Cikgu Diet

Cikgu Diet Turun Berat Badan Dengan Ilmu. Bukan Dengan Nafsu...

Korang nak kurus tapi tak pernah baca label nutrisi.📦 Bila pegang makanan, jangan tengok packaging depan je.Nampak "Low ...
27/08/2026

Korang nak kurus tapi tak pernah baca label nutrisi.

📦 Bila pegang makanan, jangan tengok packaging depan je.

Nampak "Low Fat", "High Protein", "No Sugar Added" , " No trans Fat" , "High Fiber" terus ingat makanan tu boleh buat turun berat.

❌ Salah!

Ada 4 benda yang wajib tengok:
1️⃣ Serving Size (Saiz Hidangan).
Kalau satu paket ada 4 serving size, tapi korang habiskan satu paket...
➡️ Semua kalori, gula dan lemak kena darab 4.

2️⃣ Kalori yang tertera adalah untuk 1 serving, tak semestinya satu paket.

Contoh serving per pack : 4
Per serving : 250 kcal

Bermaksud 1 paket :
250 kcal × 4 serving = 1,000 kcal.

Pergh.

3️⃣ Protein & Gula.
Kalau nak kenyang lebih lama, always pilih makanan dengan protein lebih tinggi.

Dan jangan tengok "No Added Sugar" je.
➡️ Semak Total Sugar/ Carbo, sebab gula semula jadi pun tetap dikira dalam jumlah gula/ karbo.

4️⃣ Jumlah trans fat atau saturated fat .
Paling bagus avoid makanan berproses yg ada atau tinggi trans fat atau saturated fat. Monounsaturated fats atau polyunsaturated fats ok sebab mereka sejenis lemak baik.

Dalam poultry, telur, susu,santan dan some minyak yg digunakan sebagai tumisan dah cukup kandungan lemak tepu. Tak perlu tambah dari makanan berproses lain.

⚠️ Tinggi lemak bermaksud tinggi kalori.

Korang pernah tertipu dengan label "Low Fat" atau "High Protein" kan?
Ingatkan makanan tu sihat, padahal bila baca label nutrisi... karbo tinggi..kalori tinggi‼️

Ha.. jaga jaga.....

Plus point‼️‼️
Kenali kelas makanan. Kalau korang memang tengah cari sumber karbohidrat yang lebih baik untuk diet, jangan terkejut kalau karbohidrat paling tinggi pada label nutrisi.

Memang itu kelas dia. Jadi, jangan bandingkan karbo dengan protein / lemak.

Compare sesama makanan berkarbohidrat pada saiz hidangan yang sama. Barulah comparison tu adil.

-Dah turun 12kg
-Dah berat ideal
- Bertahun maintain berat
-15 tahun ajor turun berat
-Coaching diet semulajadi tanpa guna produk
-PM ok kalau nak join

09/07/2026

🗣️ "Orang dulu tak ada hibah, tak ada medical card... elok je hidup sampai tua."
👩‍🏫 Betul ke?

Kita tak tahu cerita sebalik pintu.

Dulu tak ada media sosial. Harini, tiap hari kita baca berita...

• Suami meninggal mengejut.
• Suami diserang stroke.
• Kemalangan dan hilang punca pendapatan.
• Bil hospital cecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Mungkin orang dulu dulu:
✅ Tinggal atas tanah sendiri. Ada kebun, ada hasil tanaman, ada ternakan untuk teruskan hidup.

✅ Kos sara hidup jauh lebih rendah berbanding harini.

✅ Ramai cakna pemilikan aset seperti tanah. Bila emergency, aset tu boleh dijual / jadi sumber kewangan.

Harini pulak...
❌ Rumah sendiri pun ramai belum boleh miliki.
❌️ Komitmen dan kos hidup tinggi.
❌ Emergency savings pun tak ramai ada. In fact, ramai tak cukup duit bila hadapi dugaan kewangan yg besar.
❌ Bila ditimpa musibah, family terpaksa bergantung kepada derma atau bantuan orang ramai. Nauzubillah..

Hari ini, kita tak perlu ada tanah berbidang. Cukup rancang kewangan dengan betul. Ketepikan 7-10% je tiap bulan. Maka ibu ayah sudah sediakan payung sebelum hujan.

✔️ Medical card bantu cepatkan rawatan dan cover kos rawatan yg besar & mahal.
✔️ critical illness protector adalah pampasan yg gantikan income kalau tak mampu lagi bekerja.
✔️ Hibah bantu keluarga teruskan kehidupan kalau berlaku sesuatu kepada pencari nafkah.

"Takpe Allah ada. Allah pasti tolong"
💯 Betul. Tapi setelah kita berusaha ubah nasib hidup, serta merancang kewangan dengan betul. Kalau takdir berkata sesuatu, keluarga tak perlu merayu meminta-minta dari orang lain.

Jom borak face to face/ voice call/ video call.

Rafiki Ahmad AIA Takaful | Saya Tolong Rancang Korang Tenang

08/07/2026

Korang para isteri pernah tak tiba tiba terfikir...

"Kalau Allah ambil suami dulu, macamana kehidupan aku & anak2x lepas tu?"

💭 Adakah akan struggle bayar sewa/ansuran rumah?
💭 Adakah ada persediaan duit belanja anak-anak, makan, pakai?
💭 Yuran sekolah?
💭 Bil hospital?
💭 Boleh teruskan byr hutang/komitmen?

As takaful planner, saya selalu jumpa ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab... tetapi tak sempat buat persediaan.

Hibah ni benda tak nampak tau.
Dia tak rasa nikmat bayar tiap bulan.
Tak macam spend duit pada makanan dan percutian.

Tapi..
Hibah ni lah menyelamatkan kehidupan anak&isteri selepas sosok bapa diambil kembali oleh Illahi.

Saya tak boleh hilangkan kesedihan seorang isteri.

Tetapi saya boleh tolong susun dan rancangkan Hibah supaya at least, dia tak perlu tanggung beban yang sangat berat itu sendirian ketika melalui saat paling getir dalam hidup.

Para suami, tanya diri sendiri sekarang..

"Kalau Allah ambil aku dulu, macamana nasib anak2x dan isteri?"

Kalau fikiran masih berkabus, mungkin dah tiba masa kita berbincang.

Jom. Dm saya utk kita jumpa one on one / voice call/ video call.

Rafiki Ahmad AIA Takaful | Saya Tolong Rancang Anda Tenang.

07/07/2026

Korang nak kurus tapi nak minum matcha. Tapi takut kacau diet. Tapi nak matcha‼️

Argh dilema!

Alah, beli je.

Tapi jangan terus habis dan dan tu jugak.

Kena pandai susun strategi bahagi kalori & gula.

Cuba lah bahagi 3. Suku harini, suku esok, suku lusa.

Macam kitorang ni ha.

Minum suku je. Buat icip icip sambil fefeling angin petang.

Pastu bawak balik simpan fridge. Esok icip icip lagi.

Tak pernah habis ye kalau beli air berperisa.

Mesti bawak balik. 2-3 hari baru habis😆

Dulu tak macam ni.
Tapi sebab didik diri sendiri.
Lama2x jadi kebiasaan.
Thats why berat pun susah bounce back‼️

-Dah turun 12kg
-Dah berat ideal
-Dah bertahun maintain berat
-15tahun ajor turun berat
- Kelas diet semulajadi takde guna produk kurus
-Dm ok kalau nak join

Reta ni berfungsi dengan bertindak pada 3 hormon serentak:✔️ Kurangkan selera makan✔️ Buat kenyang lebih lama✔️ Bantu ti...
28/05/2026

Reta ni berfungsi dengan bertindak pada 3 hormon serentak:
✔️ Kurangkan selera makan
✔️ Buat kenyang lebih lama
✔️ Bantu tingkatkan pembakaran tenaga & lemak

Ramai anggap ia mungkin lebih powerful daripada generasi GLP-1 sebelum ni seperti Ozempic, Wegovy & Mounjaro.

TAPI…

Walaupun hasil kajian nampak sangat impressive, ubat ni masih dalam fasa kajian klinikal dan belum diluluskan secara meluas.

Dan penting untuk faham.. Ubat bukan “magic solution”. Lifestyle, tidur, stress, pemakanan & emosi tetap main peranan besar. Reta ni sebagai pembantu sahaja.

Address

Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Diet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cikgu Diet:

Shortcuts

Share