Pusat Maklumat Pemakanan Papar

Directions Contact the business

Pusat Maklumat Pemakanan Papar Pusat yang berfungsi menyebarkan maklumat pemakanan yang tepat dan terkini kepada masyarakat

🍽️ LATIHAN KATERING SIHAT DAERAH PAPAR 2026 🍎📅 3 September 2026📍 Pejabat Pendidikan Daerah PaparTelah berlangsung Latiha...
04/09/2026

🍽️ LATIHAN KATERING SIHAT DAERAH PAPAR 2026 🍎

📅 3 September 2026
📍 Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Telah berlangsung Latihan Katering Sihat yang melibatkan peserta terdiri daripada pengusaha kantin, tukang masak dan pembantu tukang masak dari sekolah-sekolah sekitar daerah Papar.

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menyediakan hidangan yang sihat, seimbang, bersih dan berkualiti di premis makanan.

👩‍🍳👨‍🍳 Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang latihan dapat diaplikasikan dalam penyediaan makanan yang bukan sahaja sedap, tetapi juga lebih sihat dan berkhasiat untuk para pelanggan, khususnya warga sekolah.

Pejabat Kesihatan Daerah Papar




Latihan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Papar 2026 🤱🏻💗Telah berlangsung Latihan Pembimbing Penyusuan Susu...
17/08/2026

Latihan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Papar 2026 🤱🏻💗

Telah berlangsung Latihan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Papar Tahun 2026 pada 15 Ogos 2026, yang melibatkan peserta terdiri daripada Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI).

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan para ahli AKSSI dalam memberikan sokongan, bimbingan serta dorongan kepada ibu-ibu menyusukan anak, khususnya dalam menghadapi cabaran penyusuan susu ibu.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh sokongan penyusuan susu ibu di peringkat komuniti serta membantu lebih ramai ibu mencapai pengalaman penyusuan yang positif. 🌸

Bersama menyokong, dan membimbing ibu untuk penyusuan susu ibu yang berjaya! 💪🏻

Pejabat Kesihatan Daerah Papar




📚 SJKC Cheng Ming, Papar | Isnin, 10 Ogos 2026Program Sekolahku Sihat, Stail Kita (SKSSK) Fasa 2 telah berlangsung denga...
11/08/2026

📚 SJKC Cheng Ming, Papar | Isnin, 10 Ogos 2026

Program Sekolahku Sihat, Stail Kita (SKSSK) Fasa 2 telah berlangsung dengan meriah di SJKC Cheng Ming, Papar pada hari Isnin, 10 Ogos 2026. 💚

Aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pemakanan sihat dan pasca ujian bagi menguji pengetahuan, sikap, dan amalam pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🌟

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi murid untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan ceria. 🌱💪

💚 Sekolahku Sihat, Stail Kita!
✨ Sihat Itu Stail Kita!

Pejabat Kesihatan Daerah Papar







&BuahSetiapHari🥬🍆🍊🍇

🥗 CERAMAH PEMAKANAN SIHAT UNTUK MINDA CERDAS 🌟Program Ceramah Pemakanan Sihat untuk Minda Cerdas di SK Pekan Kinarut tel...
15/06/2026

🥗 CERAMAH PEMAKANAN SIHAT UNTUK MINDA CERDAS 🌟

Program Ceramah Pemakanan Sihat untuk Minda Cerdas di SK Pekan Kinarut telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Jun 2026.

Program ini melibatkan penyertaan kanak-kanak prasekolah, ibu bapa serta para guru dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan pemakanan sihat untuk pertumbuhan, perkembangan dan kecerdasan minda anak-anak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Pekan Kinarut atas jemputan yang diberikan serta kepada semua hadirin yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan sambutan yang baik sepanjang program berlangsung. ✨

Diharapkan agar perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menjadi panduan dalam membentuk gaya hidup sihat demi melahirkan generasi yang cerdas, aktif dan sejahtera. 💪🏻

Pejabat Kesihatan Daerah Papar
Sek. Keb. Pekan Kinarut




Memperkasa Penyusuan Susu Ibu Melalui Sokongan dan Mandat AKSSI 🤱🏻❤️Mesyuarat Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKKSI) Da...
22/05/2026

Memperkasa Penyusuan Susu Ibu Melalui Sokongan dan Mandat AKSSI 🤱🏻❤️

Mesyuarat Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKKSI) Daerah Papar diadakan pada 12 Mei 2026. Mesyuarat telah membentangkan pencapaian aktiviti AKSSI, perbincangan menambahbaik libat urus di peringkat akar umbi dan perancangan untuk persiapan ke Konvensyen AKSSI Peringkat Negeri Sabah dan Majlis Minggu Penyusuan Susu Ibu di Tenom. ✨

Tahniah kepada Pengerusi Puan Armah Ahmad dan semua AJK sesi 2026-2028 yang baharu dilantik dan diberi mandat untuk meneruskan perjuangan dalam menyokong dan mempromosi penyusuan susu ibu di komuniti. 💪🏻✨

Pejabat Kesihatan Daerah Papar





📍 Kursus Penyusuan Susu Ibu bagi Kakitangan Kesihatan Non-Klinikal Daerah Papar telah diadakan pada 11 Mei 2026 bertempa...
19/05/2026

📍 Kursus Penyusuan Susu Ibu bagi Kakitangan Kesihatan Non-Klinikal Daerah Papar telah diadakan pada 11 Mei 2026 bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Papar.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai kepentingan penyusuan susu ibu, dan peranan mereka dalam memberikan sokongan kepada ibu menyusu dalam komuniti dan tempat kerja.

Diharapkan para peserta dapat menjadi agen sokongan dan penyampai maklumat yang positif dalam membantu memperkasakan amalan penyusuan susu ibu demi melahirkan generasi yang lebih sihat dan sejahtera.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. 💪🏻❤️🤱🏻

Pejabat Kesihatan Daerah Papar



🥗✨ Aktiviti Pemakanan Sihat di SK Buang Sayang Papar ✨🥗Program pemakanan sihat telah berjaya dilaksanakan pada 8 Mei 202...
08/05/2026

🥗✨ Aktiviti Pemakanan Sihat di SK Buang Sayang Papar ✨🥗

Program pemakanan sihat telah berjaya dilaksanakan pada 8 Mei 2026 dengan penglibatan lebih 300 orang murid yang sangat aktif dan bersemangat sepanjang program berlangsung. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid.

Antara aktiviti yang diadakan:
🍎 Ceramah pemakanan sihat
🧠 Quiz interaktif
📚 Pameran pemakanan
🎯 Permainan interaktif berkaitan pemakanan

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat serta memupuk amalan pemakanan sihat sejak usia muda demi melahirkan generasi yang lebih sihat, cerdas dan cemerlang. 💪✨

Pejabat Kesihatan Daerah Papar

💉Program Safety, Awareness, First Aid, Empowerment (S.A.F.E) dan sambutan Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Daerah Papa...
28/04/2026

💉Program Safety, Awareness, First Aid, Empowerment (S.A.F.E) dan sambutan Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Daerah Papar 🦠

Pada 25 April 2026, Unit Pemakanan telah dijemput untuk membantu menjayakan program ini di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, Papar ✅

Antara aktiviti yang dibantu oleh Unit Pemakanan adalah:
⛺️ Pameran pemakanan
🎨 Pertandingan mewarna
🔍 Pertandingan cari silang kata

Terima kasih atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada unit kami untuk bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program ini. 🤝🏻✨

Pejabat Kesihatan Daerah Papar



Program Menu Sihat Perpaduan 2026 Peringkat Negeri Sabah 🍽️✨Pegawai Sains Pemakanan telah diundang untuk menjayakan Prog...
20/04/2026

Program Menu Sihat Perpaduan 2026 Peringkat Negeri Sabah 🍽️✨

Pegawai Sains Pemakanan telah diundang untuk menjayakan Program Menu Sihat anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National Zon Bandaraya yang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April 2026 di Perkarangan Tabika Perpaduan Taman Pantai Lok Kawi, Papar. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat (YB) Shah Alfie bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memupuk kesedaran tentang amalan pemakanan sihat dalam kalangan komuniti, antaranya:
🥗 Ceramah dan kuiz pemakanan sihat kanak-kanak
🍱 Pertandingan Bento Menu Sihat
👩‍🍳 Pertandingan Papa Chef Mama Deco

Program ini menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat tentang kepentingan pengamalan menu sihat dipupuk sejak usia kanak-kanak lagi . Program ini juga menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mengatasi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak.

Diharapkan inisiatif seperti ini terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi ke arah masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera. 💚

Pejabat Kesihatan Daerah Papar




💼 Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam 🤱Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 April 2...
15/04/2026

💼 Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam 🤱

Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 April 2026 bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Papar ✅

Kursus latihan berstruktur ini membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menbantu ibu-ibu dalam perjalanan penyususan mereka.
Kursus ini melibatkan penyertaan profesional kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuhkan sokongan terhadap penyusuan susu ibu di Daerah Papar.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini ✨

Kesihatan Daerah Papar




Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Papar:

Shortcuts

Share

Category