KlinikMedlife

Directions Website

KlinikMedlife ๐Ÿฅ Klinik Medlife
Providing accessible, high-quality healthcare that puts your well-being first. Save our numbersโ€”save your life. โค๏ธ

JOM BOOK APPOINTMENT SEKARANG๐Ÿ“ฒ
02/09/2026

JOM BOOK APPOINTMENT SEKARANG๐Ÿ“ฒ

20/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROMOSI MERDEKA KLINIK MEDLIFE! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฆต Knee Pain? Jangan biarkan sakit lutut mengganggu aktiviti harian!๐ŸŽ‰ Dapatkan 8% DI...
18/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROMOSI MERDEKA KLINIK MEDLIFE! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฆต Knee Pain? Jangan biarkan sakit lutut mengganggu aktiviti harian!

๐ŸŽ‰ Dapatkan 8% DISKAUN untuk rawatan Knee Pain.

๐Ÿ“… Sah sehingga 11 September 2026

๐Ÿ“ž Semabok : https://www.wasap.my/60143671824/
๐Ÿ“ž Malim: https://www.wasap.my/60143631824/

โค๏ธ Klinik Medlife โ€” Your Doorway to Better Health

03/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ**Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Penyatu Negara** ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Coretan doktor hari ini. Hari ini saya bertemu dengan seorang pesakit berusia 71 tahun. Sepanjang sesi pemeriksaan, saya cuba berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Namun, satu patah perkataan pun beliau tidak faham. Akhirnya, kami terpaksa menggunakan bantuan google translate untuk menterjemahkan setiap pertanyaan dan penerangan rawatan.

Saya p**ang dengan satu persoalan yang bermain di fikiran.

Bahasa Melayu ialah **Bahasa Kebangsaan** Malaysia. Ia bukan sekadar bahasa rasmi pentadbiran, tetapi bahasa yang sepatutnya menjadi penghubung antara seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau keturunan.

Kita berbangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya di negara ini. Setiap kaum berhak memelihara bahasa ibunda masing-masing. Namun pada masa yang sama, bukankah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk sekurang-kurangnya memahami dan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan?

Ironinya, saya pernah bertemu ramai warga asingโ€”termasuk dari Bangladesh, Nepal dan Indonesiaโ€”yang berusaha mempelajari Bahasa Melayu untuk memudahkan urusan harian dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

Lalu saya tertanya-tanya...

Di manakah silapnya? Adakah kita semakin memandang ringan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Atau adakah usaha memartabatkannya masih belum benar-benar sampai kepada semua lapisan masyarakat?

Coretan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, apatah lagi menghukum mana-mana individu. Sebaliknya, ia mengajak kita semua bermuhasabah.

Bahasa Melayu bukan milik satu kaum. Bahasa Melayu ialah milik seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita mengangkatnya sebagai bahasa perpaduan, selagi itulah identiti negara ini akan terus terpelihara.

**Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa Kebangsaan, Tanggungjawab Bersama.** ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

**๐Ÿ’” Sexless Marriage: Bila Hubungan Suami Isteri Terasa Semakin Jauh**Ramai menyangka rumah tangga yang tenang bermaksud...
06/07/2026

**๐Ÿ’” Sexless Marriage: Bila Hubungan Suami Isteri Terasa Semakin Jauh**

Ramai menyangka rumah tangga yang tenang bermaksud tiada pergaduhan. Hakikatnya, ada pasangan yang masih tinggal sebumbung, tetapi sudah lama tidak berkongsi kemesraan sebagai suami isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai **sexless marriage** โ€“ iaitu hubungan rumah tangga yang sangat jarang atau langsung tiada hubungan intim dalam tempoh yang panjang. Ia bukan sekadar isu fizikal, tetapi boleh memberi kesan kepada emosi, keyakinan diri dan keharmonian rumah tangga.

Namun, sebelum menyalahkan pasangan, cuba fahami puncanya.

Antara faktor yang sering berlaku ialah:
โค๏ธ Diabetes yang tidak terkawal.
โค๏ธ Tekanan kerja dan stres yang berpanjangan.
โค๏ธ Perubahan hormon.
โค๏ธ Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.
โค๏ธ Keletihan melampau.
โค๏ธ Konflik dan komunikasi yang semakin renggang.
โค๏ธ Masalah kesihatan seperti sakit kronik atau gangguan seksual.

Sebab itu, jangan cepat membuat kesimp**an bahawa pasangan sudah tidak menyayangi kita. Ada kalanya mereka sedang bergelut dengan masalah kesihatan atau tekanan yang tidak diluahkan.

Allah SWT berfirman:

*"Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..."*
**(Surah Al-Isra': 82)**

Ayat ini mengingatkan kita bahawa al-Quran menjadi sumber petunjuk, ketenangan dan penyembuhan hati bagi orang yang beriman. Dalam menghadapi ujian rumah tangga, termasuk hubungan yang semakin hambar, jangan putus asa untuk kembali kepada Allah, memperbaiki komunikasi, berdoa dan berusaha mendapatkan rawatan jika terdapat masalah kesihatan.

๐Ÿ’š Mencari rawatan bukan bermaksud hubungan itu gagal. Sebaliknya, ia adalah tanda kita masih mahu berusaha mempertahankan rumah tangga.

Jika masalah hubungan intim berpunca daripada diabetes, hormon, masalah ereksi, sakit ketika bersama, atau keadaan kesihatan lain, jangan malu untuk mendapatkan nasihat doktor. Banyak masalah boleh dirawat apabila dikenal pasti puncanya.

โœจ Rumah tangga yang bahagia bukan hanya tentang cinta, tetapi juga tentang komunikasi, kesihatan, kasih sayang dan ikhtiar bersama.

๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE
"Kami menjaga kesihatan fizikal dan emosi anda dengan penuh privasi."

๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE SEMABOK
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143671824/SexlessMarriage
๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE MALIM
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143631824/SexlessMarriage

๐Ÿ’™ Kesihatan adalah pelaburan terbaik.Jom amalkan gaya hidup sihat dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Menc...
11/06/2026

๐Ÿ’™ Kesihatan adalah pelaburan terbaik.

Jom amalkan gaya hidup sihat dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mencegah lebih baik daripada merawat.

โœ… Dapatkan saringan kesihatan di klinik kami untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE SEMABOK

๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143671824/

๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE MALIM

๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143631824/

10/06/2026

Nak mula urus berat badan dengan cara lebih tersusun? ๐Ÿ”ฅ
Kadang-kadang jadual sibuk, makan tak menentu dan susah nak konsisten boleh buat progress rasa perlahan.
Sebab tu Klinik Medlife Semabok & Medlife Malim sediakan Program Pengurusan Berat Badan dengan pemantauan doktor secara berkala.
Program ini sesuai untuk individu dewasa yang nak dapatkan panduan lebih teratur, bukan sekadar cuba sendiri-sendiri.
โœ… Konsultasi doktor
โœ… Body analysis lengkap
โœ… Measurement & progress tracking
โœ… Pemantauan mingguan
โœ… Panduan untuk bantu kekal konsisten
Untuk 30 orang terawal, yuran pendaftaran WAIVED ๐ŸŽ‰
Caj program bermula dari RM300/minggu.
Boleh WhatsApp dulu untuk semak kesesuaian program.
๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE SEMABOK
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143671824/turunberatbadan
๐Ÿ“ KLINIK MEDLIFE MALIM
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60143631824/turunberatbadan

Seorang wanita berusia 50 tahun datang ke klinik kerana jari tangannya bernanah dan tidak sembuh-sembuh. Apabila ditanya...
10/06/2026

Seorang wanita berusia 50 tahun datang ke klinik kerana jari tangannya bernanah dan tidak sembuh-sembuh. Apabila ditanya apakah yang telah dilakukan untuk merawat masalah tersebut, beliau menjawab bahawa pelbagai cara telah dicuba. Beliau mandi air panas, mandi air sejuk dan juga merendam jarinya dalam air batu, namun keadaannya masih tidak bertambah baik.

โ€œSaya jaga kesihatan, doktor,โ€ katanya. โ€œSaya makan sedikit dan saya juga selalu bersenam.โ€

Doktor terus mendengar dengan teliti. Pemeriksaan menunjukkan tekanan darahnya 180/90 mmHg, kadar nadi 100 seminit dan bacaan gula darah 15 mmol/L. Doktor kemudian bertanya bilakah kali terakhir beliau mendapatkan rawatan.

โ€œDah tiga tahun saya tak jumpa doktor,โ€ jawabnya perlahan.

Ketika perbualan diteruskan, wanita itu tiba-tiba menangis. Doktor cuba memahami apa yang sedang bermain di fikirannya.

โ€œKenapa puan menangis?โ€ tanya doktor.

โ€œSaya dah penat makan ubat, doktor. Banyak sangat. Ada yang kena makan dua kali sehari, ada yang tiga kali sehari. Dulu doktor suruh saya cucuk insulin empat kali sehari. Lepas itu saya terus tak mahu datang lagi.โ€

Doktor mengangguk. Kini beliau mula memahami bahawa masalah sebenar bukan sekadar jari yang bernanah. Di sebalik luka itu, tersimpan satu kisah yang lebih besar.

Wanita itu turut mengadu mengalami kegatalan di bahagian sulit sejak sekian lama. Suaminya p**a bekerja di luar negara dan kebetulan baru p**ang ke Malaysia sehari sebelumnya. Ketika itu, suaminya sedang menunggu di luar bilik rawatan dalam keadaan keletihan selepas perjalanan yang jauh.

Doktor memanggil suaminya masuk dan menerangkan keadaan isterinya. Beliau menjelaskan bahawa gula darah yang tidak terkawal selama bertahun-tahun boleh menyebabkan luka lambat sembuh serta meningkatkan risiko jangkitan dan masalah kegatalan di bahagian sulit.

Doktor kemudian bertanya, โ€œJika ada pilihan rawatan yang lebih mudah, adakah puan berminat?โ€

Wanita itu mengangkat muka dan mendengar dengan penuh perhatian.

โ€œAda rawatan suntikan yang hanya perlu diambil sekali seminggu. Bagi sesetengah pesakit, rawatan ini boleh menjadi lebih mudah berbanding mengambil pelbagai jenis ubat setiap hari. Namun buat masa sekarang, jangkitan pada jari ini perlu dirawat terlebih dahulu dengan antibiotik dan gula darah perlu dikawal supaya luka dapat sembuh.โ€

Pasangan itu bersetuju untuk memulakan rawatan semula.

Sebelum mereka p**ang, doktor sempat berpesan.

โ€œPuan, satu perkara yang ramai pesakit tidak tahu ialah diabetes bukan semestinya akan menjadi semakin teruk. Dengan rawatan yang betul, pemakanan yang baik, penurunan berat badan dan pemantauan berkala, ada pesakit yang berjaya mencapai remission diabetes.โ€

Wanita itu memandang doktor dengan penuh harapan.

โ€œMaksudnya diabetes boleh sembuh, doktor?โ€

โ€œYa, untuk sesetengah pesakit diabetes boleh mencapai remission, iaitu bacaan gula kembali terkawal dan ada yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat. Tetapi puan perlu ingat, ia memerlukan usaha yang berterusan dan pemantauan berkala. Sebab itu penting untuk puan terus berjumpa doktor dan tidak menghilangkan diri seperti sebelum ini.โ€

Wanita itu mengangguk perlahan. Buat pertama kali selepas sekian lama, dia mula merasakan masih ada harapan untuk dirinya.

Seminggu kemudian, wanita tersebut datang semula untuk pemeriksaan susulan. Jarinya semakin baik dan bengkak telah berkurangan. Bacaan gula darah juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Beliau turut memberitahu bahawa masalah kegatalan yang telah lama mengganggunya kini sudah hilang.

Ketika itulah doktor teringat bahawa kadangkala pesakit bukan tidak mahu sembuh. Mereka juga bukan sengaja tidak mematuhi rawatan.

Ada yang sebenarnya sudah penat.

Penat menelan ubat setiap hari.

Penat mengurus penyakit yang seolah-olah tiada penghujung.

Penat menghadapi tekanan hidup, kesunyian dan kesihatan yang semakin merosot.

Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai drug fatigue atau keletihan terhadap rawatan. Sebelum melabel seseorang pesakit sebagai tidak patuh kepada rawatan, kita perlu memahami sebab di sebalik tindakan mereka.

Kadangkala, apa yang mereka perlukan bukan sekadar ubat yang baharu.

Kadangkala, mereka hanya memerlukan seseorang yang sudi mendengar cerita mereka.

Dan kadangkala, apa yang mereka perlukan ialah harapan bahawa keadaan mereka masih boleh berubah menjadi lebih baik.

-Dr Tengku-

Apa beza konsultasi RM1 dengan RM100?Seorang ayah membawa anak lelakinya yang berusia 9 tahun ke klinik kerana demam, mu...
07/06/2026

Apa beza konsultasi RM1 dengan RM100?

Seorang ayah membawa anak lelakinya yang berusia 9 tahun ke klinik kerana demam, muntah selama 4 hari dan sakit perut.

Sebelum datang ke sini, beliau sudah dua kali membawa anaknya ke klinik lain. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM1 termasuk ubat. Setiap kali datang, ubat yang hampir sama diberikan dan beliau dinasihatkan supaya membawa anak p**ang, makan ubat dan berehat.

Namun selepas beberapa hari, keadaan anaknya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Muntah berterusan dan sakit perut masih ada.

Apabila datang ke klinik kami, beliau terkejut apabila perlu membayar RM100 untuk konsultasi doktor.

Semasa sesi konsultasi, doktor mengambil sejarah penyakit dengan lebih terperinci dan melakukan pemeriksaan menyeluruh. Walaupun suhu badan anak itu hanya 37.5ยฐC, doktor mendapati beberapa tanda yang membimbangkan.

Doktor kemudian berkata,

"Encik, saya syak anak encik mungkin mengalami appendicitis. Saya cadangkan encik bawa dia ke hospital sekarang untuk pemeriksaan lanjut."

Si ayah bertanya,

"Appendicitis tu apa doktor?"

Doktor menerangkan bahawa appendicitis ialah keradangan pada apendiks yang pada peringkat awal boleh menyerupai sakit perut biasa, tetapi jika lambat dirawat boleh pecah dan menyebabkan jangkitan yang serius.

Atas nasihat tersebut, si ayah terus membawa anaknya ke hospital.

Beberapa jam kemudian, diagnosis appendicitis disahkan dan anak itu menjalani pembedahan kecemasan. Syukur, semuanya berjalan lancar.

Hakikatnya, kadang-kadang pesakit merasakan mereka membayar untuk ubat.

Tetapi dalam perubatan, apa yang paling bernilai selalunya bukan ubat itu sendiri.

Ia adalah ilmu, pengalaman, kemahiran menilai simptom, mengenal pasti tanda bahaya dan membuat diagnosis yang tepat pada waktu yang tepat.

Kerana ada ketikanya, RM1 membeli ubat.

Tetapi RM100 membeli peluang untuk mengesan penyakit yang boleh mengancam nyawa sebelum terlambat.

The right diagnosis at the right time can save a life.

-Dr Tengku-

Address

NO G-11 BLOK DAHLIA 2 Jalan ZAHIR 6 TAMAN MALIM JAYA MELAKA
Malim
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KlinikMedlife posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share