Prexious Lactation Center

Call Directions Website Contact the business

Prexious Lactation Center Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Prexious Lactation Center, 14, Lorong Seri Mengkuang 6, Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang.

PREXIOUS Lactation Center adalah pusat sehenti untuk ibu menyusu mendapatkan perkhidmatan:
- konsultasi face-to-face
- konsultasi atas talian
- peralatan penyusuan bayi
- kelas penyusuan
- lawatan rumah (home visit)
- urutan laktasi

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah. Untuk seorang ibu, merdeka kadang-kadang bermaksud bebas daripada 'rasa b...
31/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah.

Untuk seorang ibu, merdeka kadang-kadang bermaksud bebas daripada 'rasa bersalah'

Bebas daripada suara yang membuat kita rasa 'tidak cukup baik.'

Bebas daripada tekanan untuk ikut perjalanan orang lain tanpa kita sedari.

Bebas untuk belajar, bertanya, menangis, berehat, dan cuba lagi tanpa dihukum.

Dalam penyusuan, setiap ibu ada perjuangannya sendiri.

Ada yang direct latch.
Ada yang pumping.
Ada yang mixed feeding.
Ada yang menahan sakit, susu drop, baby jaundice, atau sedang kumpul semula keyakinan.

Sempena Hari Kebangsaan ini, semoga ibu-ibu juga merdeka daripada rasa gagal.
Kerana penyusuan bukan pertandingan.

Ia perjalanan kasih, ilmu dan sokongan.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 🇲🇾

Prexious Lactation Center

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Isnin, 31 Ogos  2026 sempena sambutan Hari Merdeka. Kami akan kembali be...
30/08/2026

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Isnin, 31 Ogos 2026 sempena sambutan Hari Merdeka.

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 1 September 2026.

Waktu Operasi Prexious Lactation Center⁣⁣⁣ adalah :
Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang⁣⁣⁣
Sabtu : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tutup setiap Ahad⁣⁣⁣ dan hari kelepasan am

Sebarang info, pertanyaan dan temujanji, boleh dilakukan melalui link di bawah:

https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my

Harap maklum.⁣⁣⁣

Ada hari dada terasa sempit.Ada hari urusan kecil pun terasa berat.Ada hari kita cuma mampu berbisik,“Ya Allah, aku pena...
28/08/2026

Ada hari dada terasa sempit.
Ada hari urusan kecil pun terasa berat.
Ada hari kita cuma mampu berbisik,
“Ya Allah, aku penat.”

Semoga doa Nabi Musa AS ini menjadi pegangan untuk ibu-ibu yang sedang rasa lelah, resah, dan perlukan sedikit ruang untuk bernafas.

Rabbi-shrah li sadri, wa yassir li amri.

Ya Allah, lapangkan dada kami.
Mudahkan urusan kami.

Untuk ibu yang sedang penat hari ini,
semoga Allah tenangkan hatimu.

Satu nafas pada satu masa.
Satu hari pada satu masa.

Amin 🤍

Tidak semua superhero pakai mask.Ada yang heronya muncul waktu 3 pagi, duduk sebelah isteri yang tengah susukan baby.Ada...
21/06/2026

Tidak semua superhero pakai mask.

Ada yang heronya muncul waktu 3 pagi, duduk sebelah isteri yang tengah susukan baby.

Ada yang blur-blur tak tahu nak buat apa, tapi tetap tanya,

“Awak nak air tak?”

Ada yang belajar sendawakan baby walaupun mula-mula kekok.

Ada yang ambil baby sekejap supaya ibu boleh makan, mandi, atau tarik nafas tanpa rasa bersalah.

Ada yang mungkin tak banyak cakap, tapi dia ada.
Dia cuba.
Dia belajar.
Dia hadir.

Dan kadang-kadang, itu sudah cukup besar untuk buat seorang ibu rasa,

“Okay… aku tak sorang-sorang.”

Untuk ayah yang sedang belajar jadi sokongan terbaik buat ibu menyusu —
terima kasih.

Sokongan ayah mungkin nampak kecil,
tapi untuk seorang ibu yang sedang penat, sakit, keliru dan cuba bertahan…
ia boleh jadi kekuatan yang paling besar.

Selamat Hari Bapa

Tag suami yang mungkin tak sempurna, tapi selalu cuba hadir dengan caranya sendiri.

Prexious Lactation Center

Salam Awal Muharam 1448H ✨Dimaklumkan bahawa Prexious Lactation Center akan ditutup pada Rabu, 17 Jun 2025 sempena Awal ...
16/06/2026

Salam Awal Muharam 1448H ✨

Dimaklumkan bahawa Prexious Lactation Center akan ditutup pada Rabu, 17 Jun 2025 sempena Awal Muharam.

Operasi akan kembali seperti biasa pada Khamis, 18 Jun 2025.

Sebarang pertanyaan atau temujanji boleh dibuat melalui WhatsApp. Team kami akan membalas sebaik sahaja operasi kembali seperti biasa.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Selamat menyambut Awal Muharam daripada kami di Prexious Lactation Center 🤍

Dirgahayu Tuanku.Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dan rahmat dalam menaungi negara serta seluruh rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Prexious Lactation Center

Dalam sebuah komuniti, kita mungkin datang daripada latar yang berbeza.Ada yang berbeza budaya.Berbeza kepercayaan.Berbe...
31/05/2026

Dalam sebuah komuniti, kita mungkin datang daripada latar yang berbeza.

Ada yang berbeza budaya.
Berbeza kepercayaan.
Berbeza cara menyambut hari penting dalam hidup masing-masing.

Namun sebagai manusia, kita tetap berkongsi nilai yang sama —
saling menghormati, berbuat baik, menjaga tutur kata, dan hidup dengan penuh ihsan.

Sempena Hari Wesak ini, Prexious Lactation Center mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang menyambut dan seluruh rakyat Malaysia.

Semoga hari ini menjadi ruang untuk kita sama-sama menghargai ketenangan, keharmonian dan kasih sayang dalam keluarga serta komuniti.

Dengan hormat,
Prexious Lactation Center

Notis Penutupan SementaraDimaklumkan bahawa Prexious Lactation Center akan ditutup sementara sempena cuti umum:1 Jun 202...
30/05/2026

Notis Penutupan Sementara

Dimaklumkan bahawa Prexious Lactation Center akan ditutup sementara sempena cuti umum:

1 Jun 2026
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

2 Jun 2026
Hari Wesak (Ganti)

Operasi akan kembali seperti biasa selepas tarikh tersebut.

Sebarang pertanyaan atau tempahan slot konsultasi boleh dibuat melalui pautan WhatsApp kami:

https://lactationconsultation.wasap.my

Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua.

Salam hormat,
Prexious Lactation Center

Ada satu rasa yang ramai ibu menyusu pernah lalui…Rasa takut susu tak cukup.Walaupun baby nampak menyusu.Walaupun kita d...
29/05/2026

Ada satu rasa yang ramai ibu menyusu pernah lalui…

Rasa takut susu tak cukup.

Walaupun baby nampak menyusu.
Walaupun kita dah cuba minum air, makan elok, pam, direct feed, jaga jadual…
tetap ada satu suara kecil dalam hati yang bertanya,

“Cukup ke untuk anak aku?”

Kadang-kadang, yang penat bukan badan sahaja.
Yang paling berat sebenarnya ialah rasa risau yang kita simpan diam-diam.

Risau anak tak kenyang.
Risau berat anak tak naik.
Risau orang sekeliling mula komen.
Risau kita tak mampu teruskan.

Ibu, tarik nafas sekejap.

Rasa risau itu tidak menjadikan ibu lemah.
Ia cuma tanda ibu sangat sayang.

Tapi dalam sayang itu, jangan lupa minta Allah pegang hati kita.

Sebab penyusuan bukan hanya tentang susu.
Ia tentang tawakal,
Usaha (grit) dan ilmu.
Sokongan dan keyakinan ,
Dan doa yang ibu bisik walaupun perlahan.

Ya Allah,
ketika aku risau susuku tidak cukup,
ajarkan aku untuk tenang dan tawakal,
Bukakan jalan bantuan yang baik.
Hadirkan ilmu, sokongan dan keyakinan.
Jangan biarkan aku tenggelam dalam takutku sendiri.
Cukupkan rezeki anakku dengan cara yang paling Engkau redhai.
Aamiin.

Untuk ibu yang sedang baca ini,
semoga Allah cukupkan rezeki anakmu.
Semoga Allah tenangkan hatimu.
Semoga Allah hadirkan bantuan yang baik pada waktu yang tepat.

Dan semoga ibu ingat....
ibu tak perlu lalui semua ini seorang diri.

Save doa ini untuk hari yang hati mula risau.

Share kepada mommy lain yang mungkin sedang perlukan pelukan dalam bentuk doa hari ini.

Prexious Lactation Center

Ada seorang ibu datang ke Prexious dengan hati yang sangat penat.Kita panggil beliau Ibu K.Anak pertama.Baby lahir cukup...
28/05/2026

Ada seorang ibu datang ke Prexious dengan hati yang sangat penat.

Kita panggil beliau Ibu K.

Anak pertama.
Baby lahir cukup bulan melalui pembedahan caesarean.

Sejak hari pertama selepas bersalin, penyusuan dah mula terasa sangat sakit.

Sakit pada ni**le.
Sakit pada luka pembedahan.
Badan masih cuba recover.
Emosi masih cuba faham dunia baru sebagai seorang ibu.

Disebabkan kesakitan itu, direct feeding menjadi sesuatu yang sangat susah untuk diteruskan.

Bila Ibu K datang ke Prexious, bayinya sudah berusia sebulan.

Ketika itu, baby hanya minum susu ibu sekali sehari — itupun hasil pam.
Direct feeding langsung tidak dapat dilakukan kerana terlalu sakit.
Produksi susu juga sudah mula menurun.

Sesi pertama kami mulakan dengan satu perkara yang nampak biasa, tapi sangat penting:

history taking.

Sebab dalam penyusuan, kita tak boleh terus lompat kepada “cuba latch macam ni”.

Kita perlu faham dulu.

Bagaimana kehamilan ibu.
Bagaimana kelahiran berlaku.
Apa yang terjadi pada hari pertama selepas bersalin.
Bila baby mula diberi botol.
Bagaimana sakit itu bermula.
Bagaimana rutin pam ibu.
Apa yang ibu sudah cuba.
Dan apa yang paling ibu takutkan.

Semua ini penting kerana perjalanan penyusuan bukan bermula pada hari ibu datang ke konsultasi.

Ia bermula sejak awal lagi.

Dalam kes Ibu K, rupanya isu pada puting itu sudah bermula sejak kehamilan.

Cuma ibu tidak tahu bahawa itulah antara punca yang boleh membuatkan penyusuan selepas bersalin menjadi sangat menyakitkan.

Kadang-kadang, ibu bukan “tak tahan sakit”.
Kadang-kadang, ibu bukan “tak cukup usaha”.
Kadang-kadang, punca sebenar cuma belum ditemui.

Selepas mendengar kisah Ibu K, kami terangkan pelan yang akan dibuat secara berperingkat.

Pertama, bantu ibu tingkatkan semula produksi susu.
Kedua, nilai sama ada baby masih boleh suckle dengan baik.
Ketiga, latih dan rangsang semula baby untuk kembali ke payudara secara perlahan-lahan.

Alhamdulillah, baby masih ada kemampuan untuk suckle kerana pada awal kelahiran, baby pernah menyusu di payudara sebelum bertukar kepada botol sepenuhnya.

Jadi kami mula dari situ.

Bukan paksa.
Bukan terburu-buru.
Tetapi train semula, stimulate semula, dan bina keyakinan ibu satu demi satu.

Sepuluh hari kemudian, Ibu K datang semula untuk follow up.

Daripada hasil pam sekitar 2 oz setiap sesi, ibu sudah mula dapat sekitar 4 oz.
Baby juga sudah mula kembali menyusu di payudara.
Rasa sakit semakin berkurang.

Dan semalam, pada follow up kedua…

MasyaAllah.

Ibu K sudah menyusukan bayinya sepenuhnya secara direct.
Fully breastfeeding.
Malah sudah mula ada sedikit stok susu.

Dalam tempoh hampir sebulan, daripada keadaan yang sangat sakit, supply menurun dan direct feeding hampir mustahil…

ibu ini perlahan-lahan kembali menyusu bayinya.

Bukan kerana perjalanan itu mudah.
Tetapi kerana ibu ini tidak berhenti mencari bantuan.

Di Prexious, kami percaya setiap kisah penyusuan perlu dilihat dengan teliti.

Kadang-kadang masalah bukan sekadar “baby tak pandai latch”.

Kadang-kadang ia berkait dengan keadaan semasa kehamilan, sakit selepas bersalin, pengalaman awal penyusuan, penggunaan botol, teknik pam, emosi ibu, dan keyakinan yang semakin hilang.

Sebab itu bantuan yang tepat sangat penting.

Buat ibu yang sedang rasa penyusuan sudah terlalu jauh untuk diselamatkan…

Mungkin belum terlambat.

Mungkin ibu cuma perlukan seseorang untuk duduk, dengar kisah ibu betul-betul, assess dengan teliti, dan susun pelan yang realistik untuk ibu dan bayi.

Semoga sempena Aidiladha ini, Allah kurniakan ketabahan kepada Ibu K seperti mana Hajar sabar menyusui Ismail dalam keadaan yang penuh ujian.

Dan untuk ibu lain yang sedang struggle dalam diam…

You are not failing.
You may just need the right support.

Untuk konsultasi penyusuan bersama Prexious Lactation Center, boleh WhatsApp kami di:

https://lactationconsultation.wasap.my

P/s: sekarang cuti raya pun tenang sikit sebab ibu K dah discharge. Dengan saya sekali lompat ke bintang. 🤭

Dr Nurhaya Yacob. MD
Di sebalik pintu kamar konsultasi

Address

14, Lorong Seri Mengkuang 6, Taman Seri Mengkuang
Kubang Semang
14400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60175970820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prexious Lactation Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Prexious Lactation Center:

Shortcuts

Share