Bekam Mobile Pahang

Bekam Mobile Pahang Bekam di Kuantan & Pekan

Kami memberikan khidmat Terapi Bekam terus ke rumah anda TANPA caj tersemb Jangan pening-pening lagi. NauzubILLAHi min Zaalik.

Kepakaran kami membantu anda yang tiasa masa untuk mencari & pergi ke pusat rawatan bekam tapi inginkan rawatan terapi BEKAM SUNNAH. Kami akan memberikan khidmat terapi bekam terus di rumah anda. Hanya Call kami di 010 - 601 6464 untuk set appointment. Kami akan ke rumah anda segera.

-----------------------------------------------------------------

Pengenalan Bekam ->>

Bekam @ Al Hijamah @ Phle

botomy @ Oxidant Drainage Theraphy, secara asasnya adalah bertujuan mengeluarkan darah stasis atau stagnasi darah yang berada di lapisan subkutenues (hipodermis), sehingga berlakunya sumbatan pada intravaskular, yang akibat dari situ boleh mengundang risiko penyakit-penyakit yang bermula dengan jantung, paru-paru, perut, buah pinggang dan usus. Hasil dari permulaan risiko tersebut akan mencambahkan risiko-risiko kepada penyakit-penyakit lain.

30/12/2020
20/11/2019

Bekam Mobile Ke Rumah Anda |
Kuantan & Pekan |
Sesi Siang & Malam

" Pagi² Lagi Badan Dah Rasa Lenguh/Lesu/Sengal²/Bisa²/Sakit Bahu/Sakit Belakang ....? "Utk merawatinya, adalah sesuai dg...
14/11/2019

" Pagi² Lagi Badan Dah Rasa Lenguh/Lesu/Sengal²/Bisa²/Sakit Bahu/Sakit Belakang ....? "
Utk merawatinya, adalah sesuai dgn kaedah BEKAM DARAH. Insyaallah sedikit sebanyak akan ada rasa kesan pemulihan.
Kebaikannya :-
✓ Sunnah Rasulullah saw
✓ Melancarkan kitaran darah
✓ Membaikpulih sistem otot/urat
✓ Mencegah penyakit kronik
✓ Membuang punca penyakit
✓ Mengurangkan stress/tekanan
Jika ingin dapatkan rawatan bekam terus ke rumah anda sendiri, bolehlah Whatsapp ke no 011-1157 8817 (lelaki sahaja). @ klik --> www.wasap.my/601111578817/Bekam
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•
Info terapi bekam :

- Rawatan dilakukan di rumah anda. Tiada caj pengangkutan utk pesakit sekitar bandar Pekan - Kuantan.

- Tidak menggunakan pisau, hanya JARUM HALUS dan tidak menyakitkan seperti mata pisau Gillette.

- Mengutamakan kebersihan @ clinical hygine.

- Harga paling jimat RM50 (10 cup/mangkuk bekam, belakang badan sahaja).

- Caj tambahan cup hanya RM5, pandai ejas boleh kurang lagi.

- Pakej bekam menyeluruh dari kepala hingga kaki (23 cup) hanya RM100 sahaja.

- Wassap dahulu utk info status pesakit & tetapkan appointment. Siang/malam boleh ejas.

Wassap ke no 011-1157 8817

Terima kasih.

18/07/2019

Tangungjawab Muslim Ke atas Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2. Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b. Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4. Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5. Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6. Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

Jadilah kita orang yang bersifat RAHMAH dengan memelihara hak saudara Islam kita yang lain.

Berita Baik !! Baru nak cuba bekam?Assalamualaikum semua.Kepada warga Pekan & Kuantan yang ingin bekam dgn harga rendah,...
16/06/2019

Berita Baik !! Baru nak cuba bekam?
Assalamualaikum semua.
Kepada warga Pekan & Kuantan yang ingin bekam dgn harga rendah, boleh ajak seorang lagi rakan anda untuk bekam bersama.
Pakej yg ditawarkan -->
Bekam Belakang Badan X 2 orang
10 cup seorang
RM50 seorang
Lelaki sahaja
Harga biasa RM70 jika buat bekam seorang sahaja.
Tiada caj tambahan.
Call/wassap utk pertanyaan
011-11578817

13/05/2019

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Itu Barakah

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Dari Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah dari sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.

2. Sahur ini hendaknya tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air.

3. Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur p**a merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur.

4. Waktu sahur itu sendiri p**a termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

5. Jadikanlah waktu sahur sebagai satu daripada cara kita mendapat pengampunan dosa

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH



13hb Mei 2019
08hb Ramadan 1440H

Address

Pahang Tua
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Mobile Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bekam Mobile Pahang:

Share