hanafi bekam

hanafi bekam semoga sihat sihat selalu

12/10/2023

Promo urut RM70
Promo bekam RM50
https://wa.me/+60128072365

book slot awal2...
tiada ke tmpat rawatan(walk in sahaja)
🛑tiada last minit booking
🛑lelaki sahaja
🛑Boleh pm no d atas...

  Terima kasih kepada pesakit mengunakan rawatan bekam + terapi tulang(tarit bahagian kaki)Keluhan pesakit selalu nyidap...
06/08/2023



Terima kasih kepada pesakit mengunakan rawatan bekam + terapi tulang(tarit bahagian kaki)
Keluhan pesakit selalu nyidap sakit pinggang
Semoga sihat sihat selalu hendaknya..

BIJI ANGINSakit-sakit badan tanda badan banyak angin bila picit rasa bebiji-biji, yang ini orang kata bijik angin.Pesaki...
09/05/2023

BIJI ANGIN

Sakit-sakit badan tanda badan banyak angin bila picit rasa bebiji-biji, yang ini orang kata bijik angin.

Pesakit datang buat bekam mengeluh badan banyak angin sakit badan. Perawat pun angguk setuju. Kita pun buktikan yang badan pesakit banyak angin, kita snap gambar cawan bekam masa rawatan dan tunjuk wap dalam cawan bekam.

Angin hanya boleh ada dalam paru-paru, perut dan usus. Angin tak boleh ada dalam salur darah risiko air embolism. Istilah angin hanya digunakan oleh orang tua kita dulu untuk menggambarkan rasa sakit dan tak selesa itu.

Orang tua dahulu tak guna istilah perubatan kerana keterbatasan tetapi mereka sangat expert dalam mengambil unsur alam untuk diterjemahkan. Jadi mereka gunakan istilah yang mudah dan senang faham. Kalau cakap badan masuk api, batu, tanah, pokok macam tak sesuai. Istilah anginlah yang lebih sesuai ketika itu.

Kaki masuk angin sebagai contohnya.

Kesakitan otot yang kita rasai itu dan bila dipicit rasa berbijik itu kerana jaringan halus dalam otot mengecut kuat dan menghasilkan pembengkakan pada jaringan otot. Pembengkakan itu bila dipicit seperti berbijik-bijik.

Antara faktor jadi begitu adalah trauma, cara kerja otot yang salah, penggunaan otot yang terlalu kuat, lama atau berlebihan.

Istilah perubatannya trigger point. Pada otot yang trauma atau penggunaan yang berlebihan boleh menimbulkan pengecutan yang kuat dan pembengkakan sehingga membuatkan terbentuknya bijik-bijik jaringan otot yang banyak sehingga dipanggil trigger point.

Trigger point ini akan sakit kerana mengalami kekurangan pengaliran darah dan merangsang iritasi saraf. Saraf yang terlibat itu juga akan pengaruhi bagaimana karakter sakit yang akan dirasakan.

Kenapa bekam, urutan, guasa, akupuntur, infrared heat therapy boleh bantu melegakan ??

Kesakitan otot itu hilang kerana rawatan tersebut dapat memperbaiki pengaliran darah di tempat sakit dan membuatkan jaringan otot yang mengecut kuat tadi akan terlepas dan lebih rileks. Saraf dan lain-lain mula mendapatkan darah dan oksigen yang mencukupi.

Tidak salah untuk menggunakan istilah angin supaya orang awam lebih faham tetapi bila perawat start tunjuk dan bagi penerangan wap dalam cup bekam itu angin dalam badan yang buat sakit. Ini gimic dan mengelirukan.

Kalau masih ingat di sekolah dulu kita pernah belajar tentang kondensasi. Ini jawapan bagi cup yang berwap. Bila darah dikepong suhu dalam cawan lebih tinggi berbanding luar cawan.

Semoga bermanfaat.

BEKAM & MADU TUALANG & KANSERPenulisan agak panjang. Membaca menambah pengetahuan 👍Beberapa sumber bacaan kategorikan be...
10/04/2023

BEKAM & MADU TUALANG & KANSER

Penulisan agak panjang. Membaca menambah pengetahuan 👍

Beberapa sumber bacaan kategorikan bekam pesakit kanser sebagai absolute contraindication (muktamad tidak boleh) dan ada juga yang berpendapat ianya relative contraindication (ada boleh ada tidak boleh)

Saya berpandangan mengambil relative contraindication sebagai panduan amalan.

Masih banyak lagi kajian diperlukan untuk bahas masalah ini. Dalam keterbatasan clinical practice guidelines (CPG) ambillah prinsip do no harm sebagai prinsip utama.

Saya berpandangan boleh bekam pada pesakit kanser tetapi ada beberapa syarat yang harus diambil kira bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Sebelum itu saya ingatkan rawatan konventional yang sudah dijadualkan untuk pesakit kanser mesti terus dilaksanakan dan segala apa melibatkan rawatan tersebut pesakit harus berbincang dengan dokter yang merawat.

Terapis bekam fokus pada rawatan bekam dan monitor rawatan bekam yang diberikan.

Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi biasanya akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti anemia (tahap hemoglobin rendah), tahap platelet yg rendah/thrombocytopenia, sel darah putih yang rendah, keletihan dan lain-lain.

Oleh sebab itu sebelum bekam dilakukan pastikan bacaan dan tanda penting pesakit normal/stabil.

Pesakit harus diperiksa tekanan darah, nadi, suhu tubuh, kadar pernafasan termasuklah paras hemoglobin, platelet, sel darah putih dan lain-lain. Lebih baik jika pesakit bawa sekali bacaan ujian darah yang terkini.

Jika tiada, sekurangnya pastikan pesakit tidak pucat (hemoglobin rendah) dan darah tidak terlalu cair, lambat berhenti kerana kekurangan platlet.

Bagaimana menilai pucat ?

Boleh lihat pada conjuctiva, tapak tangan, dan beberapa pemeriksaan fizikal yang lain. Kalau saya akan lihat capilary refill nya juga.
Bacaan capilary refill yang normal adalah kurang dari 2 saat.

Bagaimana untuk mengetahui darah tidak terlalu cair atau lambat berhenti ?

Antara test popular yang boleh kita lakukan adalah ujian DUKE dan IVY. Tempoh pendarahan/bleeding time dipertimbangkan normal diantara 2 sehingga 8 minit. Pendarahan melebihi dari 8 minit dikira tidak normal.

Lebih mudah saya sarankan kita boleh buat satu tusukan jarum di belakang badan pesakit (satu poin bekam) dan rekod berapa lama darah itu mengalir/keluar. Kita hitung bleeding time.

Jika darah keluar sehingga lebih 8 minit tangguhkan terlebih dahulu terapi bekam. Ini kemungkinan darah pesakit cair dan sel platletnya rendah, risiko pendarahan lambat berhenti seterusnya boleh menyebabkan pendarahan berlebihan dan pesakit mengalami kekurangan darah dan komplikasi.

Jika bleeding time/ tempoh pendarahan normal. Saya sarankan untuk minimakan tusukan jarum kerana pertimbangkan kekurangan sel darah putih kesan kemoterapi pada pesakit kanser.

Selepas berbekam, pastikan tempat pembekaman sentiasa bersih, dijaga sebaik mungkin dan ingatkan pesakit untuk jaga kebersihan badan bagi mencegah berlaku jangkitan kuman pada tempat yang dibekam.

Tujuan pembekaman dalam kes ini adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyakit seperti lactate, prostaglandin, radikal² bebas seperti MDA & MPO, bahan² toksik, bahan² buangan tubuh/sisa² metabolik.

Selain itu bekam juga dapat mengurangkan tahap kesakitan (pain management) dan tekanan (stress) yang dialami oleh pesakit. Ini merupakan objektif terbesar dalam rawatan bekam kepada pesakit kanser.

Pengambilan gula juga harus dikawal kerana gula adalah "bahan api" utama sel-sel kanser. Terapi makanan juga sangat penting dan boleh rujuk kepada pakarnya supaya dapat ilmu yang betul.

Sebagai langkah jaga-jaga (precaution) elak bekam pada area tubuh yang mempunyai benjolan, dikhuatiri boleh menyebabkan sel-sel kanser menjadi "lebih sihat" akibat pembentukan saluran darah baru (angiogenesis) kesan daripasa pembekaman.

Jadikan satu prinsip tidak membekam pada setiap benjolan yang dicurigai yang ada pada tubuh.

Pengambilan diet tinggi antioksidan seperti madu, minyak zaitun, habbatussauda, kurma ajwa dan lain-lain harus ditingkatkan untuk membantut perkembangan sel-sel kanser.

KAJIAN HUBUNGAN ANTARA MANFAAT MADU TUALANG DENGAN PENYAKIT KANSER

Kita dengar disana sini orang diuji dengan kanser.

Tak kurang juga mereka yang berisiko tinggi terkena kanser disebabkan faktor genetik, ditandai dengan adanya ahli keluarga terdekat yang pernah menderita penyakit barah itu.

Namun, berita baik bagi pengamal tegar sunnah Nabi ﷺ, ternyata dengan meminum madu setiap hari dapat mencegah kanser.

Hal ini cuba dibuktikan sendiri oleh para pakar dari Bahagian Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia dalam sebuah jurnal yang bertajuk, "Kesan anti-kanser pada Madu Tualang dalam modulasi barah payudara: Pengujian haiwan". Diterbitkan dalam BMC Complement Altern Med. pada tahun 2017.

Hasil kajian mendapati bahawa kesemua kumpulan yang dirawat dengan Madu Tualang menunjukkan,

(1) insiden tumor yang lebih rendah dan tempoh pendam yang lebih tinggi daripada kumpulan kontrol yang tidak dirawat.

(2) perkembangan kanser payudara dengan pembelahan, ukuran dan berat yang lebih rendah berbanding kumpulan kontrol

(3) Beberapa luka payudara didapati benar-benar hilang pada akhir kajian.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti-oksidan, anti-tumor, anti-mutagenik, dan anti-proliferatif terhadap sel yang kuat dalam Madu Tualang.

Walaupun penyelidikan ini masih sebatas kajian makmal, dapat kita garis bawahi bahawa Madu Tualang boleh digunakan sebagai makanan yang selamat, mampu 'meredakan kanser' secara semulajadi atau sebagai terapi tambahan agen kimoterapeutik.

Secara tak langsung, kajian ini menolak dakwaan yang mengatakan gula semulajadi pada Madu dapat menyebabkan sel kanser semakin membesar.

Hal ini sejalan dengan hadith Sunan Ibnu Majah 1400 tahun lalu,

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من ل*ق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah ﷺ :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).

09/04/2023

Banyak yang bertanya mcm mana nak sapu Madu lebah ke luka?

=================

1. Cari kain kasa yang bersih dan steril supaya luka tak melekat dikain balut.

2. Tuang madu quad Tualang cukup-cukup untuk menutupi luka.

3. Balut dengan ketat sehingga madu tidak tumpah (deep dressing)

4. Sebaiknya dilakukan 2x sehari. Sebelum tidur malam. Dan selepas mandi pagi.

5. Sebaiknya, minumkan pesakit 2 sudu Madu 3x sehari (tiap 8 jam) selama 3 hari sebagai antibiotik semulajadi.

Luka akan cepat sembuh dan pendarahan berhenti.

Dalam istilah perubatan disebut, honey wound dressing.
Kajian telah membuktikan bahawa Madu Tualang mempunyai sifat antimikroba, anti-radang, antioksidan, antimutagenik, antitumor, dan antidiabetik, selain sifat penyembuhan luka. Sebilangan khasiatnya serupa dengan madu Manuka (madu monofloral New Zealand dan / atau Australia). (Sarfarz Ahmed., Review of the Medicinal Effects of Tualang Honey and a Comparison with Manuka Honey, 2013)

Pastikan Madu Tualang original ya. Kalau guna madu tak jelas dimana sumber tuainya, saya tak rekemen. 😌

Address

KAMPUNG HAJI BAKI BLOCK C Jalan BATU KITANG
Kuching

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:00
14:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when hanafi bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to hanafi bekam:

Share