Madu Hutan Surya

Madu Hutan Surya Kami pembekal dan pengedar madu hutan asli yang diambil sendiri dari hutan belantara dan bukan madu ternak.

Madu kami terjamin asli dan diiktiraf oleh makmal berdaftar.

Madu hutan… bukan diambil dari pokok tualang tetapi pokok2 hutan yang lain yang rendah dan pelbagai. RM50 sahaja sebotol...
13/03/2022

Madu hutan… bukan diambil dari pokok tualang tetapi pokok2 hutan yang lain yang rendah dan pelbagai. RM50 sahaja sebotol. Cepat sementara stock masih ada.

😔 STOK TERHAD!!! 😔🔥100% Tulen & Semula Jadi!!!!🔥Semua produk lebah dari Surya Madu Malaysia 100% tulen dan organik denga...
03/03/2022

😔 STOK TERHAD!!! 😔

🔥100% Tulen & Semula Jadi!!!!🔥

Semua produk lebah dari Surya Madu Malaysia 100% tulen dan organik dengan ujian ketulenan dari pakar.

Kualiti Terbaik
Kami komited untuk memberikan madu berkualiti tinggi hanya untuk pelanggan kami.

💥Madu Hutan Asli Surya Madu💥

Madu hutan asli Surya Madu adalah madu tulen 100% yang dituai dari sarang lebah liar. Spesies lebah liar adalah termasuk Apis Cerana (Keran) dan Apis Florea. Madu liar terkenal dengan madu enzim tinggi yang sangat baik untuk kesihatan dan kesejahteraan umum.

Kebaikan:
Sumber tenaga
Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Meningkatkan aliran darah
Baik untuk batuk dan selesema
Pengambilan:
1 sudu sebelum sarapan. 1 sudu sebelum tidur.

Berat: 500g

* Madu ini lebih sesuai untuk pengambilan orang dewasa atau kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Alahai tersesat seekor lebah apis dorsata termasuk ke dalam tong… Sayang sungguh lebah pada madunya… sanggup mati demi m...
20/02/2022

Alahai tersesat seekor lebah apis dorsata termasuk ke dalam tong…
Sayang sungguh lebah pada madunya… sanggup mati demi madu.

150kg dah masuk kotak untuk pasaran sekitar lembah klang… sesiapa di KL, seri kembangan dan puchong berminat pada MADU H...
19/02/2022

150kg dah masuk kotak untuk pasaran sekitar lembah klang… sesiapa di KL, seri kembangan dan puchong berminat pada MADU HUTAN ASLI majority pokok gelam, bole contact Surya Madu 🐝 0176767592

Prejudis khasiat maduSEJAK zaman purba madu diakui sebagai makanan berkhasiat dan dijadikan sebagai sumber tenaga yang p...
18/02/2022

Prejudis khasiat madu

SEJAK zaman purba madu diakui sebagai makanan berkhasiat dan dijadikan sebagai sumber tenaga yang penting. Kini selain berfungsi sebagai makanan tambahan, madu turut digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan.

Ia mula digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan dan kesihatan manusia.

Sering dilabel sebagai makanan tambahan dalam kategori makanan sunnah, madu mempunyai banyak khasiat. Antaranya boleh digunakan dalam membantu menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan jika diamalkan dengan cara yang betul.

Namun terdapat beberapa pandangan yang skeptikal mengenai madu sehingga mengaitkan madu sebagai punca utama diabetes. Ditambah p**a dengan peningkatan pesakit diabetes yang dirujuk di hospital dan ramai mengakui menjadi pengguna produk makanan tambahan berasaskan makanan sunnah.

Kini madu boleh dibeli di mana-mana sahaja. Sama ada ia benar-benar tulen atau tidak sukar untuk dipastikan. Lambakan madu tiruan yang banyak mengandungi gula, sekali gus memudaratkan kesihatan. Ini menyebabkan pengguna sendiri ragu-ragu untuk memilikinya.

Berikutan itu langkah yang diambil pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail yang menjadikan madu sebagai bahan kajiannya perlu dipuji.

Menurut Dr Wan Iryani, dia terpanggil menjalankan kajian secara saintifik selepas menyedari wujudnya pelbagai tanggapan tidak enak mengenai madu. Paling selalu, ada mengatakan madu tinggi kandungan gula dan boleh menyebabkan kencing manis.

“Saya agak terkejut dengan pendapat ini sedangkan madu ada disebut dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

“Mana mungkin ia mendatangkan kemudaratan jika dimakan dengan cara yang betul. Saya tegaskan, apa sahaja makanan yang baik perlu diambil secara bersederhana. Baru kita akan dapat manfaatnya. Selepas itu baru saya tahu, lambakan produk tiruan menyebabkan kebaikan madu asli ditutupi oleh keburukannya,” katanya.

Bagi membuktikan madu mampu menurunkan berat badan, dia bersama pasukannya mengambil inisiatif menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) ke atas madu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT itu berkata, penyelidikan yang dilakukannya sejak 10 tahun lali mendapati dengan hanya mengambil madu asli secara konsisten setiap pagi, selera makan seseorang boleh dikawal.

“Apabila kawalan kepada selera makan berlaku, ia dapat mengurangkan pengambilan makanan seterusnya masalah obesiti dapat ditangani,” katanya.

Menurut Dr Wan Iryani, masyarakat dahulu mengamalkan madu untuk menguatkan badan dan mengelak penyakit. Namun ia perlu diambil secara konsisten.

Madu juga antara sumber makanan yang mudah, murah dan tidak mempunyai kesan sampingan. Madu mengandungi khasiat lengkap untuk memberi tenaga kepada tubuh.

Namun ada yang mempertikaikannya dengan menyatakan madu itu manis dan mereka dapat penyakit diabetes dan berat badan meningkat selepas mengambil madu.

“Di Malaysia kadar obesiti sangat membimbangkan. Walaupun pelbagai cara dilakukan menerusi kempen kesedaran namun ia tidak mengubah peratusannya. Menerusi kajian terhadap madu saya dapati ia jenis makanan paling sesuai untuk berdiet. Ini kerana madu asli mengandungi gula ringkas yang akan bertukar menjadi tenaga apabila digunakan,” katanya.

Kajian dalam makmal

Menurut Dr Wan Iryani, dia memulakan kajiannya mengenai madu pada 2011 sehingga 2018 dengan memberinya kepada tikus putih.

“Daripada eksperimen yang dijalankan menunjukkan tikus yang diberi madu asli semakin kurus dan sihat, manakala tikus yang diberi madu tiruan semakin gemuk dan mempunyai banyak penyakit,” katanya yang menggunakan mesin menguji ketulenan bagi membezakan antara madu asli dan tiruan.

Apa yang boleh dirumuskan, amalan pengambilan madu tiruan menyebabkan berat badan kekal sama. Pada masa sama melalui penyelidikan itu juga, Dr Wan Iryani dapat mengenal pasti beberapa kaedah untuk membezakan antara madu asli dan tiruan. Selain ujian makmal dan mesin, melalui rasa, bau dan penglihatan juga boleh dipraktikkan oleh masyarakat.

“Madu asli mempunyai rasa dan bau khas seakan-akan tumbuhan dan bunga, manakala madu tiruan berbau air gula dan tengik serta rasanya terlampau manis. Madu tiruan juga warnanya lebih lut sinar dan jelas tidak seperti madu asli yang lebih keruh kerana mengandungi bahan aktif,” katanya.

Kajian mengenai madu yang dibuat Dr Wan Iryani ini melayakkannya menerima anugerah L’Oreal – Unesco Fellowship For Women In Science (FWIS) baru-baru ini, yang mengiktiraf usahanya menghasilkan kajian berinovatif dan bermanfaat kepada masyarakat.

Dia bersama dua lagi saintis wanita tempatan yang menerima anugerah berkenaan diberi wang geran berjumlah RM30,000 untuk meneruskan projek mereka.

Menurut Dr Wan Iryani, wang geran ini akan digunakan untuk meneruskan kajian dan menguji suplemen madu asli itu ke atas manusia. Pada masa sama dia akan mengenal pasti jumlah dos yang diperlukan untuk mengawal obesiti.

“Kajian seterusnya adalah sangat penting kerana saya mahu mengenal pasti dos yang diperlukan. Untuk itu madu ini akan diberikan kepada manusia yang mempunyai berat badan berlebihan.

“Saya akan memantau dan melihat bagaimana madu memberi tindak balas di dalam badan seterusnya mengkaji bagaimana madu dapat merangsang sel-sel lemak. Ini yang perlu diketahui bagi menyiapkan madu sebagai makanan tambahan sebenar menurunkan berat badan,” katanya.

Kajian ke atas manusia juga amat penting bagi menentukan dos pengambilan sama ada perlu diambil setiap hari atau sebaliknya. Sebaik menerima geran, kajian ini akan diteruskan pada tahun ini dan seterusnya.

Walaupun belum siap sepenuhnya namun menurut Dr Wan Iryani, makanan tambahan berasaskan madu asli ini dijangka menemui pasaran selepas keputusan diperoleh.

“Kini sudah ada beberapa syarikat menawarkan diri untuk memasarkan produk ini. Saya gembira sekiranya madu ini dapat memberi kebaikan kepada masyarakat terutama mereka yang ingin menurunkan berat badan,” katanya yang mendapatkan sendiri madu asli di hutan untuk analisis makmal.

(Kredit pada Artikel dari Harian Metro)

madu hutan gelam dan akasia asli1 botol 500 gram = RM50 sahajaPenghantaran ke seluruh Malaysia dibuat olehSurya Madu : 0...
16/02/2022

madu hutan gelam dan akasia asli
1 botol 500 gram = RM50 sahaja

Penghantaran ke seluruh Malaysia dibuat oleh
Surya Madu : 0176969526

Terasa mahal abaikan... sebab penat tuhan saja yang tahu....

Address

Rumah Tidak Bernombor, Lot 387, Jalan Pulau Kerengga, Kampung Rhu Muda
Marang
21600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madu Hutan Surya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share