Sihat Lahad Datu

Directions Contact the business

Sihat Lahad Datu Laman Rasmi Facebook
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu Sabah

01/10/2026

Rumah kita, tanggungjawab kita.

Lebih 70% tempat pembiakan Aedes ditemui di kawasan kediaman. Jadi, jangan pandang ringan bekas kecil yang boleh menakung air.

Periksa rumah setiap minggu. Buang air bertakung. Jgn lupa sental bekas. Hapuskan tempat pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

01/10/2026

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:

βœ… Cari tempat yang menakung air
βœ… Buang bekas yang tidak digunakan
βœ… Buang air bertakung
βœ… Sental permukaan bekas
βœ… Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik jika perlu
βœ… Tutup rapat bekas simpanan air

Tip mudah: Tetapkan satu hari setiap minggu, contohnya pada hujung minggu, supaya pemeriksaan rumah lebih mudah diingati dan diamalkan secara konsisten.

Jangan tunggu sehingga berlaku kes denggi di kawasan anda.

Hanya 10 minit tindakan anda setiap minggu boleh membantu melindungi seisi keluarga daripada risiko denggi.

28/09/2026
22/09/2026

🌿 SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

Jom bersama-sama kita semarakkan amalan gaya hidup sihat dan kukuhkan imuniti badan! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 24 – 27 September 2026
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu, Sabah

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda! Ayuh jadikan kesihatan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita setiap hari. πŸ₯—πŸƒβ€β™€οΈπŸš΄β€β™‚οΈ

πŸ’š Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!

Jangan lupa ajak keluarga, sahabat dan komuniti untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini. 🀝😊










Lahad Datu info,

🌿 SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI SABAH 2026πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™Jom bersama-sama kita semarakkan amalan gaya hid...
22/09/2026

🌿 SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI SABAH 2026πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

Jom bersama-sama kita semarakkan amalan gaya hidup sihat dan kukuhkan imuniti badan! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 24 – 27 September 2026
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu, Sabah

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda! Ayuh jadikan kesihatan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita setiap hari. πŸ₯—πŸƒβ€β™€οΈπŸš΄β€β™‚οΈ

πŸ’š Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!

Jangan lupa ajak keluarga, sahabat dan komuniti untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini. 🀝😊










Lahad Datu info,
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

JEREBU: LINDUNGI KESIHATAN ANDA Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas ...
08/09/2026

JEREBU: LINDUNGI KESIHATAN ANDA

Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Ketahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri dan keluarga sepanjang keadaan berjerebu.

Jom sama-sama ambil langkah berjaga-jaga dan utamakan kesihatan. πŸ’™

πŸ“’ Pesanan kesihatan ini dibawakan khas oleh:
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu



Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kan...

08/09/2026

𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πŠπ„π’ π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“ πŒπ„ππƒπ€πƒπ€πŠ! 🌫️😷

Berikutan keadaan jerebu yang melanda negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan kes jangkitan pernafasan sebanyak 124 peratus. Pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-33 baru-baru ini, kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) telah melonjak kepada 3,674 kes berbanding 1,637 kes pada minggu sebelumnya.

Susulan kira-kira 30 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, KKM amat menyarankan agar orang awam mengurangkan aktiviti di luar. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda menggunakan pelitup muka yang TEPAT:

βœ… Pelitup Muka Jenis N95:

Mampu menapis hampir 95% partikel daripada udara jerebu.

Reka bentuknya sesuai dan melekap kemas bagi menghalang udara tercemar masuk ke salur pernafasan.

❌ Pelitup Muka Biasa (3-ply mask):

Hanya menapis 12% daripada partikel halus jerebu.

Tidak melekap pada muka dan tidak kemas, membolehkan udara tercemar mudah masuk ke salur pernafasan.

Lindungi diri dan keluarga anda, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, atau sesak nafas.

07/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN KESIHATAN: JEREBU

Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya sistem pernafasan. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara yang tidak sihat.

πŸŽ₯ Saksikan video yang dilampirkan untuk mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri dan keluarga semasa keadaan berjerebu.

Pesanan kesihatan ini dibawakan khas oleh:

UNIT PROMOSI KESIHATAN
PEJABAT KESIHATAN KAWASAN LAHAD DATU

Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan dan sentiasa peka terhadap keadaan semasa.




🎀✨ JOM SERLAH BAKAT ANDA! ✨🎀🌟 Pertandingan Nyanyian (Bintang Remaja) 🌟 sempena Sambutan Bulan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ – Sihat Sejaht...
31/08/2026

🎀✨ JOM SERLAH BAKAT ANDA! ✨🎀

🌟 Pertandingan Nyanyian (Bintang Remaja) 🌟

sempena Sambutan Bulan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ – Sihat Sejahtera

🎡 Terbuka kepada semua lapisan masyarakat Lahad Datu!

πŸ’― Penyertaan adalah PERCUMA!

πŸ† Jangan lepaskan peluang untuk serlahkan bakat nyanyian anda!

πŸ“… Saringan: 6 September 2026 (Ahad)
πŸ“… Final: 26 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

πŸ“² Daftar sekarang!
Pn. Norine: 014-670 7142
En. Zul: 011-393 26795

πŸ‘‰ Scan QR dalam poster untuk pendaftaran!

πŸ“² Peserta yang telah mendaftar akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group pertandingan.

🎀 Kalau bukan kita yang cuba, siapa lagi?

Jom gegarkan pentas Lahad Datu! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

26/08/2026

πŸ“ JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU 2026

Sekitar pelaksanaan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 bertempat di Kampung Mesej Nala, Lahad Datu.

Program ini merupakan salah satu usaha mendekati komuniti secara terus dalam memperluaskan penyampaian mesej kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan pembudayaan hidup sihat.

Pelaksanaan program merangkumi aktiviti statik bersama komuniti serta aktiviti bergerak melalui pendekatan lawatan rumah ke rumah, dengan penglibatan sukarelawan MyCHAMPION sebagai jurucakap dan penggerak kesihatan di peringkat komuniti.

Antara pengisian yang dilaksanakan termasuk:
✨ Pendidikan dan promosi kesihatan
🩺 Saringan kesihatan
πŸ’Š Pendidikan penggunaan ubat secara betul dan selamat
🦷 Pendidikan kesihatan pergigian
πŸƒπŸ»β€β™‚οΈ Aktiviti fizikal dan pembudayaan hidup sihat
🏠 Temu seru serta lawatan rumah ke rumah
🌱 Kebersihan persekitaran dan pencegahan penyakit

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan MyCHAMPION, kepimpinan serta komuniti Kg. Mesej Nala dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha ini dapat terus memperkasakan komuniti untuk bersama-sama mengambil peranan dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran.

Komuniti Sihat, Negara Sejahtera πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ





Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
Lahad Datu Town
91120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sihat Lahad Datu:

Shortcuts

Share