14/06/2026
YOUNG ENTREPRENEUR COUPLE – AUNI SYAFIQAH & SYAZMIM (31 TAHUN) 💑
"Apabila suami isteri bergerak sehaluan, impian menjadi lebih mudah untuk dicapai."
Auni Syafiqah dan Syazmim merupakan pasangan muda yang sama-sama memiliki latar belakang dalam bidang perakaunan.
Sebelum ini, mereka menjalani kehidupan seperti kebanyakan pasangan muda yang lain. Mempunyai kerjaya, komitmen dan impian untuk memberikan yang terbaik buat keluarga.
Namun selepas kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehidupan Auni mula berubah.
Anak perempuan mereka sering tidak sihat dan memerlukan perhatian yang lebih. Sebagai seorang ibu yang bekerja, Auni berdepan kes**aran untuk mendapatkan cuti setiap kali anaknya memerlukan penjagaan.
Sebagai seorang ibu, hatinya sentiasa berada di rumah walaupun tubuhnya berada di tempat kerja.
Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk menjalankan BE secara sepenuh masa agar dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga sambil menjana pendapatan.
Suaminya, Syazmim p**a ketika itu bekerja sebagai seorang eksekutif di MITRADE, Kuala Lumpur.
Seperti ramai pekerja profesional lain, jadual kerja yang panjang dan padat menyebabkan masa bersama keluarga menjadi sangat terhad.
Melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan isterinya serta potensi yang ada dalam BE, Syazmim akhirnya turut mengambil keputusan untuk menjalankan BE sepenuh masa bersama-sama.
Hari ini, mereka bukan sahaja membina bisnes bersama, malah membina kehidupan yang mereka impikan sebagai sebuah keluarga.
Sepanjang perjalanan bersama BE, pasangan ini telah berjaya melayakkan diri ke pelbagai destinasi BE Lifestyle Travel termasuk:
✈️ Perth
✈️ Tokyo
✈️ Melbourne
✈️ Beijing
Dan yang paling bermakna, mereka dapat menikmati perjalanan itu sambil melihat anak perempuan mereka membesar di depan mata.
Kini, puteri kesayangan mereka sudah berusia 3 tahun. 👧❤️
Masya-Allah, tabarakallah.
Kisah Auni dan Syazmim membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang pendapatan yang lebih tinggi.
Tetapi mempunyai pilihan untuk mengurus masa sendiri, membesarkan anak-anak dengan lebih dekat dan membina masa depan bersama insan yang kita sayangi.
Tahniah buat Auni Syafiqah dan Syazmim atas pencapaian sebagai Young Entrepreneur Couple.
Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pasangan muda di luar sana. ❤️