Investigasi Supernatural

Investigasi Supernatural ANUERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL adalah sebuah SUPER TEAM yang Aktif menjalankan kajian & peny

16/01/2021

AMARAN.
Jangan lupa esok mulakan peraturan Facebook baharu di mana mereka boleh menggunakan apa-apa bahan siaran anda. Jangan lupa tarikh akhir hari ini!!! Mereka boleh menggunakannya dalam litigasi terhadap diri sendiri di mahkamah untuk semua siaran yang diterbitkan mulai hari ini - malah mesej yang telah dipadamkan.
Tiada caj untuk salinan ini dan siarkan status ini di halaman Facebook anda, isytiharkan hari ini, lebih selamat daripada menyesal kemudian hari.

Saya mengisytiharkan bahawa ia tidak memberikan kebenaran atau identiti Facebook yang dikaitkan dengan kebenaran Facebook untuk menggunakan sebarang bahan pos termasuk foto, gambar, maklumat, mesej, atau e-mel saya, sama ada pada hari ini, masa lalu atau pada masa hadapan.

Dengan pengisytiharan ini, saya memberitahu Facebook bahawa ia dilarang untuk mendedahkan, menyalin, mengedar atau mengambil tindakan lain terhadap diri saya berdasarkan profil Facebook ini dan / atau kandungan dan maklumatnya.

Pelanggaran privasi boleh didakwa secara sah di mahkamah sama ada sivil atau jenayah.

Berhati-hatilah!!!
Facebook kini menjadi identiti awam. Semua ahli mesti menyiarkan nota seperti ini.
Jika anda memberi pengisytiharan tentang ini, anda boleh menyalin dan menampal siaran status ini. Sekiranya anda tidak memberi pengisytiharan ini sekurang-kurangnya sekali, seolah-olah kebenaran secara jelas atau tersirat kepada pelbagai penggunaan status, siaran, foto, dan maklumat bahan lain yang terkandung dalam kemas kini status profil Facebook anda.

JANGAN KONGSI!!!!
TETAPI SALINKAN DAN TEMPATKAN DI HALAMAN ANDA.

Algoritma baharu mereka memilih beberapa orang yang sama - kira-kira 25-yang akan membaca siaran anda.

Caranya:
Pegang jari anda pada siaran ini dan ′′ salinan ′′ akan muncul. Klik ′′ salinan ". Kemudian pergi ke halaman anda, mulakan siaran baharu dan letakkan jari anda di mana-mana dalam kolum kosong. ′′ Tampal ′′ akan muncul dan klik tampal.

Ini sedang melalui sistem.
SAYA TIDAK MEMBERI IZIN FACEBOOK / WATSHAAP UNTUK BERKONGSI SEBARANG BAHAN, YANG MANA SAYA TELAH SIARKAN DI TAPAK MEREKA, SIARAN DENGAN BAIK HARI INI, DULU DAN DULU DAN DALAM MAKLUMAT LAIN, TERMASUK FOTO, NO TELEFON ATAU EMAIL.

TIADA APA-APA YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM APA-APA BORANG TANPA IZIN SAYA!
_______________
Kepada semua rakan2 di FB agar lebih berwaspada hampir semua akaun FB digodam. Gambar profil dan nama anda akan digunakan untuk mencipta FB baharu.
Dan mereka meminta rakan-rakan anda untuk menambah rakan-rakan tersebut dan rakan-rakan anda merasakan ia permintaan anda, kemudian penggodam menulis apa yang mereka mahu bagi pihak anda semua.
Saya post yang saya tak buat fb baru, so jangan approve friend request dari saya.

Salin mesej ini di halaman FB anda supaya semua rakan anda alert!!!

Jangan forward mesej ini tetapi lebih baik copy paste dan install ke fb page anda.
Untuk Rakan-rakan Media Sosial
Disyorkan oleh peguam.

Pelanggaran Privasi boleh didakwa secara sah.
** Facebook kini ialah identiti awam. Semua pengguna FB patut buat statement macam ni.
Jika anda belum mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya sekali, secara teknikal akan dibenarkan menggunakan foto dan maklumat pada akaun facebook anda:
** Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya tidak membenarkan sesiapa menggunakan foto dan maklumat di akaun facebook saya kepada mana-mana media.
Jika ada akaun atas nama saya dan atau menggunakan foto saya dan menggunakannya untuk menipu orang lain, maka saya tidak bertanggungjawab sama ada secara moral atau bahan, jika ada permintaan untuk memindahkan dana bagi pihak akaun saya, ia semestinya satu PENIPUAN.

Saya harap ini bukan sahaja terpakai dalam akaun saya, tetapi juga akaun rakan-rakan lain. Terima kasih.

TESTIMONI TERBARU PENGGUNA CELAK TERAWANGAN ASMAK MATA MALAIKAT ANUGERAH AGUNG(Master Herman dari Melaka)Tarikh Testimon...
30/08/2017

TESTIMONI TERBARU PENGGUNA CELAK TERAWANGAN ASMAK MATA MALAIKAT ANUGERAH AGUNG(Master Herman dari Melaka)Tarikh Testimoni 30/8/2017

APA MAKNA GHAIB?Apakah Erti Ghaib Secara Etimologi / Lughawiy?Secara tata bahasa (lughawiy) kata ghoib, menurut lisaanul...
08/04/2017

APA MAKNA GHAIB?

Apakah Erti Ghaib Secara Etimologi / Lughawiy?

Secara tata bahasa (lughawiy) kata ghoib, menurut lisaanul arab berasal dari kata ghoba(tidak nampak, tidak hadir) kebalikan dari kata hadhoro atau dhoharo (hadir atau nampak). Dalam kamus Lisanul Arab disebutkan bahawa “wal ghaib: kullu ma ghaaba ‘anka”, ertinya “ghaib itu adalah sesuatu yang absen / diluar jangkauan Anda”. Maka segala perkara yang ditetapkan bahawa manusia memang tidak mampu menjangkaunya, adalah termasuk perkara yang ghaib.

Secara tata bahasa juga erti ghaib adalah tidak terlihat sebagaimana perkataan “bil ghaib” dalam ayat :

Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Rabbnya (sekalipun) mereka tidak melihatNya (Q.S. Al Faathir [35] :

18) Perkataan “yakhsyauna robbahum bil ghoib ertinya adalah takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya. Maka istilah ghaib di sini adalah tidak melihatNya
الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ
Iaitu orang yang takut akan adzab Tuhannya walaupun mereka tidak melihatNya (QS. 21:49)
Ghaib juga berarti ada, tapi tidak diketahui kecuali Allah saja seperti pada (QS. 27:65)

قُل لاَّيَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ
Perkataan “ghoib” pada ayat di atas, diapit sebelumnya dengan kata “laa ya’lamu” dan berikutnya dengan kata “illa Allah”.
Apakah Arti Ghaib Secara Istilah / Maknawiy ?

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka (Q.S. Al-Baqarah : 2-3)

Menjelaskan ayat di atas tafsir Jalalain mengatakan yang dimaksud dengan hal ghaib dalam ayat itu adalah masalah hari kiamat, syurga dan neraka.

Dia adalah Rabb Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. (Q.S. Al-Jin : 26)

Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)? (Q.S. An-Najm [53] : 35)

Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya (Q.S. Az-Zumar [39] : 46)
Menurut Jalalluddin Asy Suyuthi yang dimaksud dengan hal ghaib yang hanya Allah saja yang mengetahui itu meliputi 5 hal iaitu : Kiamat, Hujan (cuaca), Keadaan Janin Dalam Rahim, Rezeki, Dan Kematian. Hal ini berdasarkan firman Allah sbb :
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati” (Q.S. Luqman [31] : 34)

Diperkuat lagi dengan ayat lainnya bahawa di antara hal ghaib adalah masalah kematian, bila manusia mati, dan bagaimana manusia mati, di belahan bumi mana manusia mati.

Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan. (Q.S. Saba [34] : 14)

Diperkuat lagi dengan ayat lainnya bahawa di antara hal ghaib adalah masalah kiamat,

Sambungan artikel:

Sila rujuk kepada Blog-http://InvestigasiSupernatural4u.blogspot.com

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL adalah sebuah SUPER TEAM yang Aktif menjalankan kajian & penyiasatan supernatura...
05/04/2017

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL adalah sebuah SUPER TEAM yang Aktif menjalankan kajian & penyiasatan supernatural tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kejadian-kejadian aneh,misteri,mistik dan luar biasa seperti kewujudan entiti & aktiviti paranormal yang berlaku di sekeliling kita.

Segala aktiviti penyiasatan,kajian dan rakaman yang kami lakukan adalah tujuan mendidik masyarakat supaya beriman kepada Allah SWT.

Kajian dan pemahaman mengenai kewujudan makhluk-makhluk ghaib perlu dijalankan dengan penuh teliti dan berhati-hati dan perlu sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan hadis sebagai pegangan demi mengukuhkan akidah agar tidak terserong.

Namun begitu penemuan dan teori sains dan teknologi dalam kajian paranormal adalah juga perlu sebagai sumber pengetahuan. Dalam erti kata lain, masyarakat terutamanya umat Islam perlu menyedari bahawa mereka lebih harus takut kepada Allah S.W.T. daripada takutkan makhluk-mahkluk ghaib.

Dalam membincangkan topik ini, kita perlu lebih berpaksikan kepada sudut keagamaan di samping menerima pendapat, penyelidikan dan penggunaan teknologi moden yang berkaitan dengan paranormal sebagai kaedah yang lebih bersifat saintifik.

Dalam ajaran Islam, manusia adalah salah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga kita perlu mengetahui dan mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk lain yang juga diciptakan oleh Allah S.W.T.

Dengan mengkaji kewujudan makhluk-makhluk ghaib maka kita akan lebih mengetahui akan hakikat kejadian mahkluk tersebut secara umum di mana kajian ini juga akan terbatas dengan kekayaan dan kekuasaan ilmu dari Allah S.W.T. yang sesungguhnya lebih luas dan tidak mampu dicakupi oleh pemikiran manusia.

Salam Hormat:
MahaGuru Rizal
Founder & Director Anugerah Agung Supernatural Investigation
Pengasas Perguruan Haq Anugerah Agung
Anugerah Agung Inner Power Martial Arts Commando

PESANAN:Program ini dibuat berdasarkan kajian dan kepakaran dalam bidang Spiritual dan Paranormal...bukan suka2 buat atau mengkaji tanpa ilmu,nasihat saya kepada mereka diluar sana,yang ingin terlibat dalam bidang pengkajian paranormal dan spiritual,hendaklah mempunyai pengetahuan atau ilmu yang cukup,sebab alam kebatinan bukan mainan,bukan untuk sekadar cuba-cuba atau seronok2,risiko tinggi terdedah kepada gangguan makhluk halus dll...jadi lengkapkan diri Anda dengan ilmu hikmah Spiritual sebagai ikhtiar penjagaan diri sebelum melakukan aktiviti spiritual,samada utk penyiasatan mahupun dlm melakukan rawatan dll

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL merupakan sebuah Akademi Parapsikologi yang menjalankan kajian dan aktiviti berk...
31/03/2017

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL merupakan sebuah Akademi Parapsikologi yang menjalankan kajian dan aktiviti berkaitan dengan fenomena Supernatural di Malaysia.

Kami akan paparkan kepada anda beberapa maklumat yang sangat menarik terutama yang menjadi penggemar kepada dunia Metafizik atau Ilmu Ghaibiyah. Kami akan dedahkan kepada anda beberapa ilmu yang bersifat ghaib dan tersangat ghaib sehinggakan payah ditafsirkan sampai kepada ilmu-ilmu yang mudah ditafsirkan atau diilmiahkan secara Saintifik.

MENGAPA PERLU ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL? Kerana di abad 21 ini masalah seperti paranormal, hantu, jin, syaitan, sinar ozone (tenaga dalam) dan misteri kekuatan ternyata menjadi tajuk yang paling ramai dibicara, dibincangkan malah juga diseminarkan. Ianya tidak hanya berlaku di Malaysia malah meliputi hampir kesemua negara termasuk negara-negara maju.

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL kini cuba mengajak manusia untuk berfikir secara ilmiah pada perkara-perkara yang bersifat Metafizik dan menghindari perbuatan-perbuatan yang condong ke arah kesyirikan. Kita boleh percaya bahkan wajib bagi umat Islam untuk meyakini bahawa perkara-perkara yang bersifat ghaibiah memang wujud, namun bukan bererti terjerumus dalam perkara-perkara yang negatif & boleh membawa kepada syirik.

Namun demikian tidak mungkin dapat disangkal baik dari sudut agama mahupun disiplin ilmu pengetahuan bahawa misteri yang menyelubungi keghaiban masih banyak diperbincangkan / diperbahaskan samada pro dan kontra dengan bermacam-macam bahasan dan pendapat sehingga menimbulkan pelbagai pendapat dan percanggahan yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.

Oleh itu ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL tampil ke depan dan berusaha sebaik mungkin untuk meninjau dari berbagai disiplin ilmu dan sejarah yang dikemaskan dari beberapa sudut seperti falsafah, psikology, parapsikology, agama dan fizikal sebagai penjelasan samada positif (yang boleh digunakan) atau negatif (yang perlu dihindari).

ANUGERAH AGUNG INVESTIGASI SUPERNATURAL mempunyai mentor (guru) yang berpengalaman dari sudut dan ilmu Metafizik yang saling berganding bahu dalam memberikan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman.

Siapapun anda walaupun tua atau muda,lelaki atau wanita dan siapa sahaja dapat menimba ilmu dan berlatih melalui ANUGERAH AGUNG dengan lapang dada.Hanya bergantung dari KEMAHUAN anda sendiri. Bagaimana? Jika anda telah memantapkan diri anda,maka lanjutkan keinginan anda untuk menjadi suatu kenyataan……………The Ultimate Power of ZIMA.

MENTOR
MahaGuru Mohamad Rizal Bin Rosdi
Pengasas Program Anugerah Agung Investigasi Supernatural
Grand Master of Inner Power Martial Arts Anugerah Agung
Pengarah Pusat Rawatan Madinatul Asrar
Consultant,Formulator&Founder of Universal Healing System

AKAN DATANG....
29/03/2017

AKAN DATANG....

Address

No. 1, Taman Sendayan Indah, Jalan Depo, Petrajaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Investigasi Supernatural posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share