Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas (OFFICIAL) Kini, PKD Pasir Mas telah berpindah ke bangunan baru, bersebelahan Hospital Pasir Mas sejak awal tahun 1997.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas bertanggungjawab terhadap kesihatan di jajahan Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. PKD Pasir Mas mula beroperasi di bangunan Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Pasir Mas di Jalan Hospital, Pasir Mas semenjak tahun 1970-an. VISI
Pasir Mas akan wujud sebagai sebuah daerah kesihatan yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, ro

hani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran. Ini akan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan. MISI
Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. Perkhidmatan akan diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan diberi keutamaan.

Throwback 3/5/2026 :📢 PROGRAM KOMUNIKASI EFEKTIF, PASUKAN PRODUKTIF 📢Komunikasi yang jelas adalah kunci utama kepada kel...
10/06/2026

Throwback 3/5/2026 :
📢 PROGRAM KOMUNIKASI EFEKTIF, PASUKAN PRODUKTIF 📢

Komunikasi yang jelas adalah kunci utama kepada kelancaran tugasan dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kita kepada masyarakat.

Alhamdulillah, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas melalui Unit Budaya Kerja Cemerlang, Pusat Kelestarian Kualiti telah berjaya menganjurkan program khas ini demi memperkasakan mutu kerja dan interaksi sesama kakitangan serta para pelanggan.

Sesi perkongsian ilmu yang sangat padat dan bertenaga ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan hebat, Tuan Zukernain Wook (Corporate Trainer / Management Consultant dari Innotech Excel Consulting).

Tarikh: 03 Mei 2026 (Ahad)

Masa: 8:00 AM - 5:00 PM

Tempat: Dewan Iltizam, PKD Pasir Mas

Terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan yang hadir memberi komitmen padu. Semoga segala ilmu, tips, dan teknik komunikasi yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam tugasan harian demi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga Pasir Mas! 💼✨

🕋 **SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA** 🕋Tahniah diucapkan kepada seluruh jemaah haji Malaysia yang telah selamat kemb...
10/06/2026

🕋 **SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA** 🕋

Tahniah diucapkan kepada seluruh jemaah haji Malaysia yang telah selamat kembali ke tanah air. Semoga segala ibadah yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

⚠️ **WASPADA MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus)**

MERS-CoV merupakan jangkitan saluran pernafasan yang boleh berlaku selepas melaksanakan ibadah haji, khususnya di kawasan Timur Tengah.

🚨 **Bahaya MERS-CoV**
❗ Kadar kematian sekitar **35%**
❗ Boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:
• Kegagalan pernafasan
• Kegagalan organ

👥 **Golongan Berisiko Tinggi**
🔹 Warga emas
🔹 Individu yang mempunyai kurang daya tahan badan
🔹 Individu yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit paru-paru kronik

✅ **Langkah Pencegahan**
• Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya bergejala.
• Pakai pelitup muka dan amalkan etika batuk serta bersin.
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
• Elakkan tempat sesak dan hindari kontak rapat jika bergejala.
• Rehat secukupnya dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.

💙 Kesihatan anda, tanggungjawab bersama.

⚠️ **KEKAL WASPADA, KEKAL SIHAT.**











🕋 SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA 🕋Tahniah diucapkan kepada seluruh jemaah haji Malaysia yang telah selamat kembali ...
10/06/2026

🕋 SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA 🕋

Tahniah diucapkan kepada seluruh jemaah haji Malaysia yang telah selamat kembali ke tanah air. Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

⚠️ WASPADA JANGKITAN MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus)

MERS-CoV merupakan jangkitan saluran pernafasan yang boleh berlaku selepas melaksanakan ibadah haji, khususnya di kawasan Timur Tengah.

5 TANDA DAN GEJALA UTAMA MERS-CoV:
🌡️ Demam (suhu badan mencapai ≥38°C)
😷 Batuk
🫁 Kesukaran bernafas
🤧 Selesema
🗣️ Sakit tekak

✅ Apa yang perlu anda lakukan jika bergejala?
• Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.
• Pakai pelitup muka dan amalkan etika batuk serta bersin.
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
• Elakkan tempat sesak dan hindari kontak rapat jika bergejala.

💙 Kesihatan anda, tanggungjawab bersama.
⚠️ KEKAL WASPADA, KEKAL SIHAT.











Assalamualaikum wbt dan Salam SejahteraVIRTUAL CME*COPD*Tarikh: Rabu 10 Jun 2026Masa: 2.30 petangPlatform: Googlemeethtt...
09/06/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

VIRTUAL CME
*COPD*

Tarikh: Rabu 10 Jun 2026
Masa: 2.30 petang
Platform: Googlemeet
https://meet.google.com/svd-rfjr-hya

PRESENTER: Dr Nurul Shazwani Sulaiman[Supervisor : Dr Shimilaaida FMS KKB Pasir Mas)

Dijemput semua warga kerja KKM /PKD Pasir Mas /Hospital dan Klinik Swasta untuk sama-sama menghadiri CME di atas secara virtual.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

“Membangun ilmu, Memperkukuh perkhidmatan”

Unit CME/CPG
Pusat Kelestarian Kualiti,
PKD Pasir Mas

🌙🕋 SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA 🕋🌙Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji. Sem...
09/06/2026

🌙🕋 SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA 🕋🌙

Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji. Semoga memperoleh haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

📌 Kenali MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus)

🔹 MERS-CoV ialah virus yang menyebabkan penyakit saluran pernafasan.

🔹 Virus ini tergolong dalam keluarga koronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan daripada selesema biasa hingga penyakit yang lebih serius.

🔹 Jangkitan MERS-CoV boleh berlaku daripada unta kepada manusia melalui kontak langsung dengan unta atau bendalir badannya, serta pengambilan produk unta yang tidak dimasak atau dipasteurkan dengan sempurna.

🔹 Jangkitan MERS-CoV juga boleh berlaku daripada manusia kepada manusia melalui kontak rapat, terutamanya ketika menjaga pesakit tanpa langkah perlindungan yang sesuai.

✅ Langkah Pencegahan
• Amalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih.
• Pakai pelitup muka sekiranya mengalami gejala pernafasan.
• Elakkan kontak rapat dengan individu yang tidak sihat.
• Pastikan makanan dimasak dengan sempurna.
• Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas.

💚 Kesihatan Anda, Keutamaan Kami
Lindungi diri, lindungi keluarga dan lindungi komuniti.









Perkongsian berkenaan  Rawatan Ubat Hipertensi telah disampaikan oleh Puan Masuri, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Kang...
09/06/2026

Perkongsian berkenaan Rawatan Ubat Hipertensi telah disampaikan oleh Puan Masuri, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Kangkong peringgkat Klinik Kesihatan Kangkong pada 9JUN 2026

Perkongisan ini memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan ubat darah tinggi secara konsisten bagi memastikan tekanan darah terkawal.

Pesakit diingatkan agar sentiasa mematuhi pengambilan ubat mengikut dos dan waktu yang ditetapkan walaupun tidak mengalami sebarang gejala.

Kepatuhan terhadap rawatan dapat mengurangkan risiko komplikasi serius seperti strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, pesakit turut digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk membantu mengawal tekanan darah dengan lebih berkesan



Sambutan Hari Keselamatan Makanan SeduniaPeringkat KK Kangkong 20269 Jun 2026🎯 Kepentingan Keselamatan MakananKeselamata...
09/06/2026

Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia
Peringkat KK Kangkong 2026
9 Jun 2026

🎯 Kepentingan Keselamatan Makanan
Keselamatan makanan adalah aspek penting dalam menjaga kesihatan masyarakat. Ia memastikan makanan yang dihasilkan, disediakan dan dimakan bebas daripada pencemaran, selamat dimakan, serta berkualiti.

🛡️ 5 Kunci Keselamatan Makanan
- Kebersihan diri
- Asingkan makanan mentah dan masak
- Masak makanan dengan sempurna
- Simpan makanan pada suhu selamat
- Gunakan air dan bahan mentah selamat

📌 Aktiviti yang Dijalankan
- Ceramah Keselamatan Makanan - Disampaikan oleh Puan Shahizatul Akhma, Pegawai Teknologi Makanan PKD Pasir Mas. Ceramah ini memberi pendedahan tentang kepentingan pengendalian makanan yang betul serta langkah pencegahan pencemaran makanan.

- Kuiz Interaktif - Kuiz dijalankan bagi menguji pengetahuan peserta tentang keselamatan makanan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan kebersihan makanan.

- Pameran Kesihatan - Pameran menampilkan maklumat berkaitan kesihatan awam, pemakanan sihat, serta cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

🙏 Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk jawatankuasa penganjur, peserta, dan komuniti setempat.

🌱 Harapan
Diharapkan masyarakat akan terus mengamalkan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian. Kita mampu membentuk komuniti yang lebih sihat, bebas daripada penyakit bawaan makanan, dan lebih bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bersama.





Cegah HFMD
09/06/2026

Cegah HFMD

Pengusaha, guru-guru dan pengasuh memainkan peranan yang amat besar dalam menyekat penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Sebelum membenarkan anak-anak masuk ke premis, pastikan saringan gejala dilakukan secara ketat setiap hari di pintu masuk!

Ibu bapa juga perlu peka dan jangan hantar anak ke sekolah jika mereka menunjukkan 5 gejala awal ini:

🌡️ Demam
🤕 Sakit kepala
🤢 Hilang selera makan
👅 Ulser pada tekak, mulut, & lidah
✋ Ruam melepuh pada tangan & kaki

Sekiranya ada anak-anak yang bergejala, mohon asingkan mereka dengan segera dan nasihatkan ibu bapa untuk bawa mereka mendapatkan rawatan.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lindungi anak-anak kita.

🕌 PROGRAM JELAJAH MASJID: PENERANGAN AKTA 852 DI MASJID MUKIM CHASI TO'UBAN, PASIR MAS🕌​Assalamualaikum dan salam sejaht...
08/06/2026

🕌 PROGRAM JELAJAH MASJID: PENERANGAN AKTA 852 DI MASJID MUKIM CHASI TO'UBAN, PASIR MAS🕌

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Pasir Mas! 👋✨

​Satu program kesedaran yang amat bermakna telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas (Bahagian Inspektorat & Unit Pendidikan Kesihatan) melalui Program Jelajah Masjid: Penerangan Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024) yang bertempat di Masjid Mukim Chasi, To' Uban pada 4 Jun 2026 yang lalu.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid, imam, ahli kariah, serta seluruh komuniti Mukim Chasi yang memberikan sambutan serta kerjasama yang sangat luar biasa sepanjang program berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam!

​💡 Manfaat & Pengisian Utama Yang Diperolehi Komuniti:

​Melalui program santai tapi padat ini, banyak input penting yang telah dikongsikan bersama masyarakat:

​✅ Kefahaman Jelas Akta 852: Komuniti kini lebih jelas mengenai undang-undang dan penguatkuasaan baharu melibatkan produk merokok dan rokok elektronik (v**e) demi melindungi kesihatan awam.

✅ ​Zon Larangan & Hak Pengguna: Pengunjung didedahkan dengan premis serta kawasan yang diwartakan sebagai tempat dilarang merokok bagi menjamin hak udara bersih untuk semua.

✅ ​Kesedaran Bahaya Rokok & V**e: Kupasan mendalam mengenai implikasi buruk tabiat merokok terhadap diri sendiri serta risiko bahaya kepada orang sekeliling (secondhand & thirdhand smokers).

​✅ Interaksi Dua Hala: Sesi soal jawab yang aktif bersama Pegawai Kesihatan dan anggota penguatkuasa berjaya merungkai pelbagai musykil dan kekeliruan komuniti setempat.

✅ ​Masjid Sebagai Hub Komuniti Sihat: Mengangkat peranan institusi masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat penyebaran ilmu kesihatan demi melahirkan mukim yang bebas asap rokok.

​Syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja PKD Pasir Mas dan kariah Masjid Mukim Chasi. Semoga ilmu dan kesedaran yang diperolehi ini dapat kita aplikasikan bersama demi melahirkan persekitaran yang lebih sihat, bersih, dan sejahtera.

​Insya-Allah, jelajah kami akan diteruskan lagi ke masjid-masjid seterusnya! Bersama kita jaga kesihatan komuniti kita! 💪 kelantan sihat, Pasir Mas hebat!



🏆 TOKOH JURURAWAT TERBAIK KATEGORI KESIHATAN AWAM (KA) 🏆Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi ta...
08/06/2026

🏆 TOKOH JURURAWAT TERBAIK KATEGORI KESIHATAN AWAM (KA) 🏆

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Matron Maslina binti Mokhtar atas penganugerahan Tokoh Jururawat Terbaik Kategori Kesihatan Awam (KA) sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Kelantan.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi, kepimpinan serta sumbangan cemerlang beliau dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan awam dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan penuh profesionalisme demi kesejahteraan rakyat.

Seluruh warga PKD Pasir Mas mendoakan agar Matron Maslina terus cemerlang dalam kerjaya serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini!






Address

Jalan Hospital Lati
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas:

Share