Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.

Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. "Page" Rasmi PKU UTHM “Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami”

PROGRAM FITSTART FASA 2 PERKASA BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA UTHMPusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Tun Hussein On...
31/07/2026

PROGRAM FITSTART FASA 2

PERKASA BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA UTHM

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memulakan Program FitStart Fasa 2 menerusi sesi saringan peserta di Kampus Induk UTHM pada 30 Julai 2026, dan diteruskan di Kampus Cawangan Pagoh pada 31 Julai 2026.

Program ini bertujuan membantu peserta mencapai berat badan ideal melalui penilaian tahap kecergasan, pemantauan kesihatan serta intervensi yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih kecergaan bertauliah. Sepanjang program, peserta akan mengikuti tiga sesi senaman setiap minggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat selama empat bulan yang dikendalikan oleh coach bertauliah bagi meningkatkan tahap kecergasan dan menyokong pencapaian sasaran kesihatan mereka.

Sesi permulaan program dimulakan dengan aktiviti saringan kecergasan yang merangkumi Ujian Cooper, penilaian komposisi badan, kekuatan otot, daya tahan fizikal dan fleksibiliti bagi mengenal pasti tahap kecergasan peserta. Hasil penilaian ini menjadi asas kepada penyediaan pelan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan setiap peserta.

PKU UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Dr. Arba'ah binti Salim, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, atas sokongan, keprihatinan dan kesudian beliau menyantuni para peserta. Sokongan ini mencerminkan komitmen berterusan PKU UTHM dalam membudayakan gaya hidup sihat serta melahirkan warga universiti yang lebih sihat, produktif dan berdaya tahan




Sayonara, Auf Wiedersehen... bukan pengakhiran, tetapi permulaan sebuah perjalanan baharu.Undan putih terbang melataMela...
31/07/2026

Sayonara, Auf Wiedersehen... bukan pengakhiran, tetapi permulaan sebuah perjalanan baharu.

Undan putih terbang melata
Melatari gugusan hati saksama
Korban jerih pusaka kita
Jasa tuan dikenang selama

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS SEMPENA PERSARAAN, DOA SELAMAT BAKAL JEMAAH UMRAH SERTA PENYAMPAIAN CENDERAHATI HARI LAHIR WARGA PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Sebagai menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan, Majlis Penyerahan Tugas Sempena Persaraan En. Sarif bin Amin telah disempurnakan dengan penuh hormat dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UTHM, YBrs. Dr. Arba'ah binti Salim.

Majlis turut diserikan dengan Doa Selamat buat warga Pusat Kesihatan Universiti yang bakal menunaikan ibadah umrah, iaitu En. Sarif bin Amin, En. Farhan Haziq bin Ishaq dan Puan Norafizah binti Mohd. Muji. Semoga setiap langkah dipermudah, setiap ibadah diterima, dikurniakan umrah yang mabrur, serta sentiasa berada dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT.

Bagi menyemarakkan budaya ihsan dan ukhuwah dalam organisasi, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati hari lahir kepada warga Pusat Kesihatan Universiti yang dilahirkan pada bulan Julai. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UTHM, YBrs. Dr. Arba'ah binti Salin, bersama Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Kesihatan Universiti (KABARE), Dr. Muhammad Hafizul Amin bin Jimaain, sebagai manifestasi penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga kerja.

Sesungguhnya, setiap pertemuan mengukuhkan ukhuwah, setiap pengorbanan meninggalkan teladan, dan setiap doa mengundang keberkatan. Sayonara kepada lembaran tugas yang telah disempurnakan, Auf Wiedersehen sehingga bertemu kembali dalam ikatan silaturahim yang berkekalan. Semoga majlis ini menjadi wadah memperteguh silaturahim, menyuburkan nilai syukur dan saling menghargai, seterusnya memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, berintegriti serta sentiasa diberkati Allah SWT.




🌧️ Banjir bukan sekadar menyebabkan kerosakan harta benda, malah boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit berjangkit ...
29/07/2026

🌧️ Banjir bukan sekadar menyebabkan kerosakan harta benda, malah boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit berjangkit seperti leptospirosis, demam denggi, hepatitis A, demam kepialu dan taun.

Ketahui risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa dan selepas banjir serta langkah-langkah pencegahan yang boleh melindungi diri dan keluarga.

📖 Baca artikel penuh di laman web PKU UTHM: https://health.uthm.edu.my/info-kesihatan/kesihatan-awam/190-banjir-dan-wabak-penyakit-berjangkit




𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐇𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐞𝐒𝐒 𝐊𝐊𝐌Tahniah diucapkan kepada Ismail Ayuni Chinese Muslim Restaurant, Univer...
23/07/2026

𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐇𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐞𝐒𝐒 𝐊𝐊𝐌

Tahniah diucapkan kepada Ismail Ayuni Chinese Muslim Restaurant, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan BeSS (Bersih dan Selamat) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen premis dalam memastikan penyediaan makanan yang bersih, selamat dan berkualiti, selaras dengan standard keselamatan makanan yang ditetapkan oleh KKM. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelanggan, malah menyokong usaha mewujudkan persekitaran kampus yang sihat dan kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat atas bimbingan, khidmat nasihat, pemantauan serta komitmen berterusan dalam memperkukuh amalan keselamatan makanan di premis-premis UTHM. Kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada peningkatan standard kebersihan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan seluruh warga universiti.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua pengusaha premis makanan di UTHM untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan membudayakan amalan "Bersih dan Selamat" dalam setiap aspek penyediaan makanan.

Tahniah dan syabas!



SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH BITARA KIRANA UTHM 2026Di sebalik setiap pengiktirafan, terserlah kisah dedika...
23/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH BITARA KIRANA UTHM 2026

Di sebalik setiap pengiktirafan, terserlah kisah dedikasi, integriti, amanah dan komitmen yang dizahirkan melalui kecemerlangan perkhidmatan. Setiap sumbangan yang diberikan menjadi cerminan nilai profesionalisme serta iltizam warga universiti dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Pada hari yang penuh bermakna ini, kisah-kisah kejayaan tersebut diraikan menerusi Majlis Anugerah Bitara Kirana UTHM 2026.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga PKU yang menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang serta sumbangan bermakna dalam memperkasakan aspirasi universiti.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
• Dr. Muhammad Faizuddin bin Ahmad
• Encik Omar bin Muri
• Encik Muhammad Nizam bin Ahmad Fuad
• Encik Mohd Tarmizi bin Aman
• Encik Junedi bin Osman

ANUGERAH JASA BAKTI
• Puan Rosnani binti Mohd Tajim

ANUGERAH TAAT SETIA
• Encik Sarif bin Amin
• Puan Nor Azlina binti Hasan
• Puan Maznah binti Takimin

PENGHARGAAN PESARA
• Dr. Saidatun Nisak binti Derwis
• Encik Sarif bin Amin

ANUGERAH KHAS PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
• Puan Norlyiana binti Samsuri

PKU UTHM turut menzahirkan penghargaan yang setulus-tulusnya kepada para pesara atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan. Legasi perkhidmatan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi serta teladan kepada seluruh warga universiti.

Semoga pengiktirafan yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus menyemarakkan budaya kecemerlangan, memperkukuh profesionalisme dan menyuntik semangat warga PKU dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi menyokong aspirasi UTHM.

Tahniah dan syabas kepada seluruh penerima anugerah. Kecemerlangan yang diraikan bukan sekadar sebuah penghormatan, tetapi merupakan amanah yang membawa tanggungjawab untuk terus mencipta nilai, memperkasa perkhidmatan dan mencorakkan masa depan UTHM yang gemilang.

"Dengan Hikmah Kita Meneroka."




15/07/2026

Sekalung Penghargaan & Ucapan Terima Kasih

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Hj. Naim bin Maslan atas segala khidmat bakti dan jasa beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM.

Sepanjang beliau menggalas tugasan sebagai Pendaftar dan Ketua Pegawai Operasi UTHM, banyak sumbangan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan untuk kemajuan universiti. Komitmen dan jiwa besar beliau dalam bekerja sentiasa menjadi inspirasi kami.

Semoga Tuan Hj. Naim sentiasa dilimpahi rahmat dan kejayaan dalam perancangan masa hadapan.

SOROTAN PROGRAM | Majlis Penghargaan dan Perasmian Penutup Program Pengurusan Berat Badan FitStart 1.0 UTHMAlhamdulillah...
15/07/2026

SOROTAN PROGRAM | Majlis Penghargaan dan Perasmian Penutup Program Pengurusan Berat Badan FitStart 1.0 UTHM

Alhamdulillahirabbil 'alamin. Dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, Majlis Penghargaan dan Perasmian Penutup Program Pengurusan Berat Badan FitStart 1.0 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung dengan penuh tertib, lancar dan bermakna pada 15 Julai 2026 di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, selaku wakil rasmi Yang Berbahagia Naib Canselor UTHM. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen padu kepimpinan universiti dalam memperkukuh pembudayaan gaya hidup sihat sebagai teras melahirkan modal insan yang unggul, seimbang dan berdaya saing menerusi pemerkasaan kesihatan serta kesejahteraan.

FitStart 1.0 bukan sekadar program pengurusan berat badan, malah merupakan inisiatif strategik yang mengangkat agenda kesejahteraan warga universiti secara holistik. Berteraskan pendekatan saintifik, pemantauan profesional dan sokongan berterusan, program ini berjaya memupuk transformasi gaya hidup sihat, memperkukuh disiplin kendiri serta meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan ialah asas kepada pembentukan modal insan berkualiti dan organisasi berprestasi tinggi.

Majlis turut melibatkan pembentangan pencapaian FitStart 1.0, penyampaian hadiah serta sijil penghargaan kepada para peserta yang menunjukkan komitmen cemerlang sepanjang program. Turut dilancarkan ialah FitStart 2.0 sebagai manifestasi kesinambungan komitmen UTHM dalam memperluas agenda pembudayaan kesihatan yang lebih inklusif, progresif dan mampan.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, pengurusan tertinggi universiti, jawatankuasa pelaksana, rakan strategik serta seluruh peserta atas komitmen, dedikasi dan sokongan yang menjadi pemangkin kejayaan program ini.

Semoga kejayaan FitStart 1.0 terus memperkukuh budaya hidup sihat dalam kalangan warga UTHM, seterusnya membentuk ekosistem kampus yang lebih cergas, sejahtera, produktif dan berdaya tahan. Pelaburan dalam kesihatan ialah pelaburan paling bernilai kerana warga yang sihat merupakan asas kelestarian institusi serta pemacu kecemerlangan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kesihatan bukan sekadar destinasi, tetapi budaya yang perlu dihayati, diperkasa dan dilestarikan.




15/07/2026

Setinggi-Tinggi Tahniah dan Selamat Datang

Seluruh warga Kluster Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kehadiran YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor atas pelantikan sebagai Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi (COO) UTHM, berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga amanah yang dipikul ini dapat diteruskan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan dalam memperkukuh tadbir urus universiti, memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta memacu kecemerlangan pengurusan UTHM ke arah yang lebih gemilang.

Seluruh warga Kluster Pendaftar mendoakan agar YBrs. Puan Shereen dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus diberikan kekuatan dalam menerajui perkhidmatan pentadbiran universiti.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Bersama kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan UTHM.

15/07/2026

FITSTART 2.0: Transformasi Kesihatan Bermula Hari Ini

Pusat Kesihatan Universiti UTHM mempelawa staf yang memenuhi syarat untuk menyertai FITSTART 2.0, sebuah program intervensi kesihatan berimpak tinggi yang menggabungkan bimbingan pakar, aktiviti fizikal dan sokongan berterusan ke arah pembentukan gaya hidup lebih sihat.

📌 Kriteria Penyertaan
▪️ Staf UTHM
▪️ BMI melebihi 24 (overweight)
▪️ Berumur 45 tahun dan ke bawah
▪️Peserta yang komited

📝 Pendaftaran Imbas kod QR pada poster untuk pra-pendaftaran. Penyertaan adalah tertakluk kepada proses saringan.

📅 Tarikh tutup: 15 Julai 2026

Sertai FITSTART 2.0: melakar perubahan, memperkasa kesejahteraan, membina warga UTHM yang lebih sihat dan cemerlang.




Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.:

Shortcuts

Share