Pusat Jagaan Sinar Insan

Pusat Jagaan Sinar Insan Palliative Care, Geriatric & Psychiatry.

27 Julai 2026Kami sudah berada di tebing jurang yang kini rapuh, menanti untuk menyambut jambatan baharu.Doakan agar jam...
27/07/2026

27 Julai 2026

Kami sudah berada di tebing jurang yang kini rapuh, menanti untuk menyambut jambatan baharu.

Doakan agar jambatan baharu nanti akan membawa pasukan ini ke arah perspektif yang lebih segar dan matang, bersesuaian dengan tempo yang semakin progresif dewasa ini.

Menunaikan ibadah, menyantuni insan. Salam Aidiladha 1447H.Pusat Jagaan Sinar Insan merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
02/06/2026

Menunaikan ibadah, menyantuni insan.

Salam Aidiladha 1447H.

Pusat Jagaan Sinar Insan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Azmi kerana memilih untuk berkongsi rezeki korban bersama warga PJSI 🤝❤️

Merchang Glamping Park Campsite 🏕️Alhamdulillah, seramai beberapa orang penghuni terpilih telah diberi peluang menyertai...
24/05/2026

Merchang Glamping Park Campsite 🏕️

Alhamdulillah, seramai beberapa orang penghuni terpilih telah diberi peluang menyertai aktiviti glamping kali ini sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka.

Pemilihan dibuat berdasarkan penilaian disiplin, komitmen, penglibatan aktiviti serta perkembangan diri masing-masing.

Orang tua-tua berpesan, genggam bara api biar sampai jadi arang. Setiap usaha yang dilakukan dengan kesungguhan pasti ada nilainya.

Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.

20 Mei 2026Telah berlangsung majlis tahlil buat semua arwah penghuni yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga be...
23/05/2026

20 Mei 2026

Telah berlangsung majlis tahlil buat semua arwah penghuni yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga besar Pusat Jagaan Sinar Insan.

Patah tumbuh hilang berganti, namun yang telah pergi tetap meninggalkan bekas di hati setiap yang mengenali.

Penghargaan dirafakkan kepada Ustaz Wan Khairudin atas kesudian memenuhi undangan serta memimpin majlis dengan penuh khusyuk ❤️

Jutaan terima kasih buat wakil kakitangan Klinik Primer Cherang, cawangan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Cik Nur Batrisya A...
19/05/2026

Jutaan terima kasih buat wakil kakitangan Klinik Primer Cherang, cawangan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Cik Nur Batrisya Aqilah dan Cik Lydia Balqis bagi menjayakan prosedur pengambilan darah 9 orang penghuni PJSI yang layak untuk Program PEKA demi memastikan saringan kesihatan dan pemantauan kesihatan pesakit berjalan lancar.

Antara ujian yang dijalankan termasuk pemeriksaan gula darah, fungsi buah pinggang, kolesterol dan FBC.

Jutaan penghargaan yg tidak terhingga kepada Persatuan Hoki Negara di atas kesempatan yang diberikan kepada Pusat Jagaan...
12/04/2026

Jutaan penghargaan yg tidak terhingga kepada Persatuan Hoki Negara di atas kesempatan yang diberikan kepada Pusat Jagaan Sinar Insan ini.

Usaha hebat dari Cikgu Fikri dan En. Rafhan Harun yang telah bekerja keras untuk menjayakan salah satu daripada kecaknaan terhadap para pemain dan juga bekas pemain demi memartabatkan prestij sukan patut dijadikan sebagai garis ukur untuk semua.

Semoga momentum ini akan terus kekal sejajar dengan perkembangan masakini.

Kami dari Pusat Jagaan Sinar Insan juga memohon jutaan kemaafan andai ada sebarang silap dan kesulitan.

Segala yang telah diberikan amat bermakna pada kami 🫰

Alhamdulillah, sambutan Rumah Terbuka sempena Syawal ke-4 di Pusat Jagaan Sinar Insan berlangsung dengan penuh kemeriaha...
26/03/2026

Alhamdulillah, sambutan Rumah Terbuka sempena Syawal ke-4 di Pusat Jagaan Sinar Insan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran 🤍

Lebih 400 keping pinggan polisterin habis digunakan, menandakan sambutan yang sangat meriah dengan kehadiran para tetamu yang tidak putus-putus.

Turut menceriakan majlis, disediakan candy wall khas untuk para tetamu mengambil gula-gula dan manisan, serta backdrop raya sebagai lokasi persinggahan untuk tetamu bergambar bersama klien masing-masing sebagai kenang-kenangan indah ✨

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sentiasa menyokong kami 💙

Alhamdulillah.. dengan penuh rasa syukur dan seikhlas hati, naratif yang dibawa pada tahun ini berjaya direalisasikan de...
23/03/2026

Alhamdulillah.. dengan penuh rasa syukur dan seikhlas hati, naratif yang dibawa pada tahun ini berjaya direalisasikan dengan lebih meluas dan bermakna.

Di sini, kami bukan sekadar sebuah pusat jagaan. Kami adalah satu keluarga. Tiada jurang, tiada perbezaan.

Tahun ini, kita semua berkongsi kegembiraan yang sama, beraya bersama, sebagai satu hati dan satu rasa 🥰

Raya tahun ini sedikit kelainan buat kami 🤍Pagi Syawal dimulakan dengan alunan takbir raya, diikuti dengan jamuan sederh...
21/03/2026

Raya tahun ini sedikit kelainan buat kami 🤍

Pagi Syawal dimulakan dengan alunan takbir raya, diikuti dengan jamuan sederhana bersama penghuni.

Kemudian kami turut beraya menziarahi jiran sekitar, mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin 🤗

Yang lebih istimewa, penghuni turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berniaga, sekali gus memupuk keyakinan diri buat mereka.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Maaf zahir dan batin daripada kami di Pusat Jagaan Sinar Insan.Terima kasih atas segal...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Maaf zahir dan batin daripada kami di Pusat Jagaan Sinar Insan.

Terima kasih atas segala sokongan, kasih sayang dan keprihatinan yang diberikan kepada penghuni-penghuni di sini ☺️

Address

9728-A Taman Melati, Jalan Bukit Kor, Rhu Rendang
Marang
21600

Telephone

+60129441283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Sinar Insan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Jagaan Sinar Insan:

Shortcuts

Share