Klinik Anda 24 Jam Melor

Klinik Anda 24 Jam Melor 🏥 DIBUKA 24 JAM SETIAP HARI
✅ DOKTOR WANITA
✅SSM : 202301022394 (1516317-A)

25/08/2026

📢 HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT MELOR & SEKITAR

🏥 KLINIK ANDA MELOR KINI MEMPUNYAI 52 PANEL!

Berita baik untuk anda! 💙
Klinik Anda Melor kini menerima 52 panel bagi memudahkan anda mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah dan selesa.

✨ Tak perlu risau tentang kos rawatan.
✨ Semak kelayakan panel anda sebelum mendapatkan rawatan.
✨ Rawatan mudah, cepat dan mesra di Klinik Anda Melor.

📍 Klinik Anda Melor
Jom dapatkan rawatan bersama kami!

📞 Hubungi kami untuk mengetahui senarai panel yang terlibat.

25/08/2026
20/08/2026

🚨 Darah tinggi boleh datang tanpa disedari. Anda dah periksa BP hari ini?

Jangan tunggu sehingga muncul tanda amaran baru nak bertindak. ⚠️
Pantau tekanan darah secara berkala dan ambil serius jika bacaan kekal tinggi. 🩺

13/08/2026

🧠 sakit kepala: apakah puncanya?

Sakit kepala merupakan simptom yang biasa berlaku dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

⚠️ bila perlu jumpa doktor dengan segera?

Dapatkan pemeriksaan segera jika sakit kepala disertai dengan:
🚨 loya atau muntah
🚨 pengsan, sawan atau kekeliruan
🚨 kelemahan atau kebas pada sebelah badan
🚨 masalah pertuturan/penglihatan
🚨tekanan darah terlalu tinggi

Jangan abaikan sakit kepala yang luar biasa atau berbeza daripada kebiasaan. 🩺

12/08/2026

🍬 MITOS ATAU FAKTA? Makan Gula Selalu Menyebabkan Diabetes? 🤔

⚠️ FAKTA, TETAPI…

Pengambilan makanan dan minuman tinggi gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes, terutamanya apabila menyumbang kepada berat badan berlebihan.

Namun, diabetes bukan disebabkan oleh gula semata-mata. Faktor seperti genetik, berat badan, pemakanan dan gaya hidup juga memainkan peranan.

Apa yang boleh kita lakukan?
🥤 Kurangkan minuman manis.
🍰 Hadkan makanan tinggi gula.
🥗 Amalkan pemakanan seimbang.
🏃‍♀️ Kekalkan gaya hidup aktif.

Ingat! Kurangkan gula, jaga kesihatan. ❤️

Address

KLINIK ANDA 24 JAM MELOR
Melor
16400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Melor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Melor:

Shortcuts

Share