Klinik Kesihatan Meranti KKM

Klinik Kesihatan Meranti KKM Klinik Kesihatan Meranti Official

29/04/2026

🚨 WASPADA BAHAYA MALARIA: BERTINDAK SEGERA! 🚨

Malaria boleh memusnahkan sel darah merah dan membawa kepada komplikasi serius jika tidak dirawat awal.

⚠️ Ingat! Rawatan lewat boleh membawa maut.

📌 Apa yang perlu anda tahu:
🔹 Parasit malaria menyerang sel darah merah dan menjejaskan organ penting
🔹 Kelewatan mendapatkan rawatan meningkatkan risiko kematian
🔹 Pengesanan awal adalah kunci utama menyelamatkan nyawa

👉 Segera ke fasiliti kesihatan jika mengalami simptom seperti demam, menggigil atau tidak sihat selepas berada di kawasan berisiko.

💡 Bertindak cepat, lindungi nyawa!

🤝 Bersama kita cegah malaria di komuniti.







29/04/2026

🛡️ WIRA ANTI-MALARIA: LINDUNGI DIRI & KELUARGA! 🛡️

Malaria boleh dicegah! Kunci utama adalah mengelakkan gigitan nyamuk Anopheles dan membuat persediaan sebelum ke kawasan berisiko.

📌 Langkah perlindungan yang berkesan:
🔹 Pakai pakaian tertutup & gunakan repelan serangga
🔹 Pasang kelambu dan jaring nyamuk di rumah
🔹 Jalankan kawalan serangga
🔹 Ambil ubat pencegahan (prophylaxis) jika ke kawasan berisiko

🦟 Lindungi diri bukan sahaja untuk keselamatan sendiri, tetapi juga keluarga dan komuniti.

💡 Cegah lebih baik daripada merawat!

🤝 Bersama kita hapuskan malaria.







29/04/2026

“Pok Mat Menggigil, Pok Li Menegur”

Di bangsal tepi rumah, Pok Mat terbaring sambil berselimut…

Pok Li:
“Eh Pok Mat… demo ni kenapo? Muko pucat, gigil semacam ni?”

Pok Mat:
“Aduh Pok Li… kawe baru balik memancing dalam hutan seminggu. Mula-mula demam, lepas tu sejuk menggigil, lepas tu panas balik. Raso cam demam biasa jah…”

Pok Li (kerut dahi):
“Haa… demo memancing dalam hutan? Demo tau dak, nyamuk hutan ni tok main-main. Gejala demo tu molek beno serupo malaria.”

Pok Mat (terkejut):
“Malaria?! Eh Pok Li… kawe ni dok gi luar negeri pon!”

Pok Li (gelak sikit tapi serius):
“Malaria ni ado jugok dalam negara, Pok Mat. Nyamuk Anopheles ni dok tunggu ore masuk hutan jah. Demo kena gi klinik cepat, nok buat ujian darah.”

Pok Mat:
“Ooo patutlah badan kawe ni rasa pelik. Ingatkan sebab tak cukup tidur memancing…”

Pok Li:
“Demo ni, memancing ikan boleh… tapi jangan bagi nyamuk ‘memancing darah’ demo pulok 😅”

Pok Mat terus bangun perlahan-lahan…
“Baik Pok Li, kawe gi klinik hari ni jugok.”

📌 Peringatan Kesihatan:
Jika anda mengalami demam berulang, menggigil, sakit kepala dan pernah berada di kawasan hutan, segera dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Malaria boleh dirawat jika dikesan awal. Jangan berlengah.

Cegah sebelum kena, rawat sebelum parah.









29/04/2026

🔥 CUACA PANAS? JANGAN LUPA MINUM AIR! 💧

Cuaca panas boleh menyebabkan badan cepat kehilangan cecair melalui peluh. Jika tidak cukup minum air, anda berisiko mengalami dehidrasi yang boleh menjejaskan kesihatan.

👉 Minum sekurang-kurangnya 6–8 gelas air sehari
👉 Tambah pengambilan jika banyak berpeluh atau aktif
👉 Elakkan minuman manis & berkafein berlebihan

💡 Ingat tanda-tanda dehidrasi:
✔️ Dahaga melampau
✔️ Mulut kering
✔️ Pening / sakit kepala
✔️ Letih & lemah
✔️ Air kencing berwarna gelap

✅ Amalkan minum air secara berkala walaupun tidak dahaga

Kekal hidrat, kekal sihat!



29/04/2026

"Hari Sambutan Imunisasi Kebangsaan mengingatkan kita bahawa perlindungan melalui imunisasi bermula sejak awal kehidupan, memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat, kuat, dan terlindung daripada pelbagai penyakit berjangkit yang boleh dicegah, sekali gus membina asas kesihatan yang kukuh untuk masa depan mereka.

Dengan tema “Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usia”, imunisasi merupakan pelaburan kesihatan yang berterusan dan inklusif, melindungi setiap lapisan usia : daripada bayi dan kanak-kanak, kepada remaja, dewasa, hingga warga emas, bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik, mengurangkan risiko komplikasi penyakit, serta memperkukuh kesejahteraan keluarga dan komuniti sepanjang hayat."

Anda boleh dapatkan imunisasi secara PERCUMA di Klinik Kesihatan Meranti pada bila-bila masa.

Klinik Kesihatan Meranti KKM
Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Public Health Malaysia

08/04/2026

🌫️ JAGA KESIHATAN ANDA KETIKA PENCEMARAN UDARA 🌫️

Pencemaran udara bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi turut memberi kesan langsung kepada kesihatan kita. Udara yang tercemar boleh mengandungi bahan berbahaya seperti habuk halus (PM2.5), asap kenderaan, pembakaran terbuka dan bahan kimia industri.

⚠️ Kesan kepada kesihatan: Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan:

- Iritasi mata, hidung dan tekak

- Batuk, sesak nafas dan myalgia

- Pemburukan penyakit seperti asma dan penyakit paru-paru kronik

- Risiko penyakit jantung dan strok jika berpanjangan

👶 Golongan berisiko tinggi:

- Kanak-kanak

- Warga emas

- Ibu mengandung

- Individu dengan penyakit kronik (asma, jantung, COPD)

🛡️ Langkah perlindungan:

- Hadkan aktiviti luar ketika indeks pencemaran udara (IPU) tinggi

- Gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar

- Tutup tingkap rumah dan gunakan penapis udara jika ada

- Minum air secukupnya dan kekalkan kebersihan diri

- Elakkan pembakaran terbuka

📢 Peranan komuniti:

- Laporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa

- Amalkan gaya hidup mesra alam seperti berkongsi kenderaan

- Sokong usaha menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar

💡 Ingat!
Udara bersih adalah hak kita bersama. Lindungi diri, keluarga dan komuniti dengan mengambil langkah pencegahan yang betul.



08/04/2026

🩺🌏 Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global mengenai kepentingan kesihatan serta memperkukuh komitmen ke arah kesejahteraan sejagat.

Kesihatan yang baik merupakan asas kepada kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat. Justeru, amalan gaya hidup sihat, saringan kesihatan berkala serta penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian secara berterusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru seluruh rakyat untuk berganding bahu dalam membudayakan kehidupan sihat demi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

08/04/2026

👨‍👩‍👧‍👧Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.

📌Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.

💪🌞Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.

08/04/2026

👁️ Sebagai pemakai kanta lekap, kita semua tahu betapa praktikalnya ia untuk kehidupan seharian—tapi jangan lupa, penjagaan kanta lekap yang betul adalah kunci kepada mata yang sihat dan cantik! 😍👁️✨

1️⃣ Pastikan selalu mencuci tangan sebelum menyentuh kanta.
2️⃣ Gantikan larutan setiap hari dan elakkan menggunakan air biasa untuk mencuci kanta.
3️⃣ Jangan pakai kanta lekap melebihi masa yang disyorkan.

08/04/2026

Tingkatkan keselesaan anda dengan langkah penyejukan badan ini

🚿 Kerap mandi atau basahkan badan
🌬️ Gunakan kipas atau penyaman udara
⛱️ Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
🏠 Pilih tempat teduh dan sejuk

Address

Klinik Kesihatan Meranti
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 15:30

Telephone

+60199197321

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Meranti KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Kesihatan Meranti KKM:

Share