Poliklinik My Dr Kunak

Poliklinik My Dr Kunak Poliklinik yang menyediakan semua servis kesihatan bersama doktor yang berpengalaman dan mesra.
(1)

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi semangat untuk terus me...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi semangat untuk terus menjaga perpaduan, kesejahteraan dan masa depan negara.

Semoga seluruh rakyat Malaysia sentiasa dikurniakan kesihatan, keamanan dan kebahagiaan. Bersama-sama kita jaga diri, jaga keluarga dan jaga Malaysia. ❤️💙💛🤍

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Poliklinik My Dr.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ✊🇲🇾

JANGAN CUMA CAKAP, “IBU KENA KUAT.” 🤍Selepas bersalin, badan ibu masih dalam proses pulih. Tidur tak cukup, emosi beruba...
28/08/2026

JANGAN CUMA CAKAP, “IBU KENA KUAT.” 🤍

Selepas bersalin, badan ibu masih dalam proses pulih. Tidur tak cukup, emosi berubah-ubah dan bayi p**a memerlukan perhatian sepanjang masa.

Waktu begini, ibu bukan perlukan nasihat sahaja. Ibu perlukan bantuan yang nyata:

🍼 Bergilir menjaga bayi
😴 Beri peluang untuk ibu tidur dan berehat
🍲 Kalau datang melawat, bawakan makanan atau bantu kerja rumah
🥤 Pastikan ibu cukup makan dan minum
💬 Tanya khabar emosinya dan dengar tanpa menghakimi

Nampak macam bantuan kecil, tetapi boleh membuatkan ibu rasa disokong dan tidak keseorangan.

Jika rasa sedih atau cemas berlarutan lebih dua minggu, semakin teruk atau mengganggu kehidupan harian, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika timbul fikiran mahu mencederakan diri atau bayi, dapatkan bantuan kecemasan segera.

Kadang-kadang ayat, “Awak rehat dulu, saya jaga bayi,” jauh lebih bermakna daripada, “Awak kena kuat.” 🫶

DULU TEH KURUS, SEKARANG GLP-1… APA P**A SELEPAS NI? 👀Setiap zaman mesti ada satu cara kurus yang tiba-tiba jadi famous:...
27/08/2026

DULU TEH KURUS, SEKARANG GLP-1… APA P**A SELEPAS NI? 👀

Setiap zaman mesti ada satu cara kurus yang tiba-tiba jadi famous:

🍵 Teh dan pil kurus
🔥 Bengkung sauna
🥩 Diet rendah karbo
🥤 Meal replacement
🥬 Jus detox
🥑 Keto
⏰ Intermittent fasting
💉 Rawatan GLP-1

Tapi jangan anggap semuanya sama ya. ✋

❌ Pop**ar belum tentu terbukti
❌ Turun cepat belum tentu selamat
❌ Berkesan pada orang lain belum tentu sesuai untuk kita

Rawatan GLP-1 p**a bukan produk kurus biasa atau “suntikan ajaib”. Ia merupakan ubat berpreskripsi untuk individu yang sesuai dan perlu digunakan di bawah pemantauan doktor. 🩺

Sebelum ikut mana-mana kaedah, periksa keadaan kesihatan dan fahami risikonya terlebih dahulu.

Trend boleh berubah, tetapi keselamatan tetap perlu diutamakan. ✅

Pilih berdasarkan bukti, bukan sekadar testimoni. 💚

27/08/2026

Mulakan pagi anda dengan senyuman.
Kalau tak ada kawan untuk tersenyum, senyum-senyum sendirilah, asalkan jangan sampai orang panggil doktor sakit jiwa.

IPU SEDERHANA, BOLEH TERUSKAN AKTIVITI KA? 🌤️Boleh ja bah. Bacaan IPU 51–100 dikategorikan sebagai sederhana dan biasany...
26/08/2026

IPU SEDERHANA, BOLEH TERUSKAN AKTIVITI KA? 🌤️

Boleh ja bah. Bacaan IPU 51–100 dikategorikan sebagai sederhana dan biasanya nda membahayakan kesihatan umum. Jadi, nda perlu panik. Aktiviti harian boleh diteruskan macam biasa.

Cuma jangan lupa bah:

✅ Check bacaan IPU dari semasa ke semasa

✅ Minum air secukupnya

✅ Elakkan asap rokok dan pembakaran terbuka

✅ Pesakit asma, jantung atau paru-paru, teruskan ubat seperti yang doktor sudah nasihatkan

Walaupun IPU masi sederhana, jangan terus anggap sesak nafas atau sakit dada tu sebab jerebu saja. Kalau ada simptom begitu, pigi buat pemeriksaan doktor untuk tahu punca sebenar.

Kita tenang-tenang saja, tapi tetap peka dan jaga kesihatan bah. 🫁

👂 Kamu selalu kasi kuat volume TV sebab dengar kurang jelas ka?Kalau telinga rasa penuh, berair, tersumbat atau tidak se...
26/08/2026

👂 Kamu selalu kasi kuat volume TV sebab dengar kurang jelas ka?

Kalau telinga rasa penuh, berair, tersumbat atau tidak selesa, jangan kasi biar lama-lama bah. Jangan juga korek terlalu dalam pakai cotton bud, takut kotoran makin tertolak masuk.

Di Poliklinik My Dr, doktor akan check dulu keadaan telinga kamu. Lepas tu baru tentukan sama ada sesuai buat cuci telinga atau perlukan rawatan lain.

✨ Telinga lebih bersih
✨ Rasa lebih selesa
✨ Dengar pun lebih jelas

📲 Mau buat pemeriksaan telinga?
WhatsApp kami: wasap.my/60139396903

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448HMarilah kita meneladani akhlak Rasulullah SAW yang penuh kasih sayang, kesabaran dan rahmah....
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita meneladani akhlak Rasulullah SAW yang penuh kasih sayang, kesabaran dan rahmah.

Semoga kecintaan kepada Baginda sentiasa hidup dalam hati dan membimbing setiap langkah kita menjadi insan yang lebih baik. 🤍

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga Poliklinik My Dr.

🦶 QUIZ KAKI HARI INI!Kuku cengkam selalu bermula apabila…A. Kuku merajukB. Sudut kuku dipotong terlalu pendek atau s**a ...
22/08/2026

🦶 QUIZ KAKI HARI INI!

Kuku cengkam selalu bermula apabila…

A. Kuku merajuk
B. Sudut kuku dipotong terlalu pendek atau s**a dikorek
C. Kaki tak cukup tidur

Jawapannya… B! 😆

Bila tepi kuku mula tumbuh masuk ke dalam kulit, kawasan tersebut boleh menjadi sakit, merah dan bengkak. Kasut yang terlalu sempit pun boleh menambahkan tekanan pada jari kaki.

Cara mudah untuk mencegahnya:

✅ Potong kuku secara lurus
✅ Jangan potong terlalu pendek
✅ Elakkan mengorek sudut kuku
✅ Pakai kasut yang selesa dan tidak sempit

Kalau sudah sakit, bengkak atau keluar nanah, jangan terus korek sendiri. Datang ke Poliklinik My Dr untuk pemeriksaan. 👨🏻‍⚕️👩🏻‍⚕️

Pernah kena kuku cengkam? Memang kecil ja, tapi sakit dia bukan main-main! 😖

🤒 Hari ini seorang demam… esok-esok satu rumah ikut tumbang bah!Kalau anak atau ahli keluarga mula demam, batuk, sakit t...
22/08/2026

🤒 Hari ini seorang demam… esok-esok satu rumah ikut tumbang bah!

Kalau anak atau ahli keluarga mula demam, batuk, sakit tekak, sakit badan atau nampak lemah, jangan tahan-tahan di rumah saja.

Datang dulu untuk pemeriksaan. Doktor akan nilai keadaan dan cadangkan Swab Test Influenza kalau perlu.

Lebih baik periksa awal daripada tertanya-tanya di rumah, kan? 😊

📲 Boleh walk-in atau WhatsApp kami
wasap.my/60139396903

22/08/2026

Kalau badan mula rasa tidak sedap, kamu biasanya jenis mana?

🩺 A — Terus pigi klinik
⏳ B — Tunggu satu dua hari dulu
📱 C — Google simptom dulu
😂 D — Bila mama suruh, baru pigi

Komen A, B, C atau D di bawah 👇 Jangan malu-malu bah, kami mau tengok geng mana paling ramai! 😆

Address

No 6 & 7, Blok A, Maganting Plaza
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik My Dr Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik My Dr Kunak:

Shortcuts

Share