Unit kesihatan Uitm Sarawak

Unit kesihatan Uitm Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit kesihatan Uitm Sarawak, Medical and health, Jalan DATUK MOHAMMAD MUSA, KOTA SAMARAHAN, Kuching.

KLINIK BEROPERASI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 8.00 am - 5.00 pm

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS DI TALIAN 082-677816 (Kampus Samarahan) & 082 -678569 (Kampus Samarahan 2)

KLINIK TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

15/05/2026
Selamat Hari Jururawat buat semua Jururawat di Malaysia terutama Jururawat di Kampus Samarahan & Kampus Samarahan 2.Teri...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat buat semua Jururawat di Malaysia terutama Jururawat di Kampus Samarahan & Kampus Samarahan 2.
Terima kasih atas setiap pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menjaga serta merawat pesakit / pelajar tanpa mengenal penat lelah. Semoga segala usaha dan kebaikan kalian sentiasa dihargai dan diberkati. Terus kuat, terus tersenyum dan terus menjadi insan yang membawa harapan kepada ramai orang. 💙🩺

STAF SIHAT, KERJA BERKAT! 🩺💉​Mari amalkan gaya hidup sihat dengan memantau kekerapan pemeriksaan kesihatan dan pendermaa...
11/05/2026

STAF SIHAT, KERJA BERKAT! 🩺💉
​Mari amalkan gaya hidup sihat dengan memantau kekerapan pemeriksaan kesihatan dan pendermaan darah:
​Pendermaan Darah
​Darah Penuh: Setiap 3 bulan.
​Aferesis: Setiap 2 minggu sekali.
​Pemeriksaan Kesihatan
​Tekanan Darah/BMI: Sekali setahun.
​Ujian Darah (Gula/Kolesterol): Setahun sekali.
​Pemeriksaan Gigi: 6 bulan sekali.
​Pemeriksaan Mata: 1-2 tahun sekali.

🩸 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PROGRAM DERMA DARAH & SARINGAN KESIHATAN 🩺🧠📅 12 Mei 2026⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang📍 PTAR, UiTM C...
08/05/2026

🩸 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PROGRAM DERMA DARAH & SARINGAN KESIHATAN 🩺🧠

đź“… 12 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 PTAR, UiTM Cawangan Sarawak KS2

✨ Aktiviti menarik:

🩸 Derma Darah

🩺 Pemeriksaan Kesihatan

đź§  Saringan Kesihatan Mental

Ayuh bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dan tingkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri.

💉 “Derma darah, derma kehidupan.”❤️ Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa.

Sudut Pemulangan Ubat disediakan bagi memudahkan warga kampus memulangkan ubat berlebihan atau tamat tempoh dengan cara ...
04/05/2026

Sudut Pemulangan Ubat disediakan bagi memudahkan warga kampus memulangkan ubat berlebihan atau tamat tempoh dengan cara yang selamat. Marilah bersama-sama menjaga kesihatan dan alam sekitar dengan membuang ubat secara betul di tempat yang disediakan.

Sudut ini bertempat di Pejabat Unit Kesihatan dan dibuka pada waktu operasi Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Bagi Kampus Samarahan, lokasi Unit Kesihatan berada di Blok M, manakala bagi Kampus Samarahan 2, lokasi Unit Kesihatan terletak di Pusat Pelajar / Bangunan Seri Kenyalang.

Penyertaan kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program PROSTAR 2.0. Rebut peluang untuk menambah pe...
04/05/2026

Penyertaan kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program PROSTAR 2.0. Rebut peluang untuk menambah pengetahuan mengenai HIV, STI dan Hepatitis C, di samping memupuk kesedaran kesihatan serta menghapuskan stigma dalam kalangan masyarakat kampus. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti para peserta. Daftar segera melalui pautan atau kod QR yang disediakan.

Lawatan Pejabat Kesihatan Bahagian ke Unit Kesihatan UiTM Kampus Samarahan 2 untuk Pemantauan Penggunaan e-Notifikasi da...
19/03/2025

Lawatan Pejabat Kesihatan Bahagian ke Unit Kesihatan UiTM Kampus Samarahan 2 untuk Pemantauan Penggunaan e-Notifikasi dan I-Bite pada 19 Mac 2025 jam 9 pagi.

Unit Kesihatan dengan Kerjasama Kelab KEKiTA dan PKB Samarahan akan mengadakan Taklimat ringkas tentang perkhidmatan Wel...
19/03/2025

Unit Kesihatan dengan Kerjasama Kelab KEKiTA dan PKB Samarahan akan mengadakan Taklimat ringkas tentang perkhidmatan Wellness Hub Kota Samarahan dan perkongsian tentang Penyakit NCD dan War on Sugar yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 Mac 2023 (Khamis).
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tghri
Tempat : Ruai Pengawa, UiTM Kampus Samarahan.

08/01/2025

🌡️🤒 Demam denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Bekas yang menakung air berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sehubungan itu, semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.

⚠️💥 Setiap individu perlu memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di persekitaran rumah serta melupuskan barang lusuh atau yang tidak digunakan di tempat pelupusan secara berhemah.

📌 Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.❌🦟






08/01/2025

Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.




Address

Jalan DATUK MOHAMMAD MUSA, KOTA SAMARAHAN
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082677816

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit kesihatan Uitm Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share