27/08/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
๐๐๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ซ๐จ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Profesion Kesihatan Bersekutu 2026 dan Sambutan 20 Tahun BSKB. Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan sumbangan Profesion Kesihatan Bersekutu dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan, di samping menggalakkan penghasilan kandungan kreatif yang memaparkan impak serta nilai profesion kepada rakyat.
3. Sehubungan itu, Tuan/puan adalah dipohon untuk menguar-uarkan pertandingan ini kepada semua warga dan profesional kesihatan bersekutu di bawah seliaan masing-masing serta menggalakkan penyertaan mereka. Di samping itu, setiap profesion juga dipohon untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan sebagai tanda kebersamaan dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Hari Profesion Kesihatan Bersekutu peringkat kebangsaan. Penyertaan daripada setiap profesion diharapkan dapat mencerminkan kepelbagaian peranan, kepakaran dan sumbangan profesion kesihatan bersekutu kepada sistem kesihatan negara.
4. Bersama-sama e-mel ini dilampirkan poster hebahan serta garis panduan pertandingan untuk tindakan dan rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan lanjut sila emel ke [email protected] atau boleh hubungi Puan Pauzilah binti Dollah/ Encik Mohd Ridhuan bin Che Kamarudin di talian 03-88901011 ext 191/119.
5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan pertandingan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Pautan syarat-syarat pertandingan dan pendaftaran : https://forms.gle/sMtGzU8Wth8Q1Bhp6 .