13/10/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKESO KE-55 TAHUN 2026 🇲🇾
Sambutan Hari PERKESO ke-55 tahun 2026 diraikan dengan penuh semangat dan kebersamaan oleh seluruh warga PERKESO, termasuk warga Pusat Rehabilitasi PERKESO di seluruh negara.
Sambutan ini menjadi simbol perpaduan, komitmen dan dedikasi warga PERKESO dalam memperkasa kesejahteraan pekerja serta memastikan perlindungan sosial terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO turut bersama-sama meraikan ulang tahun ke-55 ini dengan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti, memulihkan keupayaan dan membina harapan baharu bagi Orang Berinsurans (OB).
Bersama melangkah, terus berbakti demi kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.
Selamat Menyambut Hari PERKESO Ke-55! 💙
PERKESO Prihatin, Rakyat Dilindungi. ❤️