09/09/2024
National Heritage!
Bila kakD di lamar oleh rakan journalist untuk diinterview topik mengenai penjagaan dalam pantang sejujurnya pada mulanya KakD menolak untuk di interview kerana merasakan diri ini masih kecil dan tidak layak.
Tapi setelah difikirkan semula KakD mengambil keputusan untuk menyahut cabaran demi memyampaikan sesuatu info berkenaan penjagaan didalam pantang supaya lebih ramai lagi yang tahu.
Tidak dinafikan pada zaman serba canggih sekarang ni ramai yang memgabaikan penjagaan didalam pantang secara traditional atas pelbagai alasan.
Jadi dengan terbitnya article sebegini semoga lebih ramai yg faham tentang pentingnya penjagaan dalam pantang dan semakin ramai yang mengamalkan .
Ini jugak antara pengalaman manis KakD sepanjang bergelar terapist urut ataupun confinement lady selama 8 tahun ini.