Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM Pusat Pemulihan dalam Komuniti, USM, Kampus Kesihatan

๐ŸŒŸ | BENGKEL SIRI 7: DARI PPR KE HARAPAN๐ŸŒŸโ€œMenyemai Harapan, Membina Potensi, Mengubah Masa Depan. ๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 (Jumaa...
21/08/2026

๐ŸŒŸ | BENGKEL SIRI 7: DARI PPR KE HARAPAN๐ŸŒŸ
โ€œMenyemai Harapan, Membina Potensi, Mengubah Masa Depan. ๐Ÿ’™๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Bilik Komputer, PPR Kota Bharu

๐Ÿ“ข Jom bersama!
Bengkel Siri 7: Dari PPR Ke Harapan akan berlangsung dengan penglibatan ibu bapa, penjaga dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM dalam usaha bersama menyokong perkembangan serta potensi anak-anak. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆโœจ

Antara aktiviti menarik yang bakal dijalankan:

๐Ÿƒ Aktiviti Sensori & Motor Kasar
๐ŸŽฏ Latihan Fokus dan Tumpuan
โœ‹ Aktiviti Kemahiran Motor Halus
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Penglibatan Ibu Bapa & Penjaga
๐Ÿ“‹ Saringan & Pemerhatian Perkembangan Kanak-Kanak

๐ŸŒฑ Mengesan lebih awal, memahami lebih dekat, membantu dengan lebih tepat.

Ayuh bersama-sama membina kesedaran, menyemai harapan dan membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak berkembang mengikut potensi mereka. โค๏ธ

๐Ÿค Bersama Mendidik, Bersama Membina Masa Depan.

Disokong oleh: Yayasan Hasanah
Dilaksanakan oleh: PDK Kubang Kerian
Rakan Kerjasama: Pusat Transformasi OKU USM-MAIK,











BENGKEL SIRI 6 โ€“ PERKEMBANGAN PENJAGAAN HARIAN DAN URUS DIRIAlhamdulillah, telah selesai pelaksanaan Bengkel Siri 6: Per...
17/08/2026

BENGKEL SIRI 6 โ€“ PERKEMBANGAN PENJAGAAN HARIAN DAN URUS DIRI

Alhamdulillah, telah selesai pelaksanaan Bengkel Siri 6: Perkembangan Penjagaan Harian dan Urus Diri bagi Program Dari PPR ke Harapan: Intervensi Awal Kanak-Kanak Melalui Modul MAGENTA@USM pada 7 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Komputer PPR Kota Bharu

Bengkel ini memberi fokus kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam aspek penjagaan harian, kebersihan diri, kesihatan, pemakaian, kemahiran makan dan minum serta membina kemandirian kanak-kanak dalam aktiviti seharian.

Melalui perkongsian ilmu, aktiviti praktikal dan bimbingan yang diberikan, para peserta didedahkan kepada pendekatan yang lebih sistematik dan berkesan dalam membantu kanak-kanak membina kemahiran mengurus diri, meningkatkan keyakinan serta berkembang secara lebih berdikari.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Hasanah atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini, serta kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian, Kampus Kesihatan USM selaku pelaksana dan Pusat Transformasi OKU USM MAIK sebagai rakan kerjasama.

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh penduduk PPR Kota Bharu, ibu bapa, penjaga, guru taska dan tadika serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Bengkel Siri 6 ini.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara berterusan dalam membentuk anak-anak yang Lebih yakin, berketerampilan, berdikari dan berpotensi

Menyemai Harapan, Membina Potensi, Mengubah Masa Depan.๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿงก










BENGKEL SIRI 6 : PERKEMBANGAN PENJAGAAN HARIAN DAN URUS DIRI.
05/08/2026

BENGKEL SIRI 6 : PERKEMBANGAN PENJAGAAN HARIAN DAN URUS DIRI.

๐Ÿ“ข PROGRAM DARI PPR KE HARAPANBengkel Siri 6: Perkembangan Penjagaan Harian dan Urus DiriAssalamualaikum dan salam sejaht...
05/08/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM DARI PPR KE HARAPAN

Bengkel Siri 6: Perkembangan Penjagaan Harian dan Urus Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Dari PPR Ke Harapan akan diteruskan menerusi Bengkel Siri 6: Perkembangan Penjagaan Harian dan Urus Diri, yang bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran ibu bapa, penjaga dan komuniti dalam membimbing anak-anak menguasai kemahiran penjagaan harian dan urus diri secara lebih sistematik, berkesan dan berdikari.

๐Ÿ“… Tarikh: 07 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Komputer, PPR Kota Bharu

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan komuniti yang memberi fokus kepada intervensi awal perkembangan kanak-kanak melalui perkongsian ilmu, aktiviti praktikal dan sokongan berterusan kepada keluarga. Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuhkan peranan ibu bapa dan penjaga dalam membentuk anak-anak yang lebih yakin, berdikari dan berpotensi.

Program ini disokong oleh Yayasan Hasanah, dilaksanakan oleh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) serta dengan kerjasama Pusat Transformasi OKU USMโ€“MAIK.

Marilah kita bersama-sama memperkasakan institusi keluarga dan komuniti demi melahirkan generasi yang lebih cemerlang.

โœจ Bersama Melangkah, Dari PPR Ke Harapan.
โค๏ธ Bersama Mendidik, Bersama Membina Masa Depan.

05/08/2026

๐ŸŽฅ MONTAJ PROGRAM | DARI PPR KE HARAPAN
Bengkel Siri 5: Perkembangan Emosi Sosial dan Tingkah Laku

โœจ Setiap senyuman, setiap gelak tawa dan setiap detik pembelajaran menjadi bukti bahawa perkembangan emosi sosial dan tingkah laku merupakan asas penting dalam membentuk keyakinan serta sahsiah anak-anak.

Melalui Bengkel Siri 5 : Perkembangan Emosi Sosial dan Tingkah Laku , para ibu bapa dan anak-anak telah bersama-sama mengikuti pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan tentang cara memahami emosi, membina hubungan sosial yang sihat serta mewujudkan persekitaran yang positif untuk perkembangan anak.

Terima kasih kepada semua peserta, fasilitator dan rakan kerjasama yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan dalam membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak.

๐Ÿ’™ Bersama Mendidik, Bersama Membina Masa Depan.










โœจ PROGRAM DARI PPR KE HARAPANโœจ๐Ÿ“… 24 Julai 2026Alhamdulillah Program Bengkel Dari PPR ke HARAPAN telah berjaya dilaksanaka...
26/07/2026

โœจ PROGRAM DARI PPR KE HARAPANโœจ
๐Ÿ“… 24 Julai 2026

Alhamdulillah Program Bengkel Dari PPR ke HARAPAN telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkasa komuniti melalui perkongsian ilmu, pembangunan kemahiran serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan intervensi awal dan pembangunan kanak-kanak.

Pihak Pusat Transformasi OKU USM-MAIK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir, para penceramah, serta seluruh staf yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian demi melahirkan komuniti yang lebih prihatin, berilmu dan berdaya saing.

Terima kasih juga kepada Yayasan Hasanah atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program Dari PPR ke HARAPAN.

Semoga usaha murni ini terus memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya warga PPR Kota Bharu.

๐Ÿ“ธ

** **

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL SIRI 5: PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN TINGKAH LAKUAssalamualaikum dan salam sejahtera.Sukaci...
22/07/2026

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL SIRI 5: PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bersama Melangkah: Dari PPR Ke Harapan akan menganjurkan Bengkel Siri 5 โ€“ Perkembangan Sosial, Emosi dan Tingkah Laku pada:

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Komputer PPR Kota Bharu

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman ibu bapa, penjaga dan komuniti tentang perkembangan sosial, emosi serta tingkah laku kanak-kanak. Peserta akan didedahkan dengan kaedah memahami emosi anak, membina kemahiran sosial yang positif serta menyokong perkembangan mereka agar menjadi individu yang lebih seimbang, berkeyakinan dan berdaya tahan.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif โ€œDari PPR Ke Harapanโ€ yang membawa aspirasi Membina Asas, Mengubah Masa Depan melalui pendidikan, sokongan komuniti dan pembangunan sahsiah anak-anak.

Marilah bersama-sama kita mendidik, membimbing dan membina masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.

โ€œBersama Mendidik, Bersama Membina Masa Depan.โ€

22/07/2026

๐Ÿ“Œ PROGRAM DARI PPR KE HARAPAN.
Siri 4: Bengkel Perkembangan Sosial dan Emosi (Teori & Praktikal)

๐Ÿ“… 10 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Dari PPR ke HARAPAN โ€“ Siri 4: Bengkel Perkembangan Sosial dan Emosi (Teori & Praktikal) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Bilik Komputer, PPR Kota Bharu.

Program ini merupakan sokongan daripada Yayasan Hasanah dan telah dilaksanakan oleh **PDK Kubang Kerian dengan kerjasama Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM

Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dapat membantu para peserta memahami kepentingan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak serta mengaplikasikan pendekatan yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Hasanah, semua penceramah, fasilitator, urus setia serta para peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Bersama membina harapan, memperkasa komuniti.๐Ÿ’™

20/07/2026

BENGKEL SIRI 3 : PERKEMBANGAN BAHASA DAN PERTUTURAN

PROGRAM DARI PPR KE HARAPAN26 Jun 2026Alhamdulillah, Program Dari PPR ke Harapan telah berjaya dilaksanakan dengan lanca...
09/07/2026

PROGRAM DARI PPR KE HARAPAN

26 Jun 2026

Alhamdulillah, Program Dari PPR ke Harapan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 26 Jun 2026.

Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang penduduk PPR serta 5 orang guru Tadika dan Taska. Bengkel Siri 3: Perkembangan Bahasa dan Percakapan telah dijalankan dengan objektif meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta mengenai kepentingan perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.

Pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Hasanah atas sokongan yang diberikan, serta kepada semua penduduk PPR, dan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini memberi manfaat kepada seluruh peserta dan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan, pembangunan, dan kesejahteraan masyarakat.




Address

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Kampus Kesihatan, USM
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00

Telephone

+6097677772

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Kubang Kerian, Kampus Kesihatan, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share