19/08/2026
𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝙋𝙊𝙍𝙏𝘼𝘽𝙇𝙀 𝙑𝙀𝙉𝙏𝙄𝙇𝘼𝙏𝙊𝙍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝙐𝙇𝙏𝙍𝘼𝙎𝙊𝙐𝙉𝘿 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
𝟏𝟕 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Hospital Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Ibu Pejabat Negeri Johor atas sumbangan barangan perubatan, dua 𝑷𝒐𝒓𝒕𝒂𝒃𝒍𝒆 𝑽𝒆𝒏𝒕𝒊𝒍𝒂𝒕𝒐𝒓 dan dua Mesin 𝑼𝒍𝒕𝒓𝒂𝒔𝒐𝒖𝒏𝒅
Sumbangan ini disalurkan menerusi “𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐒𝐭𝐨𝐜𝐤𝐩𝐢𝐥𝐞” Siri Kedua Tahun 2026 yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai satu inisiatif dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta menyokong keperluan perkhidmatan Kesihatan.
Semoga sumbangan yang amat bermakna ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan kesihatan serta memberikan manfaat kepada pesakit yang menerima rawatan di Hospital Mersing.
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan komitmen berterusan dalam bersama-sama memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Negeri Johor.
"𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆"
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Redzuan Ab Hamid