17/07/2026
Makluman Awal Situasi & Tindakan Bersepadu Wabak Denggi Daerah Johor Bahru
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan strategik dan anggota operasi.
Untuk makluman awal, situasi kes denggi di Daerah Johor Bahru kini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan, di mana setakat Minggu Epidemiologi 27 (ME 27/2026), jumlah kumulatif kes tahunan telah mencecah 4,212 kes dengan 434 kes baharu dilaporkan dalam minggu tersebut sahaja.
Peningkatan mendadak ini mencatatkan lonjakan sebanyak 334% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Bagi memutuskan rantaian jangkitan ini dengan serta-merta, satu tindakan pengawalan agresif berskala besar akan digerakkan secara menyeluruh merangkumi strategi berikut:
1. Gerakan Operasi Pemeriksaan Premis: Pemeriksaan komprehensif dan penguatkuasaan Search & Destroy di premis-premis dalam kawasan wabak aktif bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
2. Projek Mega Gotong-Royong (Goro) Cegah Denggi: Mobilisasi komuniti bersama Ahli Majlis dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk pembersihan sisa pukal serta persekitaran bagi mengurangkan risiko pembiakan vektor secara tuntas.
3. Pemasangan Teknologi Vektor (Mass AMHS & Sticky Trap): Pemasangan Mass Aedes Tech Mosquito Home System (AMHS) dan perangkap sticky trap secara entoforce di lokaliti wabak terpilih (khususnya kawasan yang mencatatkan lebih daripada 5 kes) sebagai langkah biologi jangka panjang.
Oleh yang demikian, situasi kritikal ini amat memerlukan kerjasama padu dan komitmen daripada semua pihak bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) di bawah struktur Incident Management System (IMS). Kesepaduan tindakan kita di lapangan adalah kunci utama bagi memastikan Johor Bahru kembali selamat dan bebas daripada ancaman wabak denggi.
Bersama Kita Banteras Denggi!