Klinik Kesihatan Bandar Tenggara

Klinik Kesihatan Bandar Tenggara Klinik Kesihatan Bandar Tenggara merangkumi 3 Felda, 7 ladang, 2 kampung Orang Asli, 2 kawasan perbandaran (Bandar Tenggara dan Petri jaya).

🦟 CUTI SEKOLAH: CEGAH DENGGI BERSAMA!Sempena cuti persekolahan, marilah kita bersama-sama memastikan rumah dan persekita...
28/08/2026

🦟 CUTI SEKOLAH: CEGAH DENGGI BERSAMA!

Sempena cuti persekolahan, marilah kita bersama-sama memastikan rumah dan persekitaran sentiasa bersih serta bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

🪣 Periksa bekas atau kawasan yang boleh menakung air.
🧹 Buang dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk.
💧 Pastikan tiada air bertakung di dalam dan sekitar rumah.
🌿 Bersihkan halaman dan persekitaran rumah secara berkala.

Jangan tunggu sehingga ada kes denggi berlaku.
Luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk Cari dan Musnah tempat pembiakan Aedes.

💚 Cuti sekolah lebih selamat, keluarga lebih sihat.

Bersama-sama kita cegah denggi! 🦟🚫

“Tiada tempat pembiakan Aedes, tiada denggi!”

27/08/2026

TREND KURUS INI SILIH BERGANTI

Dulu teh kurus.

Lepas itu pil kurus.

Bengkung sauna.

Meal replacement.

Atkins.

Jus detox.

Keto.

Intermittent fasting.

Sekarang suntikan GLP-1 p**a.

Kaedah berubah mengikut zaman.

Tetapi ayat jualan hampir sama.

“Turun tanpa bersenam.”

“Makan macam biasa.”

“Lemak pecah sendiri.”

“Hilangkan craving.”

“Turun lima kilogram dalam sebulan.”

“Ramai dah berjaya.”

Biasanya akan ada gambar sebelum dan selepas.

Testimoni pelanggan.

Bacaan penimbang.

Video orang menyuntik sendiri.

Dan cerita seseorang yang kononnya sudah mencuba semuanya, tetapi hanya berjaya selepas menggunakan produk tersebut.

Kena faham satu perkara.

Tidak semua kaedah dalam senarai ini sama.

Ada yang sekadar trend pemasaran.

Ada yang merupakan corak pemakanan.

Ada juga ubat sebenar yang mempunyai bukti saintifik dan indikasi perubatan.

Suntikan GLP-1 bukan air ajaib atau produk kurus biasa. WHO mengiktirafnya sebagai salah satu pilihan rawatan jangka panjang bagi sesetengah orang dewasa yang mengalami obesiti.

Tetapi ia perlu dinilai dan dipreskripsi oleh pengamal perubatan. Ia juga sepatutnya digunakan bersama pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan pemantauan berterusan.

Masalah bermula apabila ubat preskripsi dipasarkan seperti produk kecantikan.

Boleh order melalui WhatsApp.

Tak perlu pemeriksaan.

Tak perlu semak sejarah penyakit.

Tak perlu tahu BMI.

Tak perlu bincang kesan sampingan.

Janji bayar, barang sampai.

Permintaan yang tinggi turut membuka ruang kepada produk palsu dan sumber yang tidak dapat disahkan. WHO pernah mengeluarkan amaran mengenai semaglutide yang dipalsukan dan menasihatkan orang ramai mendapatkannya melalui preskripsi serta saluran yang sah.

NPRA p**a mengingatkan tentang risiko kesan sampingan GLP-1, termasuk loya, muntah, cirit-birit dan kemungkinan pankreatitis akut yang boleh menjadi serius.

Jika mengalami sakit perut yang kuat dan berterusan, terutama jika menjalar ke belakang serta disertai loya atau muntah, dapatkan rawatan segera.

Sebelum memilih sesuatu cara untuk menurunkan berat badan, jangan hanya tanya:

“Boleh turun berapa kilogram?”

Tanya juga:

Adakah kaedah ini mempunyai bukti?

Adakah produk atau ubat itu berdaftar?

Siapa yang menilai kesesuaian saya?

Apakah kesan sampingannya?

Bagaimana otot dan nutrisi saya dipantau?

Apa rancangan selepas saya berhenti?

Turun angka pada penimbang tidak semestinya bermaksud tubuh menjadi lebih sihat.

Dan jika sesuatu “program kurus” hanya menerangkan cara untuk membeli, tetapi tidak mempunyai rancangan untuk berhenti, itu belum menjadi pelan rawatan yang lengkap.

Trend akan terus berubah.

Biologi tubuh manusia tidak.

14/08/2026

Anak kecil sebenarnya tak pernah minta hidupnya dimulakan dengan rasa manis.

Kita yang memperkenalkannya.

Sedikit gula dalam bubur.
Biskut manis supaya dia diam.
Minuman kotak sebab “dia suka”.
Yogurt manis sebab nampak macam makanan bayi.
Kemudian lama-lama, air kosong terasa hambar dan buah pun tidak lagi cukup manis.

Yang menariknya, kesannya mungkin jauh lebih panjang daripada yang kita sangka.

Satu kajian besar yang diterbitkan dalam Science melihat satu “eksperimen semula jadi” di United Kingdom ketika catuan gula selepas Perang Dunia Kedua dihentikan.

Apabila catuan tamat, penggunaan gula hampir berganda.

Puluhan tahun kemudian, mereka yang terdedah kepada pengambilan gula lebih rendah sejak dalam kandungan hingga awal kanak-kanak didapati mempunyai risiko diabetes jenis 2 sekitar 35% lebih rendah dan hipertensi sekitar 20% lebih rendah. Permulaan penyakit juga berlaku beberapa tahun lebih lewat.

Malah, manfaat paling ketara mula kelihatan apabila sekatan gula berterusan selepas usia 6 bulan, iaitu ketika kebanyakan bayi mula diperkenalkan kepada makanan pejal.

Sebab itu 1,000 hari pertama kehidupan sangat penting.

Ia bukan bermula ketika anak sudah pandai berjalan.

Ia bermula sejak dalam kandungan.

Dan apabila bayi mula mengenal makanan, kita sebenarnya bukan sekadar mengisi perutnya.

Kita sedang memperkenalkan rasa.
Membentuk kebiasaan.
Dan mungkin menentukan apa yang dianggap “normal” oleh lidahnya untuk bertahun-tahun selepas itu.

WHO menyarankan supaya gula tidak ditambah ke dalam makanan pelengkap bayi, manakala makanan tinggi gula dan minuman manis bagi kanak-kanak kecil sebaiknya dielakkan.

Ini bukan bermaksud buah perlu dielakkan.
Bukan juga bermaksud semua karbohidrat itu jahat.

Yang menjadi masalah ialah gula bebas dan gula tambahan yang kita sebenarnya tidak perlu ajarkan kepada anak terlalu awal.

Dan ini juga bukan cerita untuk menyalahkan ibu bapa.

Hari ini gula berada hampir di mana-mana. Dalam bijirin sarapan, minuman kanak-kanak, biskut, pencuci mulut, sos malah makanan yang dipasarkan seolah-olah “sesuai untuk bayi”.

Sebab itu tugas kita bukan membesarkan anak yang “langsung tak kenal manis”.

Cukuplah jangan jadikan manis sebagai rasa yang mereka perlu cari setiap kali makan.

Kadang-kadang, hadiah kesihatan paling besar yang kita boleh beri kepada seorang anak bukan vitamin mahal.

Tetapi membiarkan lidah kecil mereka belajar bahawa makanan tidak semestinya perlu manis untuk menjadi sedap.

Public Health Malaysia

Setiap usaha untuk berhenti merokok adalah satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.🚭 Ketahui bahaya asap rokok.🚭...
11/08/2026

Setiap usaha untuk berhenti merokok adalah satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

🚭 Ketahui bahaya asap rokok.
🚭 Fahami pilihan rawatan berhenti merokok.
🚭 Dapatkan bantuan melalui mQuit dan tempah janji temu di MySejahtera.

Mulakan langkah pertama hari ini!

______________________________________________________________

Every step to quit smoking is a step closer to a healthier life.

🚭 Learn about the harms of to***co smoke.
🚭 Understand the available smoking cessation treatment options.
🚭 Get support through mQuit and book your appointment via MySejahtera.

Take your first step today!

11/08/2026

Jom warga Bandar Tenggara! ❤️

Sertai Program Derma Darah anjuran Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara dengan kerjasama PAWE Bandar Tenggara & Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

📅 Tarikh:
• 23 Mei 2026
• 15 Ogos 2026
• 7 November 2026

⏰ Masa: 9.30 pagi – 2.00 petang

📍 Tempat: Dewan PAWE Bandar Tenggara

Setitik darah anda, sejuta harapan buat mereka.

Jom jadi wira—derma darah, selamatkan nyawa!

Berminat untuk menyertai?
Sila isi pautan di bawah untuk pendaftaran 👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFaCo_IyEyyPtCB982MTawdvpGFWjwJaSyQh7Kmav2MBbMDg/viewform

Jom warga Bandar Tenggara! ❤️Mari sertai Program Derma Darah 💉💉💉Setitik darah anda, sejuta harapan buat mereka.🩸🩸Jom jad...
06/08/2026

Jom warga Bandar Tenggara! ❤️

Mari sertai Program Derma Darah 💉💉💉

Setitik darah anda, sejuta harapan buat mereka.🩸🩸

Jom jadi wira—derma darah, selamatkan nyawa!

Berminat untuk menyertai?
Sila isi pautan di bawah untuk pendaftaran 👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFaCo_IyEyyPtCB982MTawdvpGFWjwJaSyQh7Kmav2MBbMDg/viewform

📝 Isi awal link penyertaaan- hanya 100 slot tersedia!!jangan lepaskan peluang anda!!

⏰ Pendaftaran secara fizikal akan ditutup pada jam 1.30pm..datang awal untuk elak sebarang kesulitan☝️

❣️1 BEG DARAH MENYELAMATKAN 3 NYAWA

29/07/2026
Must Know!!
21/07/2026

Must Know!!

BAYI SELSEMA. JANGAN TERUS BERI UBAT SELSEMA.

Sebuah perkongsian di media sosial baru-baru ini menceritakan tentang seorang bayi berusia 4 bulan yang mengalami selsema. Ibu bapanya membeli ubat selsema (Piriton) tanpa pemeriksaan doktor.

Bayi itu kemudian dilaporkan berhenti bernafas dan akhirnya meninggal dunia.

Kita tidak dapat mengesahkan sama ada ubat tersebut menjadi punca sebenar kerana banyak keadaan lain juga boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas.

Namun, kisah ini menjadi peringatan penting.

Bayi bukan orang dewasa dalam badan yang kecil.

Apa yang selamat untuk orang dewasa belum tentu selamat untuk bayi.

Kenapa ubat selsema boleh berbahaya kepada bayi?

Piriton mengandungi chlorpheniramine, sejenis antihistamin generasi pertama.

Ubat ini boleh memasuki otak dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Pada bayi, pusat kawalan pernafasan di otak masih belum matang. Apabila ubat ini menyebabkan sedasi yang kuat, beberapa perkara boleh berlaku:

🚨 Bayi menjadi terlalu mengantuk dan sukar dikejutkan.

🚨Pernafasan boleh menjadi semakin perlahan (respiratory depression).

🚨Refleks batuk dan menelan menjadi lemah, meningkatkan risiko tersedak atau saluran pernafasan tersumbat.

🚨Dalam keadaan yang jarang tetapi serius, bayi boleh mengalami apnea, iaitu episod berhenti bernafas.

Risiko ini lebih tinggi jika dos tidak sesuai, bayi masih terlalu kecil atau mempunyai masalah kesihatan lain.

Hakikat tentang selsema

Kebanyakan selsema disebabkan oleh virus.

Ubat selsema tidak membunuh virus dan tidak mempercepatkan penyembuhan. Ia hanya bertujuan mengurangkan simptom, sedangkan pada bayi kecil, risiko kesan sampingan boleh melebihi manfaatnya.

Sebab itu, banyak garis panduan pediatrik tidak mengesyorkan penggunaan ubat batuk dan selsema secara rutin bagi kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tanpa penilaian doktor.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

✔ Teruskan penyusuan dengan lebih kerap.

✔ Gunakan titisan saline untuk membantu mencairkan hingus.

✔ Sedut hingus menggunakan nasal aspirator jika perlu.

✔ Pastikan bayi mendapat rehat yang mencukupi.

Segera ke hospital jika bayi:

• Bernafas laju atau sukar bernafas.

• Bibir atau muka kelihatan kebiruan.

• Tidak mahu menyusu.

• Terlalu mengantuk atau sukar dikejutkan.

• Demam pada bayi berumur bawah 3 bulan.

Setiap ubat mempunyai manfaat dan risikonya. Bagi bayi, jangan bergantung kepada nasihat daripada media sosial atau pengalaman orang lain. Dapatkan penilaian doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ubat.

Untuk makluman penduduk setempat 📣📣📣
20/07/2026

Untuk makluman penduduk setempat 📣📣📣

Address

Bandar Tenggara.
Kulai
81440

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6078966199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bandar Tenggara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Kesihatan Bandar Tenggara:

Shortcuts

Share