Pergigian Daerah Muar

Call Directions Website

Pergigian Daerah Muar Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian serta promosi kesihatan pergigian

๐Ÿฆท SENYUMAN SEPANJANG HAYAT ๐Ÿ˜๐Ÿ’šKesihatan gigi dan mulut amat penting bagi warga emas untuk menikmati kehidupan yang lebih ...
02/10/2026

๐Ÿฆท SENYUMAN SEPANJANG HAYAT ๐Ÿ˜๐Ÿ’š

Kesihatan gigi dan mulut amat penting bagi warga emas untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat, selesa dan berkualiti. Jom amalkan 5 langkah mudah untuk mengekalkan senyuman sepanjang hayat:

๐Ÿชฅ Kekalkan kebersihan mulut โ€“ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
๐Ÿฅ— Amalkan pemakanan sihat โ€“ Pilih makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
๐Ÿฆท Lakukan pemeriksaan berkala โ€“ Kunjungi klinik pergigian secara berkala.
๐Ÿšญ Jauhi tabiat berisiko โ€“ Elakkan merokok dan pengambilan v**e.
๐Ÿ’™ Rawat masalah gigi dengan segera โ€“ Jangan abaikan sakit gigi, gusi berdarah atau gigi longgar.

Kredit: Dr Wan Ting (KP Bakri), Dr Ezzah (KP Muar)




๐Ÿซ€ Pesakit Jantung, Doktor Gigi Nak Pesan!Jika anda mempunyai penyakit jantung, ๐Ÿ’Š Bawa senarai ubat yang diambil๐Ÿ“‹ Maklumk...
29/09/2026

๐Ÿซ€ Pesakit Jantung, Doktor Gigi Nak Pesan!

Jika anda mempunyai penyakit jantung,

๐Ÿ’Š Bawa senarai ubat yang diambil
๐Ÿ“‹ Maklumkan sejarah rawatan/pembedahan jantung/keputusan INR
๐Ÿฉธ Beritahu jika mengambil ubat pencair darah

Maklumat ini penting supaya rawatan pergigian dapat dirancang dengan selamat dan sesuai untuk keadaan kesihatan anda. โค๏ธ

Kredit: Dr Gan Jia Yan (KP Bakri) , Dr Gan Ming Jie (KP Muar), Dr Ain Najwa Binti Mohd Hakimi (Kp Lenga)




๐Ÿฆท LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE FASILITI PERGIGIAN DAERAH MUAR๐Ÿ“ 21 September 2026 | Muar, JohorTelah ...
22/09/2026

๐Ÿฆท LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE FASILITI PERGIGIAN DAERAH MUAR

๐Ÿ“ 21 September 2026 | Muar, Johor

Telah berlangsung Lawatan Kerja Yang Berusaha Dr Mohtar bin Pungut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan wakil- wakil Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan JKNJ ke fasiliti pergigian di Daerah Muar pada 21 September 2026.Lawatan ini telah diiringi oleh Dr Nuraida,Pegawai Pergigian Daerah Muar dan En Idris selaku Juruteknologi Pergigian yang membantu dalam memantau projek pembangunan di daerah.

Lawatan kerja ini melibatkan kunjungan ke Klinik Pergigian Muar (KP Muar) serta Projek Naik Taraf Klinik Pergigian Parit Jawa (KP Parit Jawa).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan keperluan semasa fasiliti pergigian serta mendapatkan gambaran secara langsung mengenai perkembangan dan kemajuan projek naik taraf KP Parit Jawa.

Turut diberi perhatian adalah aspek infrastruktur, persekitaran fasiliti dan keperluan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat menyokong pemberian perkhidmatan pergigian yang berkualiti, selamat dan selesa kepada masyarakat.

Lawatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan perkhidmatan pergigian dalam memperkukuh serta menambah baik fasiliti kesihatan selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Bersama memperkukuh perkhidmatan pergigian demi kesejahteraan masyarakat. ๐Ÿฆท๐Ÿ’™









LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) MUARPada 11 September 2026, Dr Nuraida binti Daud, Pegawai P...
13/09/2026

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) MUAR

Pada 11 September 2026, Dr Nuraida binti Daud, Pegawai Pergigian Daerah Muar diiringi Dr Adni binti Hamdan, Penyelaras Sekolah Peringkat Daerah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar yang disantuni oleh Tuan Hj Rahman@Abdul Rahman bin Selamat, Pegawai Pendidikan Daerah Muar bersama Encik Rostam bin Harun, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid).

Kunjungan ini merupakan satu usaha dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Perkhidmatan Pergigian Daerah Muar dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar dalam meningkatkan tahap kesihatan pergigian murid di daerah Muar.

Perjumpaan ini berlangsung dengan sesi bertukar pandangan, membincangkan keperluan semasa serta kerjasama dalam program promosi kesihatan pergigian dalam kalangan murid sekolah.

Kerjasama erat antara sektor kesihatan dan pendidikan amat penting bagi memastikan mesej serta amalan penjagaan kesihatan mulut dapat diterapkan secara terus dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah.

Diharap dengan pertemuan ini dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pergigian di sekolah-sekolah di daerah Muar.

"Gigi sihat, badan cergas, minda cerdas"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat kemerdekaan terus menyatu dalam jiwa kita, menyemarakkan ra...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatu dalam jiwa kita, menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dan terus melangkah ke hadapan membina Malaysia yang bersatu padu, berdaya saing dan sejahtera.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan ke-69!

Ikhlas daripada,
Pegawai Pergigian Daerah Muar
dan seluruh warga kerja
Pergigian Daerah Muar ๐Ÿฆท๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA ๐ŸฆทDimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Ortodontik akan berpindah sementara ke Klinik Perg...
28/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA ๐Ÿฆท

Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Ortodontik akan berpindah sementara ke Klinik Pergigian Muar, Jalan Dato Haji Kosai, Muar bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan sepanjang tempoh kerja-kerja yang dijalankan di premis asal.

๐Ÿ“… Tempoh perpindahan:
1 September 2026 โ€“ 30 April 2027

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan atau urusan, sila hubungi:
06-954 3975

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama serta kefahaman anda amat kami hargai.

27/08/2026

e-Buletin Pergigian Daerah Muar | Januari โ€“ Jun 2026

Himpunan aktiviti, program dan perkembangan perkhidmatan pergigian sepanjang Januari hingga Jun 2026 kini boleh dibaca dalam edisi terbaru e-Buletin Pergigian Daerah Muar.

Turut dimuatkan perkongsian info dan tips kesihatan pergigian oleh Pegawai Pergigian untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan mulut dan pergigian. ๐Ÿชฅโœจ

๐Ÿ“– Jom baca dan ikuti perkembangan kami sepanjang separuh pertama tahun 2026!

Link:
https://canva.link/nvp12gvowoalxh8

KURSUS BUDAYA KORPORAT PKPD MUARPada 17 Ogos 2026, telah berlangsung Kursus Budaya Korporat Tahun 2026 bertempat di Dewa...
17/08/2026

KURSUS BUDAYA KORPORAT PKPD MUAR

Pada 17 Ogos 2026, telah berlangsung Kursus Budaya Korporat Tahun 2026 bertempat di Dewan Bestari, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, anjuran Jawatankuasa Budaya Korporat, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Muar.

Kursus ini memberi penekanan kepada penerapan nilai โ€œKami Sedia Membantuโ€ dalam setiap tugasan harian, di samping memperkukuhkan kefahaman, kesejahteraan emosi serta kemahiran interpersonal dalam kalangan anggota PKPD Muar.

Tiga pengisian utama telah disampaikan, iaitu:

๐Ÿ“Œ Pengenalan Budaya Korporat
Dr. Azlinah binti Baharim

๐Ÿ“Œ Stress Less, Perform Best
Encik Muhammad Irsyad Izzuddin bin Mohamed Syarif

๐Ÿ“Œ Kemahiran Asas Menolong
Encik Muhammad Irsyad Izzuddin bin Mohamed Syarif

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat menyemarakkan semangat warga PKPD Muar untuk mengurus emosi dengan lebih baik, saling menyokong serta terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim atas pelantikan sebagai Pegawai Daera...
07/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Muar, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga kepimpinan dan pengalaman yang dibawa akan terus memacu pembangunan Daerah Muar serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Ikhlas daripada,
Pegawai Pergigian Daerah &
Warga Pergigian Daerah Muar ๐Ÿฆทโœจ

30/07/2026

[INFOGRAFIK]

๐Ÿฆท โ€œGigi haus? Jangan terus anggap normal.โ€

Attrition โŒ Abrasion โŒ Erosion

Ketiga-tiganya menyebabkan kehausan gigi, tetapi puncanya berbeza.

๐Ÿ“Œ Kenali perbezaannya.
๐Ÿ“Œ Amalkan langkah pencegahan.
๐Ÿ“Œ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.

๐Ÿ˜Š Senyuman yang sihat bermula dengan ilmu yang betul.

Pengarang : Dr Muhammad Zaki Bin Zuraimi (Klinik Pergigian Lenga)


:20


Address

Klinik Pergigian Bandar Maharani, Jalan Hospital
Muar
84000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6069539704

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share