Kelab Generasi Labuan

Directions Contact the business

Kelab Generasi Labuan KELAB GENERASI LABUAN

Misi Bantuan Air Kelab Generasi Labuan (Hari ke-4) 💧​Alhamdulillah, usaha murni meneruskan penghantaran bekalan air bers...
09/10/2026

Misi Bantuan Air Kelab Generasi Labuan (Hari ke-4) 💧

​Alhamdulillah, usaha murni meneruskan penghantaran bekalan air bersih diteruskan lagi pada hari keempat ini.

Berita baik juga apabila sebahagian tempat kini sudah mula mendapat bekalan air.

​Walau bagaimanapun, pihak Kelab Generasi Labuan ingin memohon ribuan kemaafan kepada penduduk di kawasan yang masih belum sempat kami salurkan bekalan air kerana kekangan masa dan kapasiti.

Doakan agar urusan kami dipermudahkan untuk terus membantu selagi diperlukan.

​Terima kasih kepada semua sukarelawan dan pihak yang terus menyokong misi ini. 🙏

​

Misi Bantuan Bekalan Air - Hari ke-3 🚚💧​Perjuangan belum selesai!Pasukan Kelab Generasi Labuan terus komited meneruskan ...
08/10/2026

Misi Bantuan Bekalan Air - Hari ke-3 🚚💧

​Perjuangan belum selesai!
Pasukan Kelab Generasi Labuan terus komited meneruskan misi penghantaran bekalan air pada hari ketiga ini demi membantu komuniti setempat.

​Terima kasih atas kerjasama dan dedikasi semua sukarelawan yang tidak mengenal erti penat lelah.

​

💧 MISI BANTUAN AIR KELAB GENERASI LABUAN – HARI KE-2 💧Hari kedua misi bantuan air diteruskan bagi membantu penduduk yang...
07/10/2026

💧 MISI BANTUAN AIR KELAB GENERASI LABUAN – HARI KE-2 💧

Hari kedua misi bantuan air diteruskan bagi membantu penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

Kami juga ingin memohon maaf kepada semua yang telah DM tetapi masih belum menerima bekalan air. Dengan kemampuan yang kami ada, belum dapat memenuhi semua permintaan dalam satu masa.

Insya-Allah, kami akan usahakan sebaik mungkin untuk sampai kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan semua. 🤲💧

💧 MISI BANTUAN AIR KELAB GENERASI LABUAN 💧​"Hulurkan tangan, ringankan beban."​Keadaan gangguan dan terputus bekalan air...
06/10/2026

💧 MISI BANTUAN AIR KELAB GENERASI LABUAN 💧

​"Hulurkan tangan, ringankan beban."

​Keadaan gangguan dan terputus bekalan air yang melanda warga Labuan ketika ini amat menguji kesabaran penduduk setempat. Menyedari kesukaran yang dihadapi, barisan sukarelawan dari Kelab Generasi Labuan telah turun padang secara sukarela bagi membantu meringankan beban warga yang terjejas.

​Pasukan kami bergerak menggunakan lori membawa tangki air untuk mengagihkan bekalan air bersih terus kepada penduduk yang memerlukan.

komitmen ini diteruskan demi memastikan keperluan asas masyarakat kita terbela.
​
Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat memberi kelegaan kepada warga Labuan yang berdepan situasi ini.

🎯 KELAB GENERASI LABUAN DOUBLE DART CHAMPIONS 2026 2.0 🎯​📅 DATE: 17 October 2026 (Saturday)⏰ TIME: 7:15 AM (Registration...
22/09/2026

🎯 KELAB GENERASI LABUAN DOUBLE DART CHAMPIONS 2026 2.0 🎯

​📅 DATE: 17 October 2026 (Saturday)
⏰ TIME: 7:15 AM (Registration & Lucky Draw)
📍 VENUE: Dewan Sri Labuan, JKR WP Labuan
💰 ENTRY FEE: RM250
⏳ CLOSING DATE: 16 October 2026

​🏆 PRIZE STRUCTURE

GOLD PLATE
​Champion: RM4,000
​Runner-Up: RM2,000
​3rd Place: RM1,000
​4th Place: RM600
​Top 8: RM300
​Top 16: RM100

SILVER PLATE
​Champion: RM1,500
​Runner-Up: RM700
​3rd Place: RM400
​4th Place: RM300
​Top 8: RM100

​🎯 SPECIAL AWARDS (Round Robin / Knockout Stage):
​Most 180: RM100
​Highest Checkout (101+): RM100
​Highest Check Bull: RM100
​60-60-BULL: RM500

​🎁 SPECIAL LUCKY DRAW

​⚙️ GAME FORMAT:
Round Robin (RR Stage): 501 x 3
​Knockout Stage: 501 x 5
​Finals: 501 x 7

​📞 CONTACT PERSONS FOR REGISTRATION:
Arif Asrin: +60 17-867 1090
Musafandi: +60 19-872 1586

ACCOUNT BANK :
KELAB GENERASI LABUAN
1501-0002211-71-0
BANK MUAMALAT

​📱 Follow Us:
​TikTok: .generasi.labuan

​Facebook: Kelab Generasi Labuan

🔥 DOUBLE DART CHAMPIONS 2.0 EDITION 🔥​👕 Harga Mengikut Saiz:​XS - XL: RM60  ​2XL - 5XL: RM65  ​6XL - 7XL: RM70  ​🗓️ Tari...
22/09/2026

🔥 DOUBLE DART CHAMPIONS 2.0 EDITION 🔥

​👕 Harga Mengikut Saiz:
​XS - XL: RM60
​2XL - 5XL: RM65
​6XL - 7XL: RM70
​🗓️ Tarikh Tutup Tempahan: 3 Oktober 2026

​💳 Pembayaran:
​Online Transfer: 1501-0002211-71-0 (Bank Muamalat - KELAB GENERASI LABUAN)
​Tunai: Pada 17 Oktober 2026

​📋 Format Tempahan:
​NAMA PENUH:
​SIZE:
​NO HP:

​PILIHAN DESIGN (Tulis Nombor Sahaja):
​Sun Wukong (1)
​Dart & Target (2)

​📞 Hubungi:
​JUNAIDI: 013-604 1052
​ATAI: 010-825 8054

AGM KGL KALI PERTAMA: Bersidang di Ibu Negara.​Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama Kelab Generasi Labuan...
14/09/2026

AGM KGL KALI PERTAMA: Bersidang di Ibu Negara.

​Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama Kelab Generasi Labuan (KGL) yang bertempat di Kuala Lumpur. ​Bukan sekadar perjumpaan biasa, AGM kali ini memanfaatkan suasana ibu kota untuk melahirkan idea-idea segar, strategi baharu, serta program-program impak tinggi yang bakal dibawakan oleh KGL tidak lama lagi.

​Daripada perbincangan meja bulat hingga ke sesi fotografi berlatar belakangkan KLCC, semangat seluruh barisan AJK jelas membuktikan kesungguhan demi memartabatkan Kelab Generasi Labuan.

​Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan AGM ini.

​

SOKONGAN KGL BUAT WIRA PARA SUKMA LABUAN! 🇲🇾🏆​Barisan AJK Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan kunjungan mesra k...
29/08/2026

SOKONGAN KGL BUAT WIRA PARA SUKMA LABUAN! 🇲🇾🏆

​Barisan AJK Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan kunjungan mesra ke kediaman Encik Rafli Hj. Suhaili @ Jambul di Kampung Bebuloh Laut.

​KGL menyerahkan sumbangan ikhlas dan sokongan moral buat atlet angkat berat (powerlifting) kebanggaan kita ini, yang bakal mewakili Wilayah Persekutuan ke kejohanan Para SUKMA di Selangor pada 5 hingga 14 September 2026. 🔥🏋️‍♂️

​Semangat dan dedikasi Encik Rafli membuktikan fizikal bukan penghalang untuk mengharumkan nama Labuan.

Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan sukses membawa pulang pingat emas! 💪🥇
​Ayuh warga Labuan, sama-sama kita doakan kejayaan wira kita! 🔴🔵⚪
​

Sokongan Buat Anak Muda Kg. Sg. Miri Kelab Generasi Labuan (KGL) berkesempatan menyantuni anak-anak muda Kampung Sungai ...
19/08/2026

Sokongan Buat Anak Muda Kg. Sg. Miri

Kelab Generasi Labuan (KGL) berkesempatan menyantuni anak-anak muda Kampung Sungai Miri yang aktif dalam bidang perniagaan dan sukan permotoran.

Sebagai tanda sokongan, KGL turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Kelab Permotoran Kampung Sungai Miri (GERHA 69) sempena penyertaan dalam StreetTuned Test N Tune – Merdeka Edition 2026, 26–30 Ogos di Kota Belud, Sabah. 🇲🇾

Sokongan kecil, semangat yang besar. Teruskan melangkah dan harumkan nama anak muda kita! 💪🏁

​

📍 Lawatan Tapak Persediaan Double Dart Championship 2.0 2026Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan lawatan tapak k...
06/08/2026

📍 Lawatan Tapak Persediaan Double Dart Championship 2.0 2026

Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan lawatan tapak ke Dewan JKR Labuan sebagai persediaan bagi Double Dart Championship 2.0 2026 yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026.

Selepas kejayaan menganjurkan Double Dart Championship 2025 di Palm Beach Resort & Spa Labuan dengan penyertaan dari Brunei Darussalam, Sarawak, Sabah (Tanah Besar) dan Labuan, KGL kini komited untuk menjadikan edisi 2026 lebih besar, lebih meriah dan lebih berjaya.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha Kelab Generasi Labuan dalam membangunkan sukan dart di Labuan.

🎯 Jumpa anda pada 17 Oktober 2026!

Address

TG 2 Jalan NUSA INDAH, WP
Labuan
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Generasi Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Generasi Labuan:

Shortcuts

Share