Klinik Ibrahim

Klinik Ibrahim Klinik Ibrahim Jalan Salleh Muar
No Tel: 069510518
Opening Hours: 9am-9pm
INSTAGRAM : klinik_ibrahim

Anda peniaga kedai makan 👩‍🍳🧑‍🍳👨‍🍳👨‍🍳Dh vaccine ke tu🤔Jangan pentingkan diri ingatlah org lain seperti keluarga sendiri💯
26/02/2026

Anda peniaga kedai makan 👩‍🍳🧑‍🍳👨‍🍳👨‍🍳
Dh vaccine ke tu🤔
Jangan pentingkan diri ingatlah org lain seperti keluarga sendiri💯

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua 😊Salam Ramadhan Kareem Semua😊Sepanjang ramadhan ni malam kita tutup tau☺️Ja...
26/02/2026

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua 😊
Salam Ramadhan Kareem Semua😊
Sepanjang ramadhan ni malam kita tutup tau☺️
Jaga diri semua semoga semua dalam keadaan yang baik

08/03/2025
08/03/2025

RAMADHAN KAREEM SEMUA☺️

‼️SLOT SUNAT UNTUK CUTI SEKOLAH  ‼️Pada 15,16,17,18 FebruariCall kita utk booking 06 951 0518
23/01/2024

‼️SLOT SUNAT UNTUK CUTI SEKOLAH ‼️
Pada 15,16,17,18 Februari
Call kita utk booking 06 951 0518

30/08/2023
BUASIR BERDARAH?Masalah buasir sangat kerap berlaku pada mereka yang :1) s**a menaran semasa membuang najis2) s**a duduk...
08/06/2023

BUASIR BERDARAH?

Masalah buasir sangat kerap berlaku pada mereka yang :

1) s**a menaran semasa membuang najis
2) s**a duduk lama dalam posisi mencangkung
3) sembelit
4) obes
5) mengandung
6) memikul barang berat atau senaman angkat besi
7) kurang makan makanan berfiber

Setiap kali buang air darah keluar banyak dan meleleh. Jangan malu datang ke klinik. Rawatan sewajarnya boleh diberikan. Salah satu rawatan yang baik apabila anda ada buasir adalah ' Band Ligation Banding '

Band ligation atau ikat pangkal bausir mengunnakan getah. Prosesnya cepat dan selamat. Prosedur ini dapat meghentikan darah, sakit dan juga mengecut kan buasir anda kurang dari satu minggu.

Jika anda mempunyai masalah ini, jangan malu dan sila ke klinik berdekatan yang menyediakan servis band ligation.

8/6/2023
Dr Muhammad
Klinik Ibrahim Muar

Solat tak boleh sujud? Lutut ketat dan sakit?Ramai orang mengalami masalah ini apabila umur sudah mencecah 50 tahun dan ...
25/05/2023

Solat tak boleh sujud? Lutut ketat dan sakit?

Ramai orang mengalami masalah ini apabila umur sudah mencecah 50 tahun dan ke atas.
Naik tangga dan turun tangga sakit, jalan lama sakit, bersenam sakit, dalam solat tak boleh rukuk dan sujud.
Tulang lutut mula rapat dan bergesel antara satu sama lain. Minyak pelincir lutut mula berkurang.
Penat makan ubat tahan sakit hari-hari tapi tetap sakit.
Jom cuba ikhtiar dapatkan rawatan lutut di Klinik Ibrahim Jalan salleh Muar.
Kami sediakan rawatan suntikan ubat pelincir lutut bagi mengurangkan kesakitan lutut anda. Jangan tangguh dikhuatiri sakit bisa lutut makin teruk.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 06-9510518 atau hantarkan pesanan di fb ini.

Musim Panas Luar Biasa Sampai OgosKes strok haba meningkat beberapa hari lepas. Bagi mereka yang bekerja di bawah pengha...
15/05/2023

Musim Panas Luar Biasa Sampai Ogos

Kes strok haba meningkat beberapa hari lepas. Bagi mereka yang bekerja di bawah penghawa dingin pun boleh rasai bahangnya apatah lagi yang kerja terus di bawah matahari.

Secara ringkas strok haba berlaku apabila badan terdedah pada persekitaran suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama sehinggakan badan kita gagal untuk menyejukkan diri dengan peluh dan mekanisma penyejukan lain.

Antara simtom-simtom strok haba ialah:

- pening kepala
- muntah-muntah
- jantung berdegup laju
- pengsan
- sawan
- mati

Strok haba adalah kondisi yang sangat bahaya. Jika tidak di rawat secara segera kegagalan organ untuk berfungsi boleh berlaku dan menyebabkan kematian.

Antara langkah-langkah yang boleh di amalkan sepanjang musim panas ini adalah:

1) Pakailah pakaian yang ringan dan longgar berwarna terang yang dapat memantulkan cahaya matahari dan menjaga diri anda sejuk.

2) Makan makanan yang sejuk: Makan makanan seperti tembikai, timun, dan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan kandungan air yang tinggi dapat membantu anda untuk kekal hidrasi.

3) Guna air mandian sejuk: Mandi air sejuk bagi membantu menurunkan suhu dan menyejukkan badan anda.

4) Rancang aktiviti di luar dengan bijak: Jika anda perlu berada di luar, rancang aktiviti di awal pagi atau lewat petang apabila matahari kurang kuatnya.

5) Pastikan anda sentiasa meminum air : Pastikan minum air sekurang kurangnya 1.5 liter sehari.

Sila jaga orang tersayang di sekeliling anda, hanya dengan sikit perubahan gaya hidup, banyak kesan positif yang sama-sama kita dapat nikmati.

15/5/2023
Dr Muhammad
Klinik Ibrahim Muar

Makluman untuk semua ❗️❗️❗️
28/04/2023

Makluman untuk semua ❗️❗️❗️

Address

Jalan Salleh Muar
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 12:30
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Ibrahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share