Unit kesihatan Uitm Sarawak

Unit kesihatan Uitm Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit kesihatan Uitm Sarawak, Medical and health, Jalan DATUK MOHAMMAD MUSA, KOTA SAMARAHAN, Kuching.

KLINIK BEROPERASI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 8.00 am - 5.00 pm

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS DI TALIAN 082-677816 (Kampus Samarahan) & 082 -678569 (Kampus Samarahan 2)

KLINIK TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

07/08/2026

NORMALISASIKAN UNTUK TIDAK TAG ORANG SELEPAS WAKTU PEJABAT

Kita perlu mula membiasakan satu perkara yang nampak kecil, tetapi sangat penting dalam budaya kerja.

Kalau urusan itu tidak mendesak, tidak perlu tag, WhatsApp atau mengharapkan balasan selepas waktu pejabat.

Kadang-kadang mesej itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk dihantar.

Tetapi bagi orang yang menerimanya, satu notifikasi kerja boleh terus menarik fikiran mereka kembali kepada kerja.

Sedang makan bersama keluarga, tiba-tiba nama ditag.

Sedang berehat, masuk p**a mesej “boleh semak sekejap?”

Sedang cuba tenangkan fikiran, terus rasa perlu buka telefon atau komputer semula.

Bukan semua perkara perlu diselesaikan malam ini.

Kalau boleh tunggu esok, biarkan ia tunggu esok.

Sudah tentu ada urusan yang benar-benar mendesak dan memerlukan tindakan segera. Itu berbeza.

Tetapi urusan rutin, semakan dokumen, kemas kini biasa atau perkara yang masih boleh dibuat pada waktu pejabat tidak sepatutnya menjadikan waktu selepas kerja sebagai sambungan kepada waktu pejabat.

Hormati masa rehat orang lain.

Masa selepas kerja bukan “masa kosong”.

Itu masa untuk keluarga, berehat, tidur, mengurus diri dan memulihkan tenaga.

Budaya kerja yang sihat bukan tentang siapa paling cepat membalas mesej pada pukul 11 malam.

Kadang-kadang, ia tentang tahu bila kerja perlu berhenti.

Kalau tidak mendesak, esok masih ada.

Public Health Malaysia

🌿 Alhamdulillah, Program Emotional & Physical Healing telah berjaya dilaksanakan! 🌿Setinggi-tinggi penghargaan dan terim...
02/08/2026

🌿 Alhamdulillah, Program Emotional & Physical Healing telah berjaya dilaksanakan! 🌿

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) & Unit Kesihatan UiTM Sarawak ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memperkukuhkan kesejahteraan diri melalui pengisian yang merangkumi aspek rohani, emosi dan fizikal, termasuk Solat Dhuha, senaman dan brisk walk sambil berzikir, ceramah kesihatan, perkongsian amalan daripada al-Quran dan as-Sunnah serta saringan kesihatan.

Semoga segala ilmu, amalan dan pengalaman yang diperoleh menjadi manfaat serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan warga UiTM yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya tahan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Rohani Terpelihara, Emosi Sejahtera, Jasmani Cergas." 💜

MAJLIS PENUTUPAN BULAN GAYA HIDUP SIHATUiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)Masa: 2.30 ...
02/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN GAYA HIDUP SIHAT
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2
Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Ruang Legar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2

15/05/2026
Selamat Hari Jururawat buat semua Jururawat di Malaysia terutama Jururawat di Kampus Samarahan & Kampus Samarahan 2.Teri...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat buat semua Jururawat di Malaysia terutama Jururawat di Kampus Samarahan & Kampus Samarahan 2.
Terima kasih atas setiap pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menjaga serta merawat pesakit / pelajar tanpa mengenal penat lelah. Semoga segala usaha dan kebaikan kalian sentiasa dihargai dan diberkati. Terus kuat, terus tersenyum dan terus menjadi insan yang membawa harapan kepada ramai orang. 💙🩺

STAF SIHAT, KERJA BERKAT! 🩺💉​Mari amalkan gaya hidup sihat dengan memantau kekerapan pemeriksaan kesihatan dan pendermaa...
11/05/2026

STAF SIHAT, KERJA BERKAT! 🩺💉
​Mari amalkan gaya hidup sihat dengan memantau kekerapan pemeriksaan kesihatan dan pendermaan darah:
​Pendermaan Darah
​Darah Penuh: Setiap 3 bulan.
​Aferesis: Setiap 2 minggu sekali.
​Pemeriksaan Kesihatan
​Tekanan Darah/BMI: Sekali setahun.
​Ujian Darah (Gula/Kolesterol): Setahun sekali.
​Pemeriksaan Gigi: 6 bulan sekali.
​Pemeriksaan Mata: 1-2 tahun sekali.

🩸 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PROGRAM DERMA DARAH & SARINGAN KESIHATAN 🩺🧠📅 12 Mei 2026⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang📍 PTAR, UiTM C...
08/05/2026

🩸 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PROGRAM DERMA DARAH & SARINGAN KESIHATAN 🩺🧠

📅 12 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 PTAR, UiTM Cawangan Sarawak KS2

✨ Aktiviti menarik:

🩸 Derma Darah

🩺 Pemeriksaan Kesihatan

🧠 Saringan Kesihatan Mental

Ayuh bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dan tingkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri.

💉 “Derma darah, derma kehidupan.”❤️ Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa.

Sudut Pemulangan Ubat disediakan bagi memudahkan warga kampus memulangkan ubat berlebihan atau tamat tempoh dengan cara ...
04/05/2026

Sudut Pemulangan Ubat disediakan bagi memudahkan warga kampus memulangkan ubat berlebihan atau tamat tempoh dengan cara yang selamat. Marilah bersama-sama menjaga kesihatan dan alam sekitar dengan membuang ubat secara betul di tempat yang disediakan.

Sudut ini bertempat di Pejabat Unit Kesihatan dan dibuka pada waktu operasi Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Bagi Kampus Samarahan, lokasi Unit Kesihatan berada di Blok M, manakala bagi Kampus Samarahan 2, lokasi Unit Kesihatan terletak di Pusat Pelajar / Bangunan Seri Kenyalang.

Penyertaan kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program PROSTAR 2.0. Rebut peluang untuk menambah pe...
04/05/2026

Penyertaan kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program PROSTAR 2.0. Rebut peluang untuk menambah pengetahuan mengenai HIV, STI dan Hepatitis C, di samping memupuk kesedaran kesihatan serta menghapuskan stigma dalam kalangan masyarakat kampus. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti para peserta. Daftar segera melalui pautan atau kod QR yang disediakan.

Address

Jalan DATUK MOHAMMAD MUSA, KOTA SAMARAHAN
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082677816

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit kesihatan Uitm Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share