13/08/2026
LAWATAN RASMI YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KESIHATAN LENGGONG
10 OGOS 2026 merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat seluruh warga Klinik Kesihatan Lenggong apabila menerima kunjungan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan sempena lawatan rasmi beliau ke daerah Hulu Perak. Ketibaan beliau telah disambut oleh Dr. Mohd Azzahi bin Mohamed Kamel, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Lenggong.
Lawatan ini memberi peluang kepada YB Menteri Kesihatan untuk meninjau sendiri kemudahan perkhidmatan di KK Lenggong disamping berinteraksi secara langsung dengan para petugas kesihatan. Turut diadakan adalah taklimat pelaksanaan STEMI Network di KK Lenggong yang telah disampaikan oleh Dr. Nor Hanim binti Mohd. Amin, Pakar Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YB Menteri Kesihatan, barisan delegasi serta semua VIP dan tetamu kehormat yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh perkhidmatan kesihatan di peringkat primer.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Lenggong yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam persiapan, penyelarasan dan kelancaran lawatan ini. Komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan amat dihargai.