu diri sendiri.

Doktor bukan mencari dosa anda. Doktor mencari punca supaya rawatan boleh diberi, pasangan boleh dilindungi dan hidup boleh diteruskan dengan lebih selamat.

Toilet seat mungkin kotor.

Tapi untuk jangkitan kelamin, puncanya hampir selalu bukan di situ.

17/04/2026

Pernah tak anda berasa dada berdebar-debar dengan sangat laju (palpitasi) walaupun anda hanya sedang berehat di atas sofa? Tangan terketar-ketar bila nak pegang cawan, asyik berpeluh walaupun duduk di bawah kipas, dan yang paling pelik, selera makan membuak-buak tapi berat badan merudum turun dengan drastiknya.

Kawan-kawan mungkin tegur, "Seronoknya kau makan banyak tapi kurus!" atau "Kau ni stres sangat fikir masalah kerja ni, sebab tu asyik berdebar."

Tunggu dulu. Sebelum anda menyalahkan 'Anxiety' atau tekanan kerja, anda perlu periksa kesihatan tiroid anda.

Kelenjar tiroid adalah organ kecil di pangkal leher yang bertindak sebagai 'Pusat Kawalan Metabolisme'. Ia menentukan kelajuan setiap sel dalam badan anda menggunakan tenaga. Dalam kes Hipertiroid (Hyperthyroidism), kelenjar ini menjadi hiperaktif dan merembeskan hormon tiroid secara berlebihan.

Ibarat sebuah jam pasir yang bocor, metabolisme anda berjalan terlalu pantas. Badan anda membakar tenaga pada kadar yang tidak masuk akal, siang dan malam tanpa henti!

Antara Isyarat Amaran (Red Flags) Hipertiroid:
1. Penurunan berat badan mendadak tanpa niat walaupun selera makan meningkat.
2. Jantung berdegup laju, tidak sekata, atau rasa berdebar-debar yang kuat.
3. Tangan menggeletar (Tremors), terutamanya pada jari.
4. Sangat sensitif pada cuaca panas dan kuat berpeluh.
5. Kitaran haid menjadi tidak teratur bagi wanita.
6. Emosi sangat rapuh, mudah marah, gelisah, dan sukar tidur malam (Insomnia).
7. Mata kelihatan membonjol keluar (Exophthalmos - tanda khusus bagi Penyakit Graves).

Bahaya Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan!
Jika anda mengambil sikap tidak peduli, jantung yang dipaksa mengepam terlalu laju setiap hari akhirnya akan menjadi lemah dan mengakibatkan Kegagalan Jantung (Heart Failure). Ia juga boleh mencetuskan 'Thyroid Storm', satu keadaan kecemasan di mana tekanan darah dan suhu badan naik mendadak hingga boleh membawa maut.

Rawatan untuk penyakit ini wujud dan berkesan, sama ada melalui ubat-ubatan (Anti-thyroid), terapi iodin radioaktif, atau pembedahan.

Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, jangan panik. Buatlah perancangan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan ujian darah (Thyroid Function Test) di klinik berhampiran mengikut kesesuaian masa anda.

Kongsikan artikel ini. Buka mata rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang asyik mengadu berdebar dan letih memanjang!

28/08/2025

โ€œ ๐‘ฉ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’”๐’๐’๐’‚๐’• ๐’”๐’†๐’“๐’–๐’‘๐’ ๐’”๐’†๐’Œ๐’‚๐’๐’ ๐’…๐’๐’‰ ๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’” ๐’„๐’–๐’„๐’–๐’Œ ๐’ˆ๐’†๐’ ๐’๐’–๐’•๐’–๐’• ๐’”๐’Š๐’๐’Š. ..โ€ ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Itu testimonial dari Puan Maznah buat rawatan di Klinik Eid Sofea Kubang Kerian.

Ada lagi feedback positif dari Datin Ayu,

โ€œ๐๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ง๐ข, ๐ƒ๐ซ ๐’๐ก๐š๐ค๐ข๐ซ ๐œ๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐š๐๐š ๐ฌ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข ๐Ÿ• ๐ฃ๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง. ๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ก๐จ๐ค ๐๐ข๐œ๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐š ๐๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ญ ๐ญ๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐จ ๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ก. โ€œ

๐€๐ง๐๐š ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐š๐๐š ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐ข๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ญ?

โžผ Mendengar lutut berbunyi ketika berjalan
โžผ Sakit semasa membengkokkan kaki?
โžผ Tak boleh sujud โ€“ terpaksa solat atas kerusi
โžผ Nak jalan jauh kena pakai kerusi roda sebab lutut sakit?

Bayangkanโ€ฆ kalau semua ni boleh dirawat tanpa pembedahan, hanya di Klinik Eid Sofea.

๐€๐ฉ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ข๐ง๐ข?

โœ… Scan lutut dahulu untuk tahu punca sebenar.
โœ… Kesan cepat โ€“ lutut rasa lega, kurang rasa mencucuk atau nyilu
โœ… Konsultasi dengan Dr yang pakar & berpengalaman lebih 10 tahun.
โœ… Ubat premium, Harga marhain.

*****

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿฑ๐Ÿฌ%

Harga Rawatan hanya bermula RM350, Harga asal RM600

Booking segera untuk dapatkan slot anda!

๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60149708292/RawatanLutut
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60149708292/RawatanLutut
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60149708292/RawatanLutut

*******

๐Ÿšฉ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š EID SOFEA KUBANG KERIAN

๐Ÿ—“ Waktu - Dibuka 6 hari Seminggu - JUMAAT CUTI
๐ŸŒž Masa : 9.00 pagi - 10 malam
๐Ÿ“ Lokasi : Belakang Masjid besar Kubang Kerian, bersebelahan Green Coffee.
๐Ÿš™ Waze - https://waze.com/ul/hw30dxme6q

Simptom awal penyakit buah pinggang ;1) Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.2) Mengalami bengkak di sekeliling mata te...
30/12/2024

Simptom awal penyakit buah pinggang ;
1) Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
2) Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
3) Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
4) Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.
Jom buat pemeriksaan berkala bagi mengetahui kadar tekanan darah, bacaan gula serta kadar GFR (bacaan bagi mengenal pasti tahap kesihatan dan kadar fungsi buah pinggang)
InsyaAllah, kita mampu mencegah sebelum parah.
๐Ÿ’žMaternal & Child Clinic๐Ÿ’ž
Eid Sofea Kubang Kerian
๐Ÿ“ฑwww.wasap.my/60149708292/saringan_kesihatan

๐Ÿ’‰Servis Suntikan Typhoid๐Ÿ’‰Eid Sofea Kubang Kerian menyediakan perkhidmatan suntikan Typhoid untuk memastikan pekerja dala...
30/12/2024

๐Ÿ’‰Servis Suntikan Typhoid๐Ÿ’‰
Eid Sofea Kubang Kerian menyediakan perkhidmatan suntikan Typhoid untuk memastikan pekerja dalam industri makanan dilindungi dan mematuhi peraturan kesihatan.
โค Kenapa suntikan tifoid penting?โค
๐Ÿ‘‰Melindungi daripada demam tifoid. โœ…
๐Ÿ‘‰Memastikan keselamatan makanan untuk pelanggan. โœ…
๐Ÿ‘‰Penting untuk pekerja restoran dan industri makanan. โœ…
๐Ÿ’žMaternal & Child Clinic๐Ÿ’ž
๐Ÿ“ Lokasi : Lorong E-Mart Kubang Kerian
๐Ÿ“ฒ https://www.wasap.my/60149708292/tifoid
๐ŸŒŸ Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami!

DETAIL SCANDetail scan ni kita akan tengok dari A to Z perkembangan baby ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ถkita akan cek:๐Ÿ‘‰ tempurung kepala baby๐Ÿ‘‰ tulang...
30/12/2024

DETAIL SCAN
Detail scan ni kita akan tengok dari A to Z perkembangan baby ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ถ
kita akan cek:
๐Ÿ‘‰ tempurung kepala baby
๐Ÿ‘‰ tulang hidung baby
๐Ÿ‘‰ bahagian otak baby
๐Ÿ‘‰ hidung dan mulut baby
๐Ÿ‘‰ tulang belakang baby
๐Ÿ‘‰ sambungan tulang belakang baby
๐Ÿ‘‰ buah pinggang baby (kiri & kanan)
๐Ÿ‘‰ jari tangan baby
๐Ÿ‘‰ jantina baby
๐Ÿ‘‰ tapak kaki baby
๐Ÿ‘‰ jantung baby
Detail scan ni kita akan tengok organ-organ baby. Nak pastikan semua organ berada pada tempat yang betul.
Masa yang paling sesuai untuk buat detail scan ialah dari 18 minggu hingga 24 minggu. ๐Ÿฅฐ
โœ”๏ธ Scan dengan doktor perempuan ๐Ÿ˜˜
โœ”๏ธ penerangan doktor yang sangat jelas
โœ”๏ธ bilik scan yang sangat selesa
โœ”๏ธ harga yang amat murah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Booking slot detail scan di:
๐Ÿ“ฑwww.wasap.my/60149708292/detail_scan
Eid Sofea Kubang Kerian
๐Ÿ’ž Women & Child Clinic ๐Ÿ’ž

๐“๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐ˆ๐ ๐๐€๐Š ๐Š๐”๐‘๐”๐’ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐”๐“ ๐€๐’๐˜๐ˆ๐Š ๐‹๐€๐๐€๐‘๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐”๐‘๐”๐’ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐‘ KENAPA WAJIB DATANG ...
30/12/2024

๐“๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐ˆ๐ ๐๐€๐Š ๐Š๐”๐‘๐”๐’ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐”๐“ ๐€๐’๐˜๐ˆ๐Š ๐‹๐€๐๐€๐‘
๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐”๐‘๐”๐’ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐‘
KENAPA WAJIB DATANG EID SOFEA KUBANG KERIAN โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ
SEMUA RAWATAN ADE HARGA PROMO KAW KAW ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
Yg nak kurus cepat dengan sihat
Ada beberapa jenis rawatan di Eid Sofea Clinic Kubang kerian, injection ataupun ubat pil sahaja.
Tapi, paling famous adalah injection SAXENDAโ—๏ธ
Memperkenalkan SAXENDA, prosedur klinikal untuk kurus bersama pemantauan doktor! Semestinya lulus kementerian kesihatan malaysia
Saxenda dapat membantu untuk :
โœ…Kurangkan selera makan
โœ…Meningkatkan kadar metabolisma badan
โœ…Membakar lemak
Sudah ramai yang dah mengambil Saxenda sebagai kaedah mengurangkan berat badan.
ANDA BILA LAGI ??
Sebatang pen hanya Rm350 โ€ผ๏ธDapatkan diskaun sekiranya anda mencuba rawatan selama 3 bulan pertama.
TAWARAN TERHAD โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ
Tekan link dibawah untuk diskaun dan pertanyaan lanjut ๐Ÿฅณ
https://wa.link/vektam
https://wa.link/vektam
bharu

Address

PT 1808, BANDAR BARU KUBANG KERIAN, KOTA BHARU
Kubang Kerian
16150

Telephone

+60149708292

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eid Sofea Clinic Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eid Sofea Clinic Kubang Kerian:

Share